Thursday, July 16, 2009

MOGA KETEMU LAGI

Johor Daily Insyallah akan kembali lagi selepas 30 Julai 2009. Terima Kasih diatas sokongan anda.

Megat Panji Alam
Changi, Singapore.

Gerakan Lapor SPRM Kerana Eng Tinggal Di Banglow

PULAU PINANG - Pemuda Gerakan Pulau Pinang telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng berpindah ke banglo mewah di Jalan Pinhorn di sini berikutan kediaman rasminya dirosakkan anai-anai.

Naib Ketuanya, H'ng Khoon Leng berkata pihaknya membuat laporan berkenaan di sini selepas Lim enggan menjawab pelbagai persoalan berhubung isu banglo mewah itu.


Beliau berkata, pihaknya telah menyerahkan semua maklumat yang dikumpul berkaitan rumah berkenaan untuk diteliti oleh SPRM. "Kami harap SPRM akan menjalankan siasatan segera berhubung segala keraguan mengenai banglo itu," katanya .


Sebelum ini, Pemuda Gerakan Pulau Pinang memberi kata dua kepada Lim agar mengemukakan penjelasan yang logik berhubung tindakannya berpindah ke banglo berkenaan atau pihaknya akan membuat laporan kepada SPRM.


Bagaimanapun, sehingga tamat tempoh itu semalam Ketua Menteri masih enggan menjawab segala persoalan sebaliknya menyifatkan tindakan Pemuda Gerakan itu sebagai "kanak-kanak tadika".


"Kita telah beri tempoh kepada Lim untuk menjawab segala persolan yang ditanya, beliau bukan sahaja enggan menjawabnya sebaliknya dengan angkuh menggelar kami "kanak-kanak tadika", kata H'ng.


MCA Buka Fail Lama Dr. Chua

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek diarahkan supaya memberi keterangan di hadapan Lembaga Disiplin parti bulan depan berhubung aduan yang dibuat oleh seorang ketua bahagian berkaitan pembabitannya dalam DVD skandal seks.

Lembaga lima anggota yang diketuai oleh bekas Ketua Setiausaha dan bekas Menteri Kesihatan Ng Cheng Kiat akan mengendalikan pendengaran itu dan satu notis telah pun dikeluarkan kepada Dr Chua supaya menghadiri pendengaran berkenaan di Wisma MCA pada 4 Ogos.

"Kes Dr Chua adalah satu daripada 40 kes tertunggak dalam fail yang perlu disiasat oleh Lembaga Disiplin. Aduan itu dibuat beberapa bulan sebelum pemilihan parti tahun lepas namun lembaga pada ketika itu memutuskan untuk menangguhkan apa jua siasatan memandangkan pemilihan parti telah hampir.

"Memandangkan pemilihan parti sudah selesai, Lembaga Disiplin akan meneruskan siasatannya ke atas perkara itu bersekali dengan kes lain yang telah difailkan," katanya.

Sumber itu berkata Lembaga Disiplin sehingga kini hanya mengeluarkan dua surat tunjuk sebab kepada dua pemimpin MCA setempat di Perak dan Johor berikutan aduan daripada anggota parti.

PPSMI Adalah keputusan Mutamad - Muhyiddin

PUTRAJAYA - Pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diputuskan Kabinet minggu lepas adalah muktamad, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin .

Katanya walaupun ada gesaan supaya dasar itu dikekalkan di peringkat sekolah menengah, namun pendirian kerajaan adalah konsisten dengan tidak mengekalkan status quonya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata yang penting sekarang, adalah mencari kaedah memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid.

Ini termasuk memanggil pakar-pakar bahasa Inggeris dalam masa terdekat untuk memberi input membentuk kurikulumnya yang baru.

"Setiap keputusan (Kabinet) mestilah konsisten, mungkin ada rasionalnya (sesuatu pandangan atau gesaan) kerana ia berdasarkan pengalaman. Dan saya tidak kata ia (cadangan itu) tidak bagus tetapi dalam konteks ini, kita mestilah konsisten selepas membuat sesuatu keputusan yang cukup besar (memansuhkan PPSMI)," katanya.

PKR Lebih Berpengaruh Daripada PAS

Johor Bahru - Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya baru barapa tahun ditubuhkan. Jika ditolak dengan ADIL dan Parti Keadilan Nasional, PKR hanya berusia dalam 3 tahun. Jika dibandingkan PRU-11 dan PRU-12, kekuatan dan pengaruh PKR begitu besar berbanding PAS dan DAP.

Pilihanraya kecil juga memperlihatkan kekuatan PKR tidak boleh ditandingi oleh PAS. Pilihanraya Kecil DUN Bukit Selambau yang dikatakan telah dipulau oleh PAS telah membuka mata banyak pihak termasuk pemerhati politik luar negara.

Keputusan Manek Urai menunjukkan PAS kini begitu kerdil dalam Pakatan Rakyat. Majoriti pengalisis politik mengatakan PAS hanya bermodalkan 'poster Nik Aziz berdoa'. Ada yang mengatakan jika Datuk Nik Abdul Aziz tidak berkerja keras dihari-hari terakhir, PAS bakal malu besar.

Selepas tokoh Umno, Datuk Zaid Ibrahim menyertai PKR, desas-desus bertiup kencang mengatakan bakal Menteri kesihatan dan juga mantan Timbalan Presiden MCA akan menyerai parti itu. Malah dengan kelompok MCA, bukan seperti Zaid yang mampir sendirian.

Pengamat politik sedang berkira-kira lagi siapa bakal 'termakan jampi' Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ini. Ada yang mengatakan Datuk Seri Shahidan Kassim sedang menunggu waktu sesuai dengan gerombolan Umno Perlis. Adakala ia mustahil ? . Shahidan sebenarnya yakin Anwar akan berjaya PRU-13 nanti. Mungkin 2011 akan menyaksikan PKR menerima lambakan pemimpin berpengaruh dari Barisan Nasional terutama dari Umno dan MCA.

Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak kelihatan mengikut punggung Anwar apabila kini menyerang Felda dan kaum berbangsa India yang dianggap undi penentu. Adakah ia berbaloi selapas Anwar melakukannya 3 tahun yang lepas. Dikatakan Anwar ketika ini sedang menjampi VVIP menyertai PKR, sedangkan Najib dan Mahuddin sibuk membuat 'correction'.

Anwar bergerak mengikut naluri politiknya, apakah langkah Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk merampas Dewan Rakyat ?. Adakah berbaloi memperbanyakkan bendera PAS disekolah-sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok. Hadi masih lena dengan banyak kerusi 'dirumahnya'.

Anwar Tidak Berada Di Tempat Kejadian Liwat

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berada di tempat kejadian jenayah sepertimana didakwa dalam pertuduhan liwat terhadapnya, Mahkamah Tinggi . Peguam Edmund Bon berhujah perkara itu terkandung dalam notis alibi yang diserahkan oleh Anwar kepada pihak pendakwaan.

"Sebab itu kami perlukan semua dokumen berkaitan dengan kes ini untuk menyediakan pembelaan terbaik," kata Bon pada pendengaran permohonan Anwar kepada Mahkamah Tinggi untuk memerintahkan pihak pendakwaan memberikan kepadanya semua dokumen berkaitan kes liwatnya itu secepat mungkin sebelum perbicaraan kes liwat itu bermula.

Bon berkata dokumen yang diminta itu termasuk rakaman asal CCTV yang diambil di beberapa lokasi di tempat didakwa berlakunya kejadian itu di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, dari 25 hingga 27 Jun tahun lepas, kenyataan para saksi termasuk pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dan kenyataan polis.

Katanya pihak pembelaan telah berulang kali meminta pihak pendakwaan memberikan semua dokumen itu sebelum perbicaraan bermula tetapi tidak diendahkan.

Beliau berkata Pejabat Peguam Negara telah berurusan dengan Majlis Peguam dan mereka bersetuju dengan garis panduan Majlis itu bahawa dalam mana-mana kes, pihak pendakwaan patut menyerahkan dokumen yang diminta oleh pihak pembelaan tiga minggu sebelum perbicaraan bermula.

"Bagaimana pasukan pembelaan mahu mengendalikan jika pasukan tidak mempunyai sebarang idea mengenai dokumen itu. Bagaimana kami menjamin ketulenan dokumen berkenaan," katanya.

Seorang lagi peguam bela, Amer Hamzah Arshad, berhujah pihak pembelaan perlukan laporan kimia mengenai sampel DNA bagi membolehkannya mendapatkan pendapat pakar.

Satu daripada alasan pihak pendakwaan untuk memindahkan perbicaraan kes liwat itu daripada Mahkamah Sesyen kepada Mahkamah Tinggi ialah kerana isu DNA itu yang dikatakan sangat rumit, namun pihak pendakwaan enggan memberikannya kepada pihak pembelaan, katanya.

"Dalam mengendalikan laporan DNA, pihak pembelaan perlu tahu mengenai rumusan ahli kimia atau penemuan dalam laporan DNA itu. Kami juga perlukan laporan DNA itu untuk dianalisis oleh pakar kami," katanya.

Pendengaran di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung esok.

S. Subramaniam Ada Harapan Menang

MELAKA - Bekas timbalan presiden MIC Datuk S. Subramaniam mengulangi pendirian tetap akan bertanding bagi jawatan nombor dua parti itu pada pemilihan parti September ini.

Katanya terpulang kepada perwakilan untuk menilai karismanya sebagai "orang lama" dalam parti bagi membuat pemilihan tepat mengisi jawatan timbalan presiden.

"Saya tetap akan bertanding jawatan timbalan presiden, saya ada harapan (untuk menang)," katanya kepada pemberita di sini petang Rabu.

Terdahulu, beliau menghadiri Konvensyen ke-63 MIC negeri Melaka yang dirasmikan oleh Presiden MIC Datuk S. Samy Vellu. Turut hadir ialah Pengerusi MIC Melaka Datuk S. Raghavan.

Subramaniam berkata demikian ketika diminta mengulas laporan bahawa pemimpin MIC itu, Samy Vellu memberikan sokongan kepada timbalannya Datuk G. Palanivel bagi mempertahankan jawatan nombor dua parti pada pemilihan parti 12 Sept ini.

Mengenai kenyataan Samy Vellu yang memberi sokongan kepada penyandang, Subramaniam berkata: "Terpulang kepada Samy (Vellu) untuk membuat kenyataan itu, walaupun beliau (Samy Vellu) sebelum ini pernah berkata akan bersikap berkecuali dalam memberikan sokongan."

Palanivel turut mengumumkan bahawa beliau akan mempertahankan jawatannya pada perhimpunan agung parti yang dijangka dihadiri kira-kira 1,400 perwakilan seluruh negara.

MANEK URAI : KEPUTUSAN SETIAP PETI UNDI

KEPUTUSAN SETIAP PETI UNDI N41: MANIK URAI (12,293)

KEPUTUSAN


1.MOHD FAUZI ABDULLAH (PAS)…….. 5,348
2.Tuan Aziz Tuan Mat (BN)………. 5,283


Jumlah mengundi………………. 10,631
Peratus………………………… 87%
Undi rosak…………………….. 117
Majoriti……………………….. 65


Peti Undi PAS kalah dengan majoriti:
1. Temalir – 27 undi
2. laloh – 66 undi
3. Manek Baru – 34 undi
4. manek Urai Lama – 184 undi
5. Manjor – 66 undi
6. Undi pos – 35 undi


Peti Undi PAS menang dengan majoriti:
1. Lata Rek – 258 undi
2. Peria – 86 undi
3. Chuchuh Puteri – 96 undi
4. Sungai sok – 66 undi


Komen Johor Daily :


1. Undi rosak melebihi majoriti

2. BN mencatatkan kenaikkan undi 899.

3. PAS menurun undi 398.

4. Pemerhati berkata PAS tidak mempu berkempen cara tersusun dan cuai dibanyak tempat.

5. Umno berkerja banyak disiang hari. PAS utamakan ceramah malam, siang hari hanya segintir yang berkerja.

6. PAS main isu lapuk seperti royalti, Kerajaan Pusat tidak adil dan mencerca perbadi pemimpin BN.

7. Kurang kerjasama di antara Pakatan Rakyat. Ada anatara pemimpin PR berkata PAS sombong tidak mempelawa mereka kerja bersama-sama.

8. Pemimpin utama PAS hanya berceramah dan bersalam dan tidak 'menjiwai' kesusahan penduduk.

9. Isu Kerajaan Perpaduan tiada manupulasi 'positif' untuk diekplotasikan. PAS gagal berpolitik untuk meyakinkan pengundi muda isu tersebut.

10. Ceramah kelompok dilakukan lebih banyak dari PAS.

* Hanya sekadar pandangan.



Wednesday, July 15, 2009

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo Dihukum 1 Tahun

SHAH ALAM - Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada hari Rabu menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo selama setahun manakala empat lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) digantung selama enam bulan.

Kesemua keistimewaan mereka sebagai wakil rakyat juga ditarik balik sepanjang tempoh penggantungan itu.

Timbalan Speaker, Haniza Mohd Talha mengumumkan perkara itu setelah usul mengenainya diluluskan pada kira-kira pukul 3.05 petang selepas perbahasan oleh beberapa penyokong kerajaan iaitu Ng Suee Lim (Sekinchan); Shuhaimi Shafeie (Seri Muda); Amiruddin Shaari (Batu Caves); Hannah Yeoh (Subang Jaya) and Lee Kim Sin (Kajang).

Dr Mohamad Khir, yang juga Anggota DUN Sungai Panjang, digantung kerana gagal hadir sidang pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) pada Mac lepas berhubung pengunaan wang penajaan oleh Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (BALKIS) dan didakwa mengeluarkan kenyataan menghina jawatankuasa itu dalam media.

Empat Adun BN yang turut digantung Datuk Warno Dogol (Sabak Bernam), Datuk Mohd Idris Abu Bakar (Hulu Bernam), Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali) dan Datuk Marsum Paing (Dengkil) kerana kesalahan menghina SELCAT dalam media.

Usul itu mencadangkan kemudahan elaun dan faedah sebagai anggota DUN yang diterima Dr Mohamad Khir dan empat wakil rakyat BN ditarik balik sepanjang tempoh penggantungan.

Terdahulu, kesemua 20 wakil rakyat pembangkang daripada BN diketuai Dr Mohamad Khir keluar dewan sebagai tanda bantahan terhadap usul berkenaan.

Najib Gembira Keputusan Manek Urai

SHARM EL-SHEIKH - Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata beliau berpuas hati dengan perubahan yang berlaku pada pilihan raya kecil Manik Urai kerana ia menunjukkan usaha-usaha yang dilakukan sepanjang 103 hari beliau menjadi Perdana Menteri mulai diterima rakyat, terutama pengundi Melayu.

Katanya walaupun Barisan Nasional (BN) tewas dengan majoriti 65 undi, keputusan itu amat memberangsangkan lebih-lebih lagi ia berlaku di kawasan majoriti Melayu.

"Mudah-mudahan sokongan dan kepercayaan rakyat yang kian bertambah ini akan berterusan," kata Najib .

"ini bererti keyakinan rakyat terhadap BN sudah dapat kita pulihkan dan sekiranya kita meneruskan usaha-usaha yang telah dimulakan, saya percaya kedudukan Barisan Nasional akan menjadi lebih mantap lagi InsyaAllah.

"Kita tidak boleh merasakan bahawa segala-galanya telah pun kita lepasi ujiannya tetapi saya begitu puas hati bahawa apa yang telah kita mulakan selama 103 hari ini menampakkan sambutan rakyat yang menggalakkan," katanya.


Peguam Utama Tarik Diri Wakili Anwar

KUALA LUMPUR - Peguam Sulaiman Abdullah yang mendapatkan rawatan akibat pening di hospital menarik diri buat sementara daripada mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai peguam utama dalam kes liwatnya memaksa Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Abidin Mohd Diah menangguhkan prosiding kepada pukul 2 petang hari ini.

Seorang daripada peguam bela Anwar S.N.Nair memberitahu bahawa Sulaiman telah memaklumkan kepada pasukan pembela bahawa beliau tidak mahu kes itu tertangguh disebabkan keadaan kesihatannya.

Sulaiman, telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (KLH) sejak minggu lepas untuk mendapatkan rawatan selepas beberapa episod diserang sakit kepala secara tiba-tiba.

Prosiding hari ini dijadualkan di mahkamah terbuka tetapi pada 9.15 pagi, peguam bela Anwar, Edmund Bon dan R.Sivarasa dan Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan, memasuki kamar Hakim Mohamad Zabidin.

Ketua AMK Johor Bidas ' Projek Mee Segera' Ala - BN

oleh : http//amkj.blogspot.com

Keputusan Manek Urai sudah diketahui umum.

AMK Johor mengucapkan tahniah buat 'abe Uji' yang berjaya mengekalkan kerusi tersebut untuk PAS dan Pakatan Rakyat khususnya. Sudah pasti media BN tidak henti-henti mengaku dirinya menang. Itu lumrah mereka, tidak tahu malu.

Projek 'pondok-pondok' mereka hanya berjaya mempengaruhi hanya beberapa peratus pengundi sahaja. Majoritinya agak lali dengan 'gula-gula' BN-Umno. Walaupun dengan 65 undi Abe Uji tetap juara . Tan Sri Muyiddin Yassin dan kelompok perasuah ,terpaksa ' mengigit jari ' lagi dengan pelbagai tipu helah.

Saya telah menjangkakan dan yakin sebelum ini PAS akan berjaya sebelum penamaan calon lagi , walaupun perkiraan saya BN-Umno berjaya mencuri beberapa undi atas pagar. Muhyiddin terkenal dengan kelicikkannya di Johor.

Petronas dan BN gagal menjawab kegagalan mereka menipu pembahagian royalti di Kelantan. Projek jambatan dan argomolitan adalah projek 'mee segera' mainan BN seperti pilihanraya yang lepas.

Jentera AMK Johor yang berhempas pulas di Manek Urai yang tidak menghiraukan kalah-menang harus dinobatkan sebagai 'Tentera kental Pakatan Rakyat". Tahniah kepada semua jentera Pakatan rakyat yang berjuang di Manek Urai.

BN-Umno pasti kalah dan terus kecundang dengan helah buruk mereka. Kepada Puteri Umno, saya berharap usah celupar. Pepatah ada berkata, " Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa ".

Zabidie Abas
Ketua AMK Johor

Pakatan Rakyat Selangor Pula Bercakaran

SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu mencabar Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong menamakan Exco kerajaan negeri yang didakwanya mempunyai hubungan dengan perniagaan haram.


''Kalau beliau berani, betul-betul anak jantan, namakan orang itu supaya tindakan undang-undang boleh diambil,'' katanya.

Jika Choo Keong enggan menamakan Exco terbabit katanya, beliau mahu Ahli Parlimen itu berhenti daripada membuat sebarang spekulasi dan menggunakan Internet untuk menyerang pihak lain.


Ahli Parlimen yang mewakili PKR itu di dalam blognya mendakwa terdapat Exco kerajaan negeri Selangor membenarkan pejabatnya digunakan untuk mengadakan mesyuarat bagi aktiviti perniagaan yang diragui.


Katanya, berdasarkan rekod Ahli Parlimen itu ketika berada di dalam DAP sebelum ini, beliau telah banyak membuat dakwaan melibatkan individu lain termasuk menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggunakan Permit Import (AP) miliknya untuk membeli kereta sekitar 1980-an.


''Saya percaya tuduhan dibuat Choo Keong itu ditujukan khas kepada DAP kerana beliau mempunyai rekod yang tidak baik dengan DAP,'' jelasnya.


''Beliau pernah menghentam pucuk pimpinan DAP dan saya marah dia. Selepas itu, kami berkawan semula. Saya hairan mengapa tiba-tiba dia buat macam ini. ''Sebagai orang politik yang duduk di dalam rumah kaca, dia tidak boleh lontar batu,'' ujarnya.


Xavier Tegur Cadangan Azmin Rombak Exco

SHAH ALAM - Cadangan rombakan barisan Exco kerajaan negeri Selangor akan terus diutarakan biarpun tidak dipersetujui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


ADUN Seri Muda, Suhaimi Shafie berkata, majoriti ahli Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor menyokong cadangan tersebut.


Namun Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr. Xavier A. Jayakumar pula menolak cadangan itu dan berpendapat ia sepatutnya dibincangkan pada mesyuarat peringkat dalaman.


ADUN Meru, Dr. Abdul Rani Osman yang turut bersetuju dengan cadangan Azmin berkata, rombakan yang dicadangkan bukan merujuk kepada perubahan jawatan sahaja tetapi mungkin juga rombakan 'jiwa' para Exco.

''Sebenarnya apa yang dilakukan Azmin ada betulnya untuk kebaikan pentadbiran kerana sekarang ini memang ada masalah dalam pentadbiran. Ini merupakan satu mesej kepada barisan Exco agar memperbaiki kelemahan mereka,'' ujarnya.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Rodziah Ismail pula berkata, beliau yakin jika cadangan itu ada asasnya dan boleh membawa kebaikan kepada kerajaan negeri, pasti Menteri Besar akan mempertimbangkannya.


''Kita boleh terima semua cadangan termasuk yang dilontarkan Azmin. Tetapi untuk rombakan Exco ini biarlah Menteri Besar yang tentukan kerana itu di bawah kuasa beliau,'' katanya.


Beliau juga menyifatkan Azmin membawa budaya baru dan ia tidak salah kerana kedudukan Exco bukan istimewa sehingga tidak boleh ditegur.


Aziz Terima Kekalahan Dengan 'Kemenangan BN'

KUALA KRAI - Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai Tuan Aziz Tuan Mat, menerima keputusan yang telah dibuat oleh pengundi kawasan itu dengan reda.

Beliau berkata kekalahan itu tidak akan melemahkan semangat beliau untuk berjuang dan memberi khidmat kepada masyarakat."Segala kelemahan akan dikaji untuk ditingkatkan lagi. Sekali gus untuk memberi saingan sengit kepada parti lawan pada masa hadapan.

"Sebagai Ketua Pemuda Umno Kuala Krai saya akan menjalankan tugas untuk menarik golongan muda untuk bersama-sama kita," katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Pengarah Jentera Pilihan raya Kelantan Datuk Mustapa Mohamed dan seluruh pasukan jentera parti kerana berjaya memberikan saingan sengit kepada parti lawan.

"Walaupun saya kalah tapi kita telah berjaya mengurangkan majoriti undi PAS," katanya.

Penganalis Beri Amaran Kepada Pakatan Rakyat

KUALA KRAI- Johor Daily mengucapkan tahniah kepada PAS dan Mohd Fauzi Abdullah diatas kemenangan menewaskan Barisan Nasional. Walaupun BN menjanjkan ratusan juta projek pembangunan namum tidak banyak pengundi yang terperdaya .

Walaupun kemenangan tipis PAS di Manik Urai dengan majoriti 65 undi membuktikan PAS masih ampuh di manek urai. BN kecundang dalam usahanya menawan kubu kuat PAS.

Dari sudut politik ianya dilihat sebagai tamparan kepada PAS, yang pada awalnya yakin mempertahankan kawasan itu dengan majoriti selesa sehingga 2,000 undi mengikut bancian awal merekal.

BN berjani akan membawa pembangunan di kawasan itu, antara lain membina jambatan baru Kota Agropolitan, gagal memperngaruhi pengundi setia PAS. Dikatakan pengundi Nomad telah memberi 'air muka kepada BN-Umno semalam.

"Faktor jentera BN yang berkesan dan sistematik membawa kepada keputusan itu," kata pemerhati politik , Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.

Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussein, keputusan di Manik Urai itu tidak menggambarkan penolakan kepada mana-mana parti bertanding kerana majoritinya yang tipis.

"Ia juga bukan kekalahan total kepada BN," kata Ahmad Atory. "Kejayaan merapatkan jurang itu mengembalikan semangat UMNO bahawa mereka masih diterima orang Melayu khususnya di Kelantan," kata Ahmad Atory lagi.

Muhyiddin Tidak Kecewa Walaupun Kalah

Johor Bahru - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Barisan Nasional (BN) tidak perlu berasa kecewa dengan keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai.

Beliau berkata walaupun tewas, keputusan pilihan raya kecil itu menunjukkan sudah ada peningkatan sokongan yang agak jelas terhadap BN.

"Saya percaya ini petanda bahawa rakyat sudah faham menilai kepimpinan Perdana Menteri dan langkah-langkah yang diambil untuk membawa pembaharuan dalam negara," katanya malam tadi.

Muhyiddin berkata keputusan itu akan mendorong beliau dan rakan-rakan dalam BN untuk bekerja lebih keras bagi memastikan angin perubahan terus berlaku pada masa depan.

Beliau seterusnya mengucapkan tahniah kepada PAS di atas kemenangan mereka, selain turut mengucapkan terima kasih pada Pengarah Pilihan raya BN Kelantan Datuk Mustapa Mohamed dan seluruh jentera BN yang bekerja kuat bagi memastikan kemenangan BN.

Keputusan pilihan raya kecil DUN Manik Urai memihak kepada PAS yang meraih 5,348 undi berbanding BN 5,283, menjadikan majoriti hanya 65 undi, iaitu perbezaan cuma 0.61 peratus.

Tuesday, July 14, 2009

RALLY Manek Urai : " Padan muka, PAS Sombong "

14 - 07 - 2009

09.00 malam
* Johor Daily mendapat pesanan ringkas (sms), " Padan muka. PAS Sombong " dari seorang pendokong Pakatan Rakyat.

08.59 malam
* Keputusan rasmi Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, menang dengan majoriti sebanyak 65 undi.

PAS mendapat 5,348 undi . Turun 398 undi
BN mendapat 5,283 undi. Naik 889 undi

06.11 petang
* Sebanyak 87.33 peratus telah keluar mengundi iaitu sejumlah 10,736 .
* Kelihatan penyokong Umno temakan ' sorak' PAS dan beransur pulang.
* Penyokong pakatan rakyat masih berkumpul di Kuala Krai.

04.47 petang
* Kem PAS kelihatan ceria dan yakin menang.
* 86.4 peratus atau 10,626 pemilih mengundi setakat 4.15 petang.
* Harakah Daily dakwa PAS menang dengan majoriti lebih 2,200 undi melalui 'kawat cam' pengundi.
* Pengarah Pilihanraya PAS istihar Pakatan Rakyat menang dengan majoriti lebih besar dari sebelumnya.
* Beberapa petugas PAS ditahan polis bagi membantu siasatan pergaduhan.

03.58 petang
* Sumber SPR mengatakan setakat ini angka pengundi hanya dalam 10,500 sahaja.
* Diberitakan hampir semua pusat pembunagan undi telah sepi dari pengundi.
* Petugas PAS diminta oleh pusat gerakan supaya berhati-hati agar tiada 'tangan hantu' menukar undi atau 'undi terbang' masuk ke peti undi.

03.20 petang
* Permerhati politik kagum dengan Nik Aziz yang masih berada 'dipadang'.
* Berapa saluran kelihatan kosong, berkemungkinan sudah tiada pengundi yang datang lagi.
* Belum ada berita terkini mangsa pergaduhan yang dikatakan cedera dan pengsan.

02.35 petang
* Nik Aziz dakwa dan gembira ramai pengundi luar pulang dan undi PAS.
* Kem BN yakin kemenangan berpihak kepada mereka.
* Ura-ura 'wang saku' Umno yang kehabisan , dimaklumkan telah diselesaikan.
* Puteri Umno mendakwa ada beberapa ahlinya terpaksa dihantar ke hospital akibat patah gigi dan cedera dibaling . Pergaduhan berlaku Sek. keb. Peria.
* Perayu PAS masih berkampung diluar pusat pembuangan undi, Perayu Umno dikata telah banyak yang pulang.
* Polis mendakwa provokasi berlaku sejak dari pagi. Ejek mengejek terus berlaku sehingga petang.
* Undi dikatakan sudah melebihi angka 10,000 yang hadir.
* Tuan Aziz Tuan Mat yakin peluangnya "lebih cerah" jika peratusan keluar mengundi meningkat.

12.28 tengahari
* Pengundi luar dipercayai menuntut wang dari 'Agen Biru' untuk pulang ke Kota Bahru , K.Lumpur dalm lain-lain tempat.
* Pengundi berkata ia 'lumrah' setiap kali pilihanraya. Biasanya pengundi akan pergi ke lokasi yang sama untuk menuntut 'wang tambang balik'.
* Undi sudah melebihi 8,500 kata sumber SPR.

12.17 tengahari
* Beberapa pusat pembunagan undi kelihatan lenggang.
* Nik Abdul Aziz dikatakan berada di Sek. Kebangsaan Manek Urai Baru.
* Muhiyiddin tidak dapat dikesan berada dimana, dipercaya sedang beristirehat di kamar Hotel menanti maklumat untuk pulang ke Kuala Lumpur atau menjulang kemenangan.
* Sebelum sesi petang dipercayai undi boleh mencecah 8,500 undi

11.56 pagi
* Mahfuz tidak yakin PAS boleh ulangi rekod PRU-12.
* Lebih 7,200 orang pengnudi telah hadir tunai tanggungjawap.
* penganalisi berkata mungkin pengundi yang datang sekitar 75% hingga 85%.
* Jentera perayu sudah mula rehat diwarung dan kem masing-masing.

11.05 pagi
* Kem PAS-Umno terus merayu undi, malah mereka menjerit-jerit mengejek satau sama lain.
* Pengundi masih beratur untuk mengundi.
* Petugas PAS dikatankan telah menangkap seorang lelaki melayu menyamar petugas SPR. PAS mendakwa lelaki itu dalang Umno.
* Suara perayu undi masih lantang kendengaran menyebut 'Altantuya'.

10.35 pagi
* Lebih 5,000 pengundi telah menunaikan tanggungjawab.
* Keadaan tenang tanpa pergaduhan.

9.30 pagi
* SPR mengesahkan sebanyak 1,932 pengundi (15.7 %) telah keluar mengundi.
* Tuan Aziz Tuan Man dari BN dan Mohd Fauzi Abdullah dari PAS bergerak dari satu saluran - ke satu saluran dan terus berkempen.
* Polis belum lagi menerima laporan sebarang pergaduhan, menahan bas penghundi hantu dan perayu undi bergaduh.
* Cuaca terang dan tiada hujan.

8.10 pagi.
* Nik Aziz dilihat terus berkempen bersama calon PAS di pusat pembuangan undi.
* Jentera PAS berselawat untuk merayu undi
* Seorang wantia Umno mengamuk mendengar selawat dari perayu pas yang didakwa terlalu kuat.
* Wanita Umno berkempen dengan slogan Hidup Melayu
...........................................................................................

* Seorang pengundi dari Kg Slow Machang, membuat aduan polis terhadap Muhyidin kerana cuba menyogok pengundi.
* Calon BN menyatakan yakin menang
* SPR diramalkan umum keputusan jam 8.00 malam.
* Sehingga hari ini BN telah berjanji nilai melebihi RM140 juta projek jika menang.
* 8.00 pagi, semua pusat mengundi dibuka.
* Pelbagai media tidak memberi harapan besar kepada PAS.
* Nasharuddin dan Najib tidak kelihat sehingga hari ini.
* Najib yakin pengundi bawah 40 tahun bertukar arah ke BN.
* Muhiddin dakwa PAS tiada hak tuntut projek jika BN kalah.
* Polis dakwa pilihanraya paling aman sejak beberapa tahun(melibatkan BN-Umno bertanding).

13-07-2009

* Najib masih tidak kelihatan di Manek Urai tanda BN yakin menang.
* Petugas PAS dakwa BN secara jelas merasuah pengundi.
* Kelantan umum cuti peristiwa esok.
* Nik Aziz pertikai janji Muhyiddin bina jambatan. Janji Pak Lah bina jambatan masih tidak tertunai.
* Pengarah Pilihanraya PAS , Fatah Harun yakin PAS menang.
* Muhyiddin yakin PAS kecewa (kalah) esok.
* Jentera BN-Umno istihar menang mengikut kajian mereka.
* PAS mendakwa 58% undi bakal diperolehi
* Umno dakwa lebih 50% undi memihak pada BN.
* Pakatan Rakyat dakwa BN mengunakan jentera kerajaan dengan maksimun termasuk tentera, polis dan helikopter.
* BN gagal membawa Petronas untuk menjelaskan isu royalti.
* PAS gagal mengumumkan 'kejutan' seperti yang diwar-warkan semalam.
* Najib berkata, Manek Urai menunjukkan 'petanda baik'.
* Malaysiakini meramalkan BN bakal membuat kejutan esok.

12-07-2009

* 10 juta nilai jambatan jika menang - Muhyiddin.
* 125.9 juta menang atau kalah, peruntukkan pendidikan khas buat Manek Urai - Muhyiddin.
* PAS dakwa polis terlalu ramai dan menyusahkan lalu lintas.
* Muhyiddin anggap Nik Aziz dan Nasharuddin hanya sandiwara.
* Awang Adek kata pemimin PAS 'sapu' balak.
* Hampir semua pemimpin BN ulas dan bangga 100 hari Najib.
* Ibrahim Ali mencemuh Nik Abdul Aziz, PAS Kelantan dan semua ahli PAS.
* Ibrahim Ali yakin BN menang di Manek Urai.
* PAS umum buat kejutan esok.
* Sepanduk 'menyerang parti lawan' semakin banyak.
* Anwar cabar SPRM siasat kempen unsur rasuah. TPM janji jambatan.

11-07-2009

* Najib turunkan tol 20% bersyarat dan sepuluh diskaun untuk rakyat.
* Shaziman dengan nada gurauan segera menjawab: "Oleh kerana saya sudah makan dua ulas buah durian, maka saya akan tunaikan permintaan pak cik. Pak cik jangan risau lepas ini insya-Allah kita bantu."
* Nik Aziz masih menanti surat balasan dari Najb.
* Bilik gerakan PKR diarah tutup.
* Lokman berkata hanya BN-Umno penyelamat Malaysia.
* Najib umum 11 pelan 'diskaun' bantu Muhyiddin di Manek Urai.
* Nasharuddin dan Nik Aziz sholat Dhuha bersama-sama.

10-07-09

* Nik Aziz pelawa Nasharuddin ke Manek Urai.
* Calon PAS dan Umno mula tembusi kubu lawan.
* Salahuddin Ayub dakwa Muhyiddin gadai hak melayu semasa jadi MB Johor.
*Ramai menteri Kerajaan Pusat makin berkampung disitu. Pelbagai janji mula ditabut termasuk berbaiki jalan dan sekolah.
PAS 'bankrup idea' dengan terus ungkit royalti minyak- Muhyiddin.
* Nik Aziz enggan layan keranah Muyiddin.
* Khairy dakwa PAS makin terdesak dalam pelbagai isu.
* Muyiddin janji mahu jadikan Manek Urai Agromolitan.


09-07-09

* Perang poster dan sepanduk semakin hebat. "Nik Aziz" makin banyak disitu.
* Isu royalti : Husam dakwa Khairi alih topik yang asik persoalan kehadiran Nasharuddin.
* Nasharuddin dijangka akan buat kejutan dalam beberapa hari.
* Kebakaran gerai Noor Asiah 'membawa' rahmat. Calon berrebut menghulur bantuan.
* Muyiddin 'tendang' isu royalti kepada Petronas.
* Hishmauddin beri amaran kepada Husam mengenai 'khemah tentera USA'.

08-07-09

* Anggota Umno Perlu Fahami Citarasa Masyarakat Untuk Kekal Relevan - Muhyuddin.
* MAFREL: Amalan rasuah berlaku dan penyalahgunaan kuasa oleh individu, jabatan dan agensi kerajaan.
* Peniaga ikan akan mengadakan perhimpunan Jumaat ini untuk membantah tindakan Umno yang didakwa telah memperlekehkan profesyen mereka.
* Media masih memburu Nasharuddin.
* Muhyiddin mula kalam kabut dengan celupar mulut Datuk Mustapa mengenai 'Isu Peniaga Ikan'.
* Husam dakwa khemah Polis seperti khemas tentera USA di Iraq.

07-07-2009
* Media masih mencaci dan mencari Nasharuddin Mat Isa.
* Najib Razak nasihat UMNO-PAS jangan guna taktik kotor. (seperti yang beliau lakukan di Permatang Pauh)
* Datuk Seri Anwar & Dato' Nik Aziz berada di Kg. Chucuh Puteri.
* Datuk Mustafa Mohamad mula menyerang peribadi calon PAS dengan mengatakan Fauzi pependidikkan rendah.
* Presiden PAS enggan melepaskan 'Anjing Tersepit'.


06-07-2009
* Hari Penamaan calon, hanya PAS dan Umno bertanding.
* Datuk Nik Abdul Nik Aziz mengimami Sholat Hajat bagi merasmikan kempen sebenar.
* KJ dakwa ribuan Pemuda PAS akan lompat ke Umno
* Murugiah akan pastikan 30 penguni undi BN.

05-07-2009

* 6124 Pelajar sekolah telah dirasuah oleh Kementerian Pendidikan.
* Datuk Ahmad Maslan menoreh getah.
* Sebahagian besar pemimpin Barisan Nasional dan pakatan Rakyat telah berkampung disini

Hanya Pandangan Johor Daily :
PAS : 5,150 -5,300 undi
Umno : 4,500 - 4,700 undi

* PAS Menang majoriti 350 - 550 undi.
* Tidak mustahil angka menang itu milik BN-Umno .
* Segi fokustik tekniknal graf, Umno sepatutnya 'crossover' PAS (undi Umno melebihi PAS).
* Jika pengundi yang hadir kurang 80%, peluang Umno sangat baik.

Data Pengundi Manek Urai 2009.

21 - 39 tahun : 5,598 orang
40 - 59 tahun : 4,511 orang.
60 - 79 tahun : 1,937 orang.

Monday, July 13, 2009

MARI BERSAMA KAMI

Ringgit Jatuh Lagi Hari Ini

KUALA LUMPUR - Ringgit ditutup rendah berbanding dengan dolar AS Isnin di tengah-tengah wujudnya keraguan mengenai pemulihan ekonomi. Pada jam 5.00 petang, ringgit dicatatkan kejatuhan kepada 3.5950/5000 kepada setiap dolar AS berbanding dengan 3.5750/5800 semasa ditutup Jumaat lepas.

Dalam dagangan lewat, ringgit dicatatkan kebanyakannya rendah berbanding dengan mata wang utama yang lain.

Ringgit menjadi lemah berbanding dengan euro kepada 5.0104/0184 daripada 4.9728/9801 yang dicatatkan Jumaat lepas tetapi mengukuh berbanding dengan pound British kepada 5.7754/7848 daripada 5.8226/8315 sebelum ini.

Kejatuhan pasti berlaku lagi jika pilihanraya kecil dikelantan tidak memihak kepada parti memerintah iaitu Barisan Nasional. Sebelum ini Perdana Menterai berkata ekonomi Malaysia semakin baik dari sebelumnya.


Bukit Gantang tidak Berlaku di Manek Urai ?

Johor Bahru - Media pro-Umno beryakinan memaparkan bahawa kemenangan yakin dipihak mereka setalh berhempas pulas menabus kejian terhadap pemimpin Pakatan Rakyat sejak tiga minggu lepas. Adakah mereka pasti peroleh hasil dari 'pengorbanan' itu. Utusan Malaysia paling bersorak jika BN menang atau kalah dengan majoriti yang sedikit.

Esok pasti menjanjikan debaran diantara PAS dan Umno. Parti-parti lain lebih berminat menjadikan bahan akedemik. Seorang Mulimat, pendokong setia PAS di Kota Bahru yang mengenalkan diri sebagi Norkartina , memberitahu Johor Daily bahawa beliau yakin kemenangan berpihak kepada PAS.

Namun sehingga kini belam ada pemimpin berani mendabik dada mengaku juara kecuali Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan yang pada sidang medianya semalam mengakui partinya pasti menang. Semalam PAS membayangkan akan membuat kejutan pada hari ini, sehingga artikal ini ditulis, Johor Daily masih belum mendengar perkhabaran kejutan itu.

Jika sebelum ini Johor Daily meramalkan kemenangan dengan majoriti menurun bagi pihak PAS. Dengan jentera yang mengempur disaat-saat akhir tidak mustahil PAS memperolehi melebihi 1600 undi kemenangan esok. Namun ada bisik-bisik diantara pendokong Pakatan Rakyat berkata ," Bukit Gantang tidak Berlaku di Manek Urai". Yang pasti salah satu pasti kalah. Adakah PAS atau Muhyiddin sudah bersedia ?

Anwar Dan Nik Aziz Pertikai Janji Manis Muhyiddin

Munek Urai - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, "Mana ada jambatan siap sehari. Mu.... (kamu) Muhyiddin, bukan Nabi Sulaiman. Barangkali dia nak ikut kita masa pilihanraya dulu, (berjanji kalau) Pakatan menang hari ini, esok turun harga minyak. Itu bolehlah, itu isytihar saja.

"Dari sudut undang-undang ini salah, saya cabar SPRM, kalau kamu betul-betul amanah, mu(SPRM) siasat dan igat (tangkap) Muhyiddin kerana dia janji palsu ini.

"Kalau dia beranilah. Mana boleh, kalau nak jambatan pangkah Umno-BN. Mu pangkah BN pada 14 haribulan, 15 haribulan buat jambatan. Dia ingat bapak dia punya negeri," katanya.

Johor Daily percaya, SPRM tidak berani menyiasat atau menangkap Muhyiddin kerana ia lumrah bagi pegawai SPRM untuk menyelamat periuk nasi masing-masing.

Sementara itu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat meragui janji Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membina jambatan baru di Manek Urai kerana menurutnya, janji lama BN pun belum tertunai.

"Itu baru (janji) kalau (menang). Perdana menteri dulu, Pak Lah sudah isytihar dah, sebelum pilihanraya lagi, hendak buat jambatan Sultan Ismail kedua di Sungai Kelantan. Nik Aziz mengulas tawaran kerajaan pusat untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil itu.

Khir Diarah Keluar Dewan Kerana 'Speaker Bias'

SHAH ALAM - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini hangat apabila Ketua Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo diarahkan keluar daripada dewan.

Arahan yang buat boleh Speaker, Teng Chang Khim yang dibuat kira-kira pukul 11.55 pagi itu dikeluarkan setelah Mohd. Khir enggan menarik balik perkataan 'Speaker bias' serta memohon maaf mengenai perkara itu.


Mohamad Khir mengeluarkan perkataan itu apabila mempertahankan tindakan beliau menerusi penguamnya yang mengemukakan surat saman kepada ADUN Sekinchan, Ng suee Lim di kawasan letak kereta bangunan DUN, Khamis lalu.


Chang Khim mendakwa, tindakan Mohd. Khir itu merupakan satu kesalahan yang besar kerana ia dianggap menghina DUN selain satu cubaan untuk menakutkan ADUN terutamanya daripada Pakatan Rakyat daripada menjalankan tugas mereka.


Nik Aziz Isytihar Esok Cuti Umum Kelantan

KOTA BAHRU - Kelantan mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi semua penjawat awam yang bekerja di negeri itu. Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata langkah itu diambil selepas mengambil kira kepentingan umum, memandangkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai akan berlangsung Selasa .

Beliau berkata pihaknya melihat bahawa hari mengundi yang ditetapkan esok boleh menimbulkan banyak kesulitan kepada pengundi kerana ia diadakan pada hari bekerja.

"Saya isytihar esok 14 Julai (Selasa) sebagai cuti umum bagi seluruh negeri Kelantan, diambil atas sebab 'Cuti Peristiwa'. Dalam semangat pro demokrasi, kami mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan mendahulukan pencapaian," katanya.

Esok merupakan hari mengundi pilihan raya kecil DUN Manik Urai yang diadakan ekoran kematian Anggota Dewan Undangan Negeri dari PAS Ismail Yaakob pada 22 Mei lepas, yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, dan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah.

Ibrahim Ali Cemuh Nik Abdul Aziz Dan Semua Ali PAS

KUALA KRAI - Datuk Ibrahim Ali berkata, "Nik Abdul Aziz elak dari menyambut cabaran Timbalan Perdana Menteri sebab pada saya tidak ada asas untuk menidakkan kegagalan beliau untuk memberikan manfaat terbaik kepada rakyat.


"Sepatutnya Pas dan kerajaan negeri membentangkan prestasi pemerintahan mereka selama 20 tahun di Kelantan berasaskan fakta dan apa yang dilakukan untuk syiar Islam, ekonomi dan prasarana tetapi Pas takut mereka dipersoalkan rakyat."


Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Pas hanya bermain dengan slogan Islam untuk mengalihkan pandangan pengundi daripada isu-isu asas bagi menutup kelemahan mereka.


"Tetapi saya lihat pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai ini tidak ada slogan 'Membangun Bersama Islam' sebab mereka sudah jadi kuda tunggang DAP yang menolak slogan yang ada kaitan dengan Islam.


"Strategi Pas kali ini adalah mengalihkan pandangan pengundi dengan membangkitkan isu tuntutan royalti minyak dan mendakwa mereka tidak mampu membangunkan negeri disebabkan tidak mendapat royalti minyak," katanya.


"Mereka mengambil kesempatan ini dengan menaikkan dan menampal poster Nik Abdul Aziz sedang berdoa untuk meraih simpati para pengundi."Tetapi kita harus ingat selama 20 tahun beliau berdoa majoriti penduduk di Manek Urai masih minum 'air tandak' , soalnya sampai bila rakyat di sini akan minum air tandak," katanya.


Sementara itu, Ibrahim berkata, BN berpeluang mencapai kemenangan pada pilihan raya kali ini berdasarkan kesedaran rakyat selepas 20 tahun diabaikan."Pas walaupun tidak menunaikan tanggungjawab mereka dapat mengeskploitasikan isu untuk menyentuh jiwa rakyat," katanya dengan tegas.

Janji 'Paling Manis' Dari Muhyiddin Di Manek Urai

KUALA KRAI – Sebanyak RM125.9 juta diperuntukkan Kerajaan Pusat khusus untuk meningkatkan taraf pendidikan rakyat di jajahan ini sekali gus membuktikan keprihatinannya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada RM1.7 bilion yang disalurkan ke negeri ini di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi tujuan yang sama.


Beliau berkata, di jajahan ini, ia dibelanjakan untuk membiayai 75 projek pembangunan termasuk pembinaan 13 buah sekolah rendah dan empat buah sekolah menengah di samping projek naik taraf dan pembinaan rumah guru serta asrama.


“Justeru tohmahan yang mengatakan Kerajaan Persekutuan mengabaikan Kelantan khususnya Kuala Krai adalah tidak berasas sama sekali.“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita tidak pernah mengabaikan mana-mana golongan masyarakat di negara kita, lebih-lebih lagi anak-anak yang memerlukan ilmu pengetahuan,” katanya.


Johor Daily berharap penduduk Manek Urai tidak menikut jejaka Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Johor yang menyaman Muhyiddin atas penipuan bekas Menteri Besar Johor itu. Kerana minat beliau memang suka 'kelentong' rakyat dan sesiapa sahaja.


Muhyiddin Cemuh Nik Aziz-Nasharuddin Lagi

KUALA KRAI - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kedatangan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai semalam hanyalah satu sandiwara.


Timbalan Perdana Menteri menegaskan, ia taktik Pas untuk mengaburi mata pengundi kononnya pergeseran antara Nasharuddin dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan idea kerajaan perpaduan telah selesai.


"Dia bila dah sampai hujung-hujung terdesak sikit, tengok undi dah banyak beralih pada kita, dia pun carilah nak tunjuk bersatu, cium tangan ."Tapi saya tahu di sebalik itu, saya nampak dia ada pandangan tentang isu kerajaan perpaduan, kita tahu dulu dia ikhlas dan mahu ia berlaku.


"Tapi nampaknya 'bertempur' dengan tok guru yang tak mahu perkara itu berlaku dengan menuduh ia perangkap BN dan UMNO, sekarang kononnya dah selesai sebab itu nak semua pengundi sokong sebab kami tak bergaduh," katanya.


"Sebab sekarang dah dekat-dekat , mesti tunjuklah kita sudah bersatu balik tapi rakyat di sini lebih tahu cara 'bahasa tubuh' tidak begitu mesra masa dia datang, ini hanya taktik nak sesuaikan dengan tuntutan politik.

"Padahal dulu tak nak gambar dia keluar malah tiada slot untuk Nasharuddin berceramah, itu dah dinyatakan dan orang Pas sendiri tahu," tegasnya.


PAS Rimas Polis Terlalu Ramai Di Manek Urai

KUALA KRAI - PAS masih tidak menyenangi kehadiran terlalu ramai anggota polis di Manik Urai dan meragui peranan mereka pada pilihan raya kecil itu Selasa ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fattah Haron berkata kenderaan polis yang banyak diletakan di tepi dan persimpangan jalan terutama di Laloh telah menimbulkan kesulitan kepada pengguna jalan.

"Kita telah membuat aduan termasuk menelefon pihak terbabit tetapi keadaan masih tidak berubah," katanya .

Beliau mahu pihak polis segera mengambil tindakan mengatasi perkara itu bagi melicinkan pergerakan lalu lintas menjelang hari pengundian Selasa ini.

Sebelum ini beberapa pemimpin Pakatan Rakyat mempertikaikan kehadiran polis yang begitu ramai dan ada yang mengatakan polis di Manek Urai ibarat 'Tentera AS di Iraq'.

Nik Aziz Perjelas Ketiadaan Nasharuddin

KOTA BAHRU - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak tahu yang Timbalan Presiden parti Nasaruddin Mat Isa sakit dan menjalani pembedahan yang menyebabkannya tidak dapat hadir pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai.

"Saya tak tahu langsung. Tak adapun orang beritahu...rupanya dia sakit, kena operate (bedah), saya tahu sangatlah orang kena operate, sebab saya sendiri pernah kena operate."Kalu saya tahu awal-awal lagi saya tak minta dia datang," kata Menteri Besar Kelantan itu .

Kenyataan Nik Abdul Aziz sebelum ini yang kesal kerana Nasaruddin tidak hadir pada hari penamaan calon itu telah menyebabkan pelbagai spekulasi timbul lebih-lebih lagi selepas beliau dicabar meletakkan jawatan parti dan anggota Parlimen Bachok, berikutan mempertahankkan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang disarankan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Nasaruddin hanya muncul semalam pada majlis solat dhuha bersama Nik Abdul Aziz di Manik Urai walaupun tidak sempat menyampaikan ceramah kerana keuzurannya. Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz mengucapkan terima kasih kepada Nasaruddin kerana kehadirannya itu dapat meredakan keadaan dan anggapan sesetengah pihak terhadap isu "kehilangannya" dalam kempen PAS di Manik Urai.

Johor FC Belasah Kedah 5 - 1

Pasir Gudang - Pasukan Johor FC mencipta kejutan apabila membenam Kedah 5-1 pada perlawanan tunggal Liga Super di Stadium JCorp, Pasir Gudang, Johor Baharu, Sabtu malam.

Tanpa disangka, Johor FC memulakan jaringan seawal minit ketiga menerusi pemain tengah Eddy Helmi Manan sebelum menambah jaringan melalui Mohd Helmi Azuan Goyah pada minit ke-36 dan Wan Rohaimi Wan Ismail pada minit ke-43.

Johor FC kembali semula pada babak kedua dengan semangat berkobar-kobar untuk mengumpul tiga mata penuh dan memperkukuhkan kedudukan menerusi jaringan Mohd Fared Idris pada minit ke-48.

Bagaimanapun, Kedah, yang menduduki tangga ketiga dalam liga, memperoleh gol sagu hati menerusi Shafiq Jamal pada minit ke-56 sebelum Johor FC menutup tirai jaringan pada minit ke-78 menerusi Mohd Safwan Riduan.

Kemenangan itu membolehkan Johor FC menduduki tangga keenam dalam liga dengan mengumpul 42 mata daripada 24 perlawanan.

Penganalisis Jangka BN Mungkin Buat Kejutan

KUALA KRAI - Kurang 24 jam, lebih 12,000 pengundi di Manik Urai akan menentukan wakil rakyat dan parti pilihan mereka Selasa ini selepas berada di bawah PAS.

Kalau sebelum penamaan calon, PAS mendahului dengan 60 peratus sokongan manakala 40 peratus pengundi memihak kepada Barisan Nasional (BN), namun jurang itu kini semakin rapat sehinggakan ada yang berpendapat BN boleh menggugat kedudukan PAS.

Ini kerana beberapa kawasan kubu kuat PAS misalnya di Chuchoh Puteri, Sungai Sok dan Lata Rek kini boleh dimasuki jentera BN. Perkara itu adalah mustahil sebelum ini.

Pemerhati politik melihat keadaan itu sebagai pengukur kepada kematangan politik pengundi selain tiada isu tempatan yang mendesak dibangkitkan kecuali kedua-dua pihak cuba memainkan isu yang dekat dengan pemikiran "Melayu Pantai Timur".

PAS masih bersandar pada isu Islam dan dakwaan kerajaan persekutuan menganaktiri rakyat negeri itu melalui tuntutan royalti minyak, manakala BN pula berjanji untuk membawa pembangunan dan menjadikan kawasan itu "anak emas" kerajaan persekutuan.

Sentimen pengundi pula dikatakan tidak "sehebat" ketika pilihan raya kecil Bukit Gantang sebelum ini yang "panas" dengan isu krisis perlembagaan selain demografi pengundinya yang berbilang bangsa.

Dr Hatta Ramli mengakui persaingan sengit di Chuchoh Puteri, Laloh dan Manik Urai Lama, kawasan yang dipercayai mempunyai pengundi di atas pagar.

Di atas kertas PAS hanya mempunyai kira-kira 700 ahli di Manik Urai dengan Umno mempunyai lebih 4,000 ahli, namun angka itu tidak menjanjikan laluan mudah buat calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, bekas pegawai Kesedar.

Persoalannya, mampukan kejutan PAS itu mengekalkan "status quo" di Manik Urai, 14 Julai ini, atau pengundi membuat pilihan sebaliknya selepas menjadi saksi kepada apa dilakukan parti itu yang memerintah Kelantan, sejak 19 tahun lepas.

Pemimpin Gomol Balok, Rakyat Makin Belok

KUALA KRAI - 'Pemimpin gomol balok, Rakyat makin selok' , sepanduk Barisana nasional menarik perhatian ramai di Manik Urai, kawasan DUN yang akan berdepan dengan pilihan raya kecil esok.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata kain rentang itu membayangkan realiti sebenar apa yang berlaku di Kelantan. Tambahnyanya kerajaan negeri itu yang ditadbir PAS sejak hampir 20 tahun lalu, bergantung kepada balak sebagai hasil utama negeri.

"Tahun lalu, Kelantan dapat RM400 juta hasil balak, tahun depan ia dijangka makin berkurangan, begitu juga tahun-tahun akan datang," katanya.

Pengarah Perhutanan Kelantan, Datuk Abdullah Sani Shaffie berkata sektor pembalakan menyumbang sebanyak 30 peratus hingga 40 peratus kepada pendapatan kerajaan negeri Kelantan.

Katanya kebanyakan lori itu membawa kayu balak pelbagai jenis dari kawasan pembalakan utama di Kelantan, Gua Musang, Kuala Krai dan Machang. "Ada kalanya cukai yang dikutip mencecah RM4 juta, bergantung kepada keadaan cuaca. Kadang-kadang kerja-kerja penebangan kayu tidak dapat dijalankan semasa hujan," katanya.

Menurut beliau, pegawai perhutanan di situ dapat mengenalpasti lori-lori yang membawa kayu balak yang ditebang di kawasan yang dibenarkan berdasarkan tanda yang diletak pada kayu-kayu berkenaan.

Hanya Dapat Jembatan Jika BN Menang - Muhyiddin

Manek Urai - Kempen semakin hebat di seleruh Manek Urai. PAS dan Umno mengunakan strategi mereka bagi memenangi pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.

Tawaran rasuah dan sogokkan adalah lumrah bagi Barisan Nasional. Terbaru Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Umno petang berkata, "Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN.

"Kalau tidak, esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN," katanya yang sebelum ini mengaku mengamal prinsip Islam dalam memerintah negara."Saudara jadi saksi, saya akan bangunkan jambatan itu selesai saja kita menang dalam pilihanraya pada 14 haribulan ini," katanya dengan nada tegas.

NONENamun Johor Daily menganggap janji itu ada ah pembohongan ketara kerana kertaskerja dan pelan tidak ditunjukkan kepada pengundi dan media. Malah untuk proses tender amnya memakan masa paling awal tiga bulan kerana pelbagai kajian dan urusan perolehan perlu disiapakan.

Muhyiddin memang terkenal dengan sikap penipunya.

PAS pula dikatakan membuat "kejutan besar" hari ini. Kedua-dua tindakan tersebut dilihat sebagai "modal terakhir" kedua-dua pihak bagi memenangkan calon masing-masing.

Saturday, July 11, 2009

......


"Saya telah mengirim surat kepada Perdana Menteri yang mengandungi soalan, 'kenapa Umno tolak Islam? "Islam itu bukan PAS yang buat, tetapi kenapa Umno tetap mahu menolak Islam. Sebab itu saya berkempen dan berdakwah hingga ke hari ini untuk Islam"- Datuk Abdul Aziz Nik Mat

BN Janji Nak Baiki Jalan Dengan Gurau

KUALA KRAI - "Sudah bertahun-tahun kami tunggu wakil rakyat datang melawat kampung ini dan tengok soal jalan kecil di sini tetapi tak sangka yang datang adalah menteri."kata Abdullah Lokman, yang terkejut Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor ke rumahnya.


Abdullah berkata: "Datuk, dah datang sini saya nak mintalah tolong baiki jalan ke kebun saya sepanjang kira-kira 100 meter. Sudah lama jalan itu rosak dan menyusahkan kami."


Sejurus mendengar permasalahan yang dialami itu, Shaziman dengan nada gurauan segera menjawab: "Oleh kerana saya sudah makan dua ulas buah durian, maka saya akan tunaikan permintaan pak cik. Pak cik jangan risau lepas ini insya-Allah kita bantu."


Abdullah ketika ditemui untuk merungkai perkara di sebalik permintaannya itu berkata, jalan ke ladang yang digunakan oleh penduduk telah rosak sejak sekian lama.


Sehubungan itu, dengan ditemani beberapa penduduk kampung mereka telah bertemu dengan pemimpin kerajaan negeri untuk meminta bantuan agar jalan itu diturap bagaimanapun cuma batu kerikil dibekalkan.


Sebelum ini banyak janji-janji yang masih tidak tertuani dari BN semasa pilihanraya kecil yang lepas termasuk di Permatang Pauh, Kuala Terangganu, Bukat Selambau dan lainnya.