Saturday, July 4, 2009

Media Prima Menikam BN Dengan Memburukkan Pakatan

Johor Bahru - Sejak berjaya menakluki lima buah negeri pada pilihanraya umum yang lepas. Kini pemimpin dan wakil rakyat Pakatan Rakyat menjadi rebutan para wartawan untuk diwawancara. Malah ia menjadi media antarabangsa kian berminat untuk dimuatkan liputan politik malaysia dalam media mereka.

Difahamkan Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad kian rimas dengan perkembangan ini. Ia akan menjadikan Pakatan Rakyat semakan popualar. Walaupun digembar-gemburkan dengan berita perbalahan dan perpecahan. Namun ianya berkesudahan dengan keputusan bersama.

Johor Daily berpendapat ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kian tersenyum melihat perkembangan ini. Secara tidak langsung kekemelutan yang digembar-gemburkan menjadi perhatian rakyat marhaen.

Terdapat banyak isu yang dimainkan menjadi senjata menikam Barisan Nasional . Walaupun terdapat yang berbentuk fitnah keterlaluan seperti kes liwat dan kerajaan perpaduan. Kebiasaannya semua yang disensasikan diselesaikan dimeja rundingan dan Pakatan rakyat menjadi juara persepakatan.

Tidak dinafikan setiap isu menjadikan blog-blog pro Pakatan Rakyat menjadi tumupan dan bahan kempen berterusan. Johor Daily mendapati setiap isu yang dimainkan oleh media utama seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat diakhiri dengan kejayaan imej toleransi.

Johor Daily yakin Anwar Ibrahim semakin tersenyum dalam perkembangan ini. Malah strategi BN memperalatkan media prima setakat ini ternyata tidak berjaya malah membunuh diri .

No comments:

Post a Comment