Thursday, July 16, 2009

PKR Lebih Berpengaruh Daripada PAS

Johor Bahru - Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya baru barapa tahun ditubuhkan. Jika ditolak dengan ADIL dan Parti Keadilan Nasional, PKR hanya berusia dalam 3 tahun. Jika dibandingkan PRU-11 dan PRU-12, kekuatan dan pengaruh PKR begitu besar berbanding PAS dan DAP.

Pilihanraya kecil juga memperlihatkan kekuatan PKR tidak boleh ditandingi oleh PAS. Pilihanraya Kecil DUN Bukit Selambau yang dikatakan telah dipulau oleh PAS telah membuka mata banyak pihak termasuk pemerhati politik luar negara.

Keputusan Manek Urai menunjukkan PAS kini begitu kerdil dalam Pakatan Rakyat. Majoriti pengalisis politik mengatakan PAS hanya bermodalkan 'poster Nik Aziz berdoa'. Ada yang mengatakan jika Datuk Nik Abdul Aziz tidak berkerja keras dihari-hari terakhir, PAS bakal malu besar.

Selepas tokoh Umno, Datuk Zaid Ibrahim menyertai PKR, desas-desus bertiup kencang mengatakan bakal Menteri kesihatan dan juga mantan Timbalan Presiden MCA akan menyerai parti itu. Malah dengan kelompok MCA, bukan seperti Zaid yang mampir sendirian.

Pengamat politik sedang berkira-kira lagi siapa bakal 'termakan jampi' Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ini. Ada yang mengatakan Datuk Seri Shahidan Kassim sedang menunggu waktu sesuai dengan gerombolan Umno Perlis. Adakala ia mustahil ? . Shahidan sebenarnya yakin Anwar akan berjaya PRU-13 nanti. Mungkin 2011 akan menyaksikan PKR menerima lambakan pemimpin berpengaruh dari Barisan Nasional terutama dari Umno dan MCA.

Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak kelihatan mengikut punggung Anwar apabila kini menyerang Felda dan kaum berbangsa India yang dianggap undi penentu. Adakah ia berbaloi selapas Anwar melakukannya 3 tahun yang lepas. Dikatakan Anwar ketika ini sedang menjampi VVIP menyertai PKR, sedangkan Najib dan Mahuddin sibuk membuat 'correction'.

Anwar bergerak mengikut naluri politiknya, apakah langkah Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk merampas Dewan Rakyat ?. Adakah berbaloi memperbanyakkan bendera PAS disekolah-sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok. Hadi masih lena dengan banyak kerusi 'dirumahnya'.

2 comments:

  1. didoakan DSAI tak disabitkan kes yg sedang dibicarakan sekarang. setakat ini tak ada pemimpin pelapis PKR yang boleh menggantikan belaiu. oh ya, PAS paling banyak menang kerusi dun diseluruh Malaysia berbanding DAP dan PKR tidak boleh dinafikan peranannya. Jangan angkuh

    ReplyDelete
  2. Apa pun alasannya, PKR kini sedang menanti saat-saat untuk rebah jika Pemimpin pelbagai peringkat asyik leka berpolitik. Yang pasti Najib telah berjaya melintasi titian ala siratulmustaqim dunia melalui pelbagai pendekatan baru dan drastik yang berupaya mengubah "Mood" rakyat untuk kembali menyokong BN. Keretakan demi keretakan yang di cipta oleh pemimpin PR bakal membawa padah kepada DSAI jika mereka tersilap langkah.

    Kemenangan PAS di MU adalah kemenangan yang amat memalukan kerana jurang perbezaan terlalu ketara hingga menimbulkan perasaan terkejut seluruh malaysia.... Jangan terlalu yakin kerana hayat dan karier politik pemimpin PR hanya bole ditentukan oleh "Mood" rakyat dan bukannya bergantung 100% kepada dasar parti yang diperjuangkan.

    ReplyDelete