Thursday, July 9, 2009

MB II Perak Nafi Dua Bekas ADUN PKR Ada Masalah

IPOH - Menteri Besar II Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini menegaskan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah langsung dengan dua Adun bebas yang menyokong BN, tidak sepertimana dakwaan oleh pihak tertentu.

Beliau berkata hubungan kerajaan negeri dengan Adun Behrang Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering Kapt (B) Osman Jailu adalah baik dan tidak timbul soal kedua-dua Adun Bebas itu kembali menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Saya harap rakyat tidak terperangkap dengan permainan pihak tertentu yang cuba menggambarkan seolah-olah suasana politik tidak stabil di Perak," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini.

Zambry mengulas desas-desus kebelakangan ini kononnya Jamaluddin dan Osman akan kembali menyertai PKR kerana tidak berpuas hati dengan BN yang dikatakan gagal menunaikan beberapa janji yang telah dibuat kepada dua Adun berkenaan termasuk melantik mereka sebagai Exco Negeri Perak.

Sebelum ini ada pendedahan yang mengatakan dua ADUN tersebut menghadapi kesulitan memdapat imbuhan yang dijanjikan dari wakil 'pihak' Datuk Seri Najib Razak yangmembayar baki habuan yang dijanjikan.

Dalam perkembangan lain, Johor Daily dimaklumkan bahawa Menteri Besar 1 perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin kurang berminta melayan permintaan Zambry untuk melepaskan jawatan dalam persatuan bolasepak Perak.

No comments:

Post a Comment