Thursday, July 2, 2009

Dewan Pemuda PAS Nafi Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR - Setelah Pakatan Rakyat menolak cadanagan kerajaan Perpaduan, Dewan Pemuda PAS menafikan laporan beberapa media mengenai kerjasama antara Pemuda Pas dengan Pergerakan Pemuda Umno.


Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pusat Kamaruzaman Mohamad dalam satu kenyataan berkata, laporan itu merujuk kepada penyerahan surat rasmi jemputan untuk Pemuda Umno bagi mengadakan Wacana Ilmiah Terbuka bertajuk 'Benarkah Perjuangan Umno tidak bertentangan dengan Islam' melalui penubuhan sebuah Sekretariat Bersama kedua-dua sayap parti.


"Sehubungan itu, Pemuda Pas Pusat sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang telah membuat laporan berita yang salah terhadap isu tersebut," katanya.


Beliau berkata, sekretariat yang dicadangkan Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim itu telahpun diberi penjelasan oleh Ketua Pemuda Pas Nasruddin Hasan Tantawi bahawa ia hanya sebuah jawatankuasa teknikal bersama untuk membincangkan tarikh, tempat, masa, keanggotaan dan format wacana tersebut sahaja.


Johor Daily berharap jika ada pihak yang menginginkan kerajaan perpaduan menjadi kenyataan, mereka boleh berbincang dengan Mufti Perak, kerana beliau adalah Ulama ( menurut Datuk Seri Zambry ) dijangka boleh mengatasi kemelut ini.


No comments:

Post a Comment