Kuala Lumpur - Sudah diketahui umum Datuk Seri Najib Tun Razak talah meyimpan 3 ADUN Pakatan Rakyat dirumahnya bagi memperdaya mereka agar mengikut telunjuknya. Namun kini Najib menyalahkan keadaan dan krisi di Perak."Dalam amalan demokrasi kita, rakyat akan memilih wakil rakyat dan Sultan pula akan melantik menteri besar daripada kalangan calon yang mewakili parti yang mendapat majoriti, sebagai menteri besar," katanya di Indonesia.
Selepas parti-parti pembangkang kehilangan majoriti, baginda telah melantik pula calon menteri besar yang dikemukakan oleh BN setelah tiga ADUN pembangkang, beralih menyokong BN dan membuat pengakuan akan terus menyokong cadangan pelantikan Dr Zambry, katanya.
"Jangan salahkan Tuanku. Dalam pilihanraya umum 2008, BN adalah parti tunggal di Perak yang mendapat majoriti DUN dengan 28 kerusi...pakatan pembangkang tidak berdaftar dan tetap berupa tiga parti berasingan.
'Tidak langgar perlembagaan'
"Pada masa itu kalau Tuanku nak lantik Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Ghazali pun Tuanku ada hak kerana BN adalah parti tunggal yang mendapat majoriti terbesar. Tuanku, atas semangat demokrasi berasaskan ketetapan yang dibuat oleh wakil rakyat daripada tiga parti pembangkang... Tuanku dapat surat pengakuan mereka, maka Tuanku pilih Nizar sebagai menteri besar," jelas Najib.
"Ia berlaku melalui proses yang selaras dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan sistem demokrasi berparlimen. Ini mesti diterangkan dan sebab itu saya kata pilihanraya adalah satu opsyen dan budi bicara... bukan (hal yang) semestinya. Yang menjadi masalah, dia tidak terima dan menyusahkan proses ini berjalan seperti yang dilakukannya dalam DUN.
"Pembangkang pertikaikan pelantikan Dr Zambry dan bawa ke mahkamah. Kita bawa ke mahkamah bila dia gantung ADUN (BN). Masuk akal ke dalam sistem demokrasi, bila ada majoriti, Speaker boleh gantung enam orang. Jika begitu kita pun boleh gantung enam orang," katanya.
"Jangan lupa pada 16 September lalu siapa yang cuba nak curi 21 ahli Parlimen kita. Dia (pembangkang) lakukan perkara sama, tetapi apabila gagal dan kita pula berjaya di Perak, kita pula yang dikatakan tidak demokratik. Kita pula yang dituduh merampas kuasa.
'Percubaan rampas kuasa'. "Percubaan merampas kuasa yang pertama dilakukan oleh pakatan pembangkang tetapi tak berjaya... bukan kita (BN) yang memulakan," tegas Najib.


No comments:
Post a Comment