
BUTTERWORTH - Pakatan pembangkang menunggu Barisan Nasional mengumumkan masa yang sesuai untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut politik di Perak.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti-parti pembangkang bersedia berunding pada bila-bila masa bagi menyelesaikan masalah politik di negeri itu. "Kita dah kata kita sedia jadi kita tunggu lah. Kita dah bagi kenyataan terbuka, jadi terserah lah...," katanya lagi.
Beliau diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau bersedia bertemu pemimpin pembangkang malah akan menetapkan tarikhnya jika mereka tidak mengenakan sebarang syarat dalam mencari penyelesaian kepada kemelut politik di Perak.
Anwar bersedia mendengar pandangan daripada BN untuk menyelesaikan kemelut politik itu dan beliau berharap BN juga bersedia mendengar pandangan daripada pihaknya.


No comments:
Post a Comment