Thursday, July 16, 2009

Gerakan Lapor SPRM Kerana Eng Tinggal Di Banglow

PULAU PINANG - Pemuda Gerakan Pulau Pinang telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng berpindah ke banglo mewah di Jalan Pinhorn di sini berikutan kediaman rasminya dirosakkan anai-anai.

Naib Ketuanya, H'ng Khoon Leng berkata pihaknya membuat laporan berkenaan di sini selepas Lim enggan menjawab pelbagai persoalan berhubung isu banglo mewah itu.


Beliau berkata, pihaknya telah menyerahkan semua maklumat yang dikumpul berkaitan rumah berkenaan untuk diteliti oleh SPRM. "Kami harap SPRM akan menjalankan siasatan segera berhubung segala keraguan mengenai banglo itu," katanya .


Sebelum ini, Pemuda Gerakan Pulau Pinang memberi kata dua kepada Lim agar mengemukakan penjelasan yang logik berhubung tindakannya berpindah ke banglo berkenaan atau pihaknya akan membuat laporan kepada SPRM.


Bagaimanapun, sehingga tamat tempoh itu semalam Ketua Menteri masih enggan menjawab segala persoalan sebaliknya menyifatkan tindakan Pemuda Gerakan itu sebagai "kanak-kanak tadika".


"Kita telah beri tempoh kepada Lim untuk menjawab segala persolan yang ditanya, beliau bukan sahaja enggan menjawabnya sebaliknya dengan angkuh menggelar kami "kanak-kanak tadika", kata H'ng.


1 comment:

  1. YB Guan eng kena jawab, tak boleh senyap, nanti orang tafsir yang lain.

    politik zaman sekarang ialah menjawab satu isu dengan pantas, betul dan meyakinkan.

    ReplyDelete