Thursday, May 28, 2009

AMK PKR Selangor Bidas Isu PKM

Shah Alam - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor membidas pihak-pihak tertentu yang didakwanya mempolitikkan isu mengenai kembalinya ancaman Parti Komunis Malaya (PKM) berhubung saranan supaya bekas pemimpin PKM, Chin Peng dibenarkankan pulang ke Malaysia.

Ketuanya, Khairul Anuar Bin Ahmad Zainuddin mendakwa, ia hanyalah mainan politik pihak-pihak tertentu untuk mengembalikan sokongan rakyat setelah isu-isu mengenai ketuanan Melayu, DEB, sensitiviti umat Islam, liberalisasi perdagangan dan konsep Satu Malaysia, gagal mengembalikan sokongan rakyat.

Berikutan itu, katanya, AMK Selangor berharap isu membawa pulang bekas ketua PKM itu tidak menjadi satu lagi isu sensasi politik pihak-pihak tertentu yang semakin hilang sokongan rakyat. "Amat jelas isu ini sudah lama selesai dan tidak perlu ditimbulkan semula lagi.

"Kini rakyat Malaysia lebih bijak dan pintar dalam menganalisis sesuatu isu melalui perkembangan semasa revolusi maklumat global," katanya dalam satu kanyataan hari ini.

No comments:

Post a Comment