
Salahuddin juga mengesa agar lima hakim yang akan mendengar rayuan Nizar khamis nanti terdiri daripada mereka yang berintegriti. Beliau bersetuju kepada permohonan Nizar semalam yang mahu mendapatkan panel lima hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya mengetepikan keputusan mahkamah itu minggu lepas yang membenarkan penangguhan pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.
"Jika tidak kita bimbang keputusan Khamis nanti akan berpihak kepada Barisan Nasional kerana hakim yang mendengar rayuan itu terdiri dari mereka yang boleh dibeli," tegas beliau.
Johor Daily diberitahu oleh seorang penyokong PAS Johor, " Mahkamah telah menaip segala keputusan sebelum keputusan dibacakan, apa yang terkandung hanya hakim dan BN telah rancangkan". Namun beliau menyatakan lagi, "BN merancang, Allah merancang tetapi Allah telah tentukan sebelum BN mengaku juara". Ternyata Najib tetap bacul.
No comments:
Post a Comment