Wednesday, May 20, 2009

Khir Digantung Setahun Tanpa Gaji

SHAH ALAM - 'Sudah jatuh ditimpa tangga', setelah kalah perebutan Ketua Pemuda Umno kini digantung pula ke DUN Selangor . Itulah nasib Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan kemudahan elaun sebagai Ahli DUN selama setahun selepas didapati bersalah menghina Dewan.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) Negeri Selangor juga mendapati bekas Menteri Besar itu bersalah kerana gagal hadir pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) Mac lepas.

SELCAT ditubuhkan dengan bidang kuasa DUN bagi membolehkan pendengaran awam dilakukan berhubung penggunaan wang penajaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) pada pertengahan Mac lalu.

Selain Dr Khir, empat lagi ADUN Barisan Nasional (BN), Datuk Marsum Paing (Dengkil), Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali), Datuk Warno Dogol (Sabak) dan Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) didapati bersalah menghina Dewan.

Selepas mesyuarat JKHK di sini hari ini, Pengerusinya Teng Chang Khim, yang juga Speaker DUN, berkata empat ADUN itu masing-masing digantung perkhidmatan dan kemudahan elaun mereka selama enam bulan.


No comments:

Post a Comment