Thursday, July 2, 2009

Pemuda PAS Berjaya Mengerakkan Wacana Ilmiah

KUALA LUMPUR - Ketuanya Pergerakan Pemuda Umno , Khairy Jamaluddin berkata inisiatif tersebut dilihat sebagai suatu perkembangan baru dan besar memandangkan usaha untuk mengadakan perbincangan antara PAS dan Umno .

"Saya melihat Pemuda PAS berani untuk mengorak langkah mereka tersendiri malah pelawaan ini menepati pandangan dan pemikiran Pemuda Umno yang mahu melihat terjalinnya kerjasama antara PAS dan Umno," katanya.

Khairy berkata kedua-dua pihak juga telah mencapai persetujuan untuk menubuhkan satu sekretariat bagi membincangkan secara lebih lanjut mekanisme wacana itu, termasuk format, masa, tempat dan tarikh serta tajuk yang difikirkan sesuai oleh Pemuda Umno.

"Kami mahu tengok kejujuran dan keikhlasan kedua-dua pihak dalam hal ini, sekiranya tiada serangan peribadi dilakukan dalam ceramah pilihan raya kecil nanti, maka saya nampak muzakarah ini boleh diteruskan," kata beliau.

Beliau juga berpendapat bahawa wacana berkenaan tidak seharusnya terhad kepada isu-isu Melayu dan agama Islam sahaja sebalik harus melibatkan isu nasional seperti kebebasan demokrasi, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan aktivis mahasiswa.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasruddin Hasan Tantawi hari ini menyerahkan surat jemputan wacana ilmiah terbuka bertajuk 'Benarkah Perjuangan Umno Tidak Bertentangan Dengan Islam' kepada Pemuda Umno yang diterima oleh Naib Ketuanya Datuk Razali Ibrahim.

No comments:

Post a Comment