Kuala Lumpur - Datuk Anifah Aman berkata beliau tidak akan memohon maaf kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaannya yang ketua pembangkang itu telah menawarkan jawatan timbalan perdana menteri sebelum 16 Setember 2008. Dan beranggapan Anwar cuba menipunya untuk menyertai PKR.Sementara itu Anwar menafikan dakwaan tersebut dan mengugut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Anifah sekiranya menteri berkenaan enggan meminta maaf. Peguam Sankara Nair, yang mewakili Anwar berkata, ketua umum PKR itu tidak pernah membuat tawaran tersebut kepada Anifah. Dan belaiu memberi masa 24 jam kepada Anifah.
Anifah sebagai berkata 'pertelingkahannya' dengan Anwar adalah isu remeh yang ctidak perlu diberi perhatian.
Dengan ego selepas menjawat jawatan idaman Anifah berkata "Beliau bukan keutamaan bagi saya. Sebagai menteri luar, saya ada banyak perkara lain yang lebih penting untuk diselesaikan. Tak ada sebarang masalah jika beliau ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap saya. Ini perkara remeh."


No comments:
Post a Comment