
Menurutnya, laluan yang dicadangkan oleh pihak kerajaan untuk pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang iaitu di bahagian selatan negeri itu akan menelan kos yang sangat besar.
"Berdasarkan maklumat industri yang saya peroleh, pembinaan jambatan tersebut di laluan alternatif iaitu di bahagian utara Pulau Pinang akan menjimatkan duit rakyat sebanyak RM4 bilion.
"Ini termasuk ganti rugi kepada syarikat yang diberikan projek tersebut iaitu China Harbour Engineering Company (CHEC) Ltd. dan UEM," katanya Anwar.
Anwar menambah, beliau tidak berniat mempertikaikan rasional keputusan kerajaan untuk membina jambatan kedua Pulau Pinang, namun berpendirian bahawa lokasi pembinaan perlu diteruskan di kawasan utara negeri itu.
"Pembinaan jambatan kedua di kawasan utara Pulau Pinang melibatkan kos yang rendah malah jaraknya lebih dekat sebanyak 10 kilometer berbanding pembinaan di bahagian selatan," katanya.
Beliau berkata, penjimatan kos sebanyak RM4 billion berkenaan dapat digunakan oleh kerajaan untuk membina dan menambah baik kemudahan awam dalam negara seperti hospital dan sekolah.
No comments:
Post a Comment