Monday, July 13, 2009

PAS Rimas Polis Terlalu Ramai Di Manek Urai

KUALA KRAI - PAS masih tidak menyenangi kehadiran terlalu ramai anggota polis di Manik Urai dan meragui peranan mereka pada pilihan raya kecil itu Selasa ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fattah Haron berkata kenderaan polis yang banyak diletakan di tepi dan persimpangan jalan terutama di Laloh telah menimbulkan kesulitan kepada pengguna jalan.

"Kita telah membuat aduan termasuk menelefon pihak terbabit tetapi keadaan masih tidak berubah," katanya .

Beliau mahu pihak polis segera mengambil tindakan mengatasi perkara itu bagi melicinkan pergerakan lalu lintas menjelang hari pengundian Selasa ini.

Sebelum ini beberapa pemimpin Pakatan Rakyat mempertikaikan kehadiran polis yang begitu ramai dan ada yang mengatakan polis di Manek Urai ibarat 'Tentera AS di Iraq'.

No comments:

Post a Comment