Tuesday, July 7, 2009

Eng Temui Penduduk Kampung Buah Pala Esok

PULAU PINANG - Pekong yang dilakukan oleh bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon akan terjawab esok apabila Ketua Menteri Lim Guan Eng bersetuju bertemu penduduk Kampung Buah Pala .

Timbalan Ketua Menteri II P. Ramasamy mengesahkan Lim akan menemui penduduk kampung itu di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) pada 11.30 pagi.

"Ketua Menteri tidak mahu jumpa penduduk tempoh hari kerana beliau hanya mahu berjumpa penduduk tanpa kehadiran orang yang bukan penduduk," katanya .

Lim dilaporkan enggan bertemu penduduk kampung berkenaan kerana dakwanya tugas menyelesaikan isu kampung itu telah diserahkan kepada kedua-dua timbalannya dan beliau tidak mahu mereka dilihat sebagai tidak mampu menyelesaikan isu itu. Pada sidang akhbar yang sama, Lim mahu bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon memberi penjelasan mengenai isu kampung itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"PM mungkin tidak tahu latar belakang projek itu. Kerajaan negeri sebelum ini di bawah pimpinan Koh patut bertanggungjawab untuk meminta bantuan daripada kerajaan pusat," katanya.

No comments:

Post a Comment