Monday, July 6, 2009

Pakatan Rakyat Harap BN Pulang Tangan Kosong

Manek Urai - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata , "Calon PAS (Mohd Fauzi Abdullah) adalah menyamai ketokohan gemulah (bekas ADUN Manik Urai ) dan insyaAllah kita boleh menang," katanya ketika mengulas proses penamaan calon pilihan raya kecil itu di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra .

Abdul Hadi juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan keselamatan kerana berjaya memastikan proses pencalonan hari ini berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata gerakan Islam di negara ini akan terus subur terutama di Kelantan apabila semua pihak diyakini akan terus menyokong PAS di Manik Urai. "Mudah-mudahan gerakan Islam yang dibawa PAS akan menang dan kesepakatan dalam hubungan semua antara pakatan adalah lebih baik daripada kerajaan perpaduan," katanya.

Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Dr Tan Seng Giaw berkata ,"Awak boleh lihat keadaan baik dan calon pun sangat baik yang sudah tentu kami boleh menang," .

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata PKR akan turut bersama berganding bahu , dan berkata "Saya yakin ini adalah kelebihan kita di Manik Urai".

No comments:

Post a Comment