Tuesday, June 30, 2009

Sharizat Dakwa PAS Tindas Rakyat Miskin Kelantan

KUALA KRAI - "Sehingga lima bulan pertama tahun ini sahaja, JKM telah membelanjakan RM21.7 juta, tetapi kerajaan negeri PAS pula hanya mengeluarkan dana bernilai RM2.5 juta untuk membantu rakyat mereka sendiri,"kata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga Ketua Wanita Umno .

Kerajaan Pusat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membelanjakan sebanyak RM89.8 juta untuk membantu rakyat miskin khususnya kaum wanita di negeri Kelantan sejak Januari 2007 hingga Mei lalu.


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata lagi , "dalam tempoh yang sama pula, kerajaan negeri hanya membelanjakan sebanyak RM23.5 juta.


Katanya, jumlah itu menjadi salah satu bukti keprihatinan Kerajaan Pusat membantu rakyat jika dibandingkan kerajaan negeri yang hanya 'gah' bercakap dengan usaha membangunkan negeri itu.


"Tahun lepas pula, kita belanja RM41.2 juta berbanding kerajaan negeri sebanyak RM11 juta, manakala tahun 2007, kita membelanjakan RM26.9 juta jika dibandingkan dengan mereka iaitu hanya RM10 juta," katanya.


Johor Daily mendapati ini adalah kempen pertama BN di Manek Urai yang melibatkan dan menjanjikan wang. Juga Johor Daily pernah diberitahu oleh seorang ahli AMK yang menyertai program menyalurkan bantuan makanan di Parlimen Batu Pahat, sumber itu berkata, " kawasan yang kami pergi, penduduk fakir-miskin mendakwa belum pernah menerima sumbangan dan bantuan dari JKM atau mana-mana pihak".


Parti Bersatu Rakyat Sabah Mahu ISA DI Mansuhkan

KOTA KINABALU — Satu lagi parti politik meminta agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak perlu dikaji atau dipinda tetapi sepatutnya dimansuhkan terus, kata seorang pemimpin kanan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).


Naib Presiden I PBRS, Baharuddin Nayan berkata kerajaan juga tidak perlu mewujudkan Akta baru menggantikan ISA, jika sekiranya ISA dimansuhkan, kerana undang-undang sedia ada sudah mencukupi.


Beliau bagaimanapun menyokong cadangan untuk menyemak semula 32 Akta lain seperti yang diumumkan Menteri Dalam Negeri. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein baru-baru ini.


“Saya pernah menyuarakan ketidakpuashatian terhadap cara penyampaian Akta ini semasa tahun 1992. Ini kerana saya dapati tahanan ISA tidak diperlakukan dengan baik, dan ianya bercanggah dengan hak asasi manusia.


“Banyak pihak seperti NGO (badan bukan kerajaan) telah menyuarakan perkara yang sama dan mahu melihat Akta ini dimansuhkan,” katanya .


Ahmad Maslan Rayu BN Tidak Tabur Fitah Lagi

Kuala Krai - Kekalahan dibanyak Parlimen dan Dewan Undang Negeri pada Pilihanraya Umum ke-12 dan Pilihanraya Kecil amat memeritkan bagi Umno dan Barisan Nasional.

Ketua Penerangan Umno dan Barisan Nasional, Datuk Ahmad Maslan mengingatkan semua penceramah BN telah supaya jangan menabur fitnah sewaktu berkempen dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Johor Daily perpendapat dua fitnah besar melibatkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan faktor utama kekalahan parti yang memerintah Malaysia ketika ini. Beliau bimbang dengan fitnah yang dilakukan oleh penceramah Umno memudaratkan parti melayu itu.

Tidak dinafikan kehadiran bekas penyokong Parti Keadilan Rakyat seperti Ezam Mohd Noor, Hamdan Taha, Lokman Noor Adam dan lainnya banyak membantu kemenangan Pakatan Rakyat di pilihanraya yang lepas. Ceramah mereka dianggap tidak mempunyai fakta yang kukuh dan hanya berbentuk maki-hamun sahaja.

Ahmad Maslan berkata, Umno tidak mahu menggunakan pilihanraya sebagai tempat untuk memaki hamun dan menabur fitnah. Sambil melahirkan keyakinan kemenangan BN di Manek Urai beliau berharap kekalahan Pilihantaya Kecil tidak berlaku lagi.

Polis Hantar 3030 Anggora Di Manek Urai

KOTA BAHRU - Kerana bimbangkan keselamatan di Pilihanraya kecil DUN Manek Urai. Polis Kelantan menempatkan seramai 3,030 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan dan menjaga ketenteraman sepanjang kempen. Ia bermaksud empat pengundi dikawal satu anggota Polis.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi memberitahu, penempatan keanggotaan akan dibuat berperingkat mengikut enam fasa dengan permulaan 40 peratus anggota daripada Ibu Pejabat Kontijen Kelantan dan bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai.


"Ketika ini, permit-permit ceramah akan mula dimohon dan pihak kami perlu lebih teliti dalam mengeluarkan kebenaran tersebut."Bagaimanapun, kami beri jaminan permit akan dikeluarkan selagi parti bertanding bersetuju mematuhi peraturan yang ditetapkan," katanya.

Menurut beliau, setakat ini, permit ceramah telah dikeluarkan oleh polis tetapi bukan untuk berkempen sebaliknya hanya merupakan ceramah biasa.


"Saya harap, pilihan raya ini akan berjalan dengan lancar dan menjadi contoh kepada mana-mana pilihan raya selepas ini," tambahnya. Abdul Rahim berkata, beliau setakat ini berpuas hati dengan kawalan keselamatan di sekitar DUN Manek Urai dan berharap akan berterusan sehingga hari pilihan raya.


Johor Daily diberitahu , stuasi Di Manek Urai begitu Meriah dengan kempen, poster dan sepanduk. Ada yang berkata, di Kelantan adalah 'Hari Perayaan' kerana politik adalah hidangan setiap hari di warung dan modal bersembang di negeri itu.


Kembara Mahkota Johor Bergema Lagi Kali Ke - 11

JOHOR BAHRU - "Saya sudah tak sabar nak mulakan kembara ini!"Demikian luahan hati Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar Ismail mengenai Kembara Mahkota Johor (KMJ) Jelajah Pedalaman 2009 yang akan berlangsung 4 hingga 7 Julai ini.


"Segala persediaan telah dilakukan sejak enam bulan lalu. Saya tak sabar nak mulakan kembara ini," titah Tunku Ibrahim Ismail dalam pertemuan dengan Utusan Malaysia di Istana Pasir Pelangi di sini baru-baru ini.


Tunku Ibrahim Ismail turut menunjukkan bekalan makanan yang telah dibeli dan dibungkus bagi keperluan sepanjang kembara empat hari berkenaan.


Tunku Ibrahim Ismail yang diputerakan pada 22 November 1958, sering dilihat sanggup berpanas serta berhujan pada setiap siri KMJ yang diadakan sebelum ini. Mengenai KMJ kali ini Tunku Ibrahim Ismail bertitah, ia akan mengambil masa kira-kira 80 jam atau empat hari tiga malam dengan jarak keseluruhan 1,030 kilometer.


Majlis pelepasan diadakan di Bukit Timbalan, Johor Bahru pukul 8 pagi pada 4 Julai dan penutupannya pada 7 Julai ini di Dataran Majlis Perbandaran Benut, Pontian pukul 12.45 tengah hari.


Sepanjang kembara, rombongan yang terdiri daripada wakil rakyat dan pegawai kerajaan itu menjelajah ke kawasan pedalaman di seluruh 10 daerah di negeri ini.


Sebanyak 11 buah perkampungan Orang Asli dengan tiga buah kampung tradisi akan dilawati, antaranya kawasan Tadahan Air, Gunung Ledang, Tangkak dan Kampung Orang Asli Sayong Pinang, Kota Tinggi.


"Bagaimanapun, ia tidak bermakna mereka turut menukar adat dan tradisi yang diamalkan sejak sekian lama. Itu saya tidak mahu mereka ubah. "Biarlah mereka berubah dari segi sikap menerima pembangunan dan sebagainya," titah Tunku Ibrahim Ismail.


Rundingan Operasi Air Masih Buntu - K'jaan Selangor

KUALA LUMPUR - Runginan mengenai pergurusan air di Selangor masih menghadapi jalan buntu apabila ABASS Terima tawaran Kerajaan Selangor manakala SPLASH, SYABAS dan Puncak Niaga meolak tawan tersebut .

Lembaga Pengarah ABASS dan syarikat pegangannya, Titisan Modal (M) Sdn Bhd, pada prinsipnya telah menerima tawaran dari Kerajaan Negeri Selangor sebanyak RM946 juta untuk memiliki aset dan operasi air Konsortium ABASS Sdn Bhd.

Tawaran itu termasuk liabiliti yang diandaikan oleh kerajaan Negeri dan/atau dikekalkan di ABASS berjumlah RM779 juta (termasuk pinjaman Titisan) dan nilai ekuiti RM167 juta, kata Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS) dalam satu kenyataan di Bursa Malaysia.

KPS menguasai 55 peratus kepentingan dalam Titisan, yang sebaliknya memiliki 100 peratus ABASS.

Sementara itu, tawaran RM2.975 bilion yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk aset dan operasi air Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) telah ditolak oleh SPLASH, kata Gamuda Bhd. Gamuda ialah pemegang saham utama dalam SPLASH dengan kepentingan 40 peratus.

Sementara itu, Puncak Niaga Holdings Bhd berkata tawaran RM1.94 bilion kepada Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) serta tawaran RM3.361 bilion untuk aset air Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) telah ditolak oleh kedua-dua PNSB dan Syabas.

Puncak Niaga menguasai 100 peratus kepentingan dalam PNSB dan 70 peratus kepentingan dalam Syabas.

Umno Enggan Sahut Cabaran Nik Abdul Aziz

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata soal masa depan umat Islam dan negara tidak boleh diselesaikan melalui forum perdebatan seperti yang dicadangkan oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Beliau yang tidak nampak faedah yang akan diperolehi melalui debat itu berkata jalan terbaik ialah melalui musyawarah dan perbincangan secara ikhlas dan bukan melalui perdebatan.


"Itulah cara dan kaedah yang terbaik. Tapi sebelum kita boleh berbincang, janganlah kita mengutuk pihak lain. "Jika kita dah hina dan kutuk pihak lain bererti orang kita ini tak nak cari kata sepakat. Kesepakatan ini sangat penting untuk masa depan umat Islam dan negara," kata Najib.


Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pula menasihatkan Pas dan Umno menyelesaikan kemelut antara parti itu melalui perbincangan kerana pendekatan berdebat tidak akan menyelesaikan masalah utama yang dihadapi masyarakat Melayu dan Islam.


Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata perdebatan itu hanya membuang masa kerana kedua-dua pihak tidak akan mencapai persefahaman disebabkan ideologi yang berbeza.


Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan pelawaan Mursyidul Am Pas itu sebagai membuang masa dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tidak masuk akal untuk menyahut cabaran Menteri Besar Kelantan itu kerana ia tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada Umno dan rakyat.


Calon BN Lebih Baik Dan Yakin Menang - Muhyiddin

KUALA KRAI - Calon Barisan Nasional (BN) Tuan Aziz Tuan Mat yakin beliau mempunyai peluang cerah untuk mencipta kemenangan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai berdasarkan hubungan baiknya dengan masyarakat setempat.

"Secara tradisi, Manik Urai memang dianggap kawasan PAS tetapi saya yakin mempunyai peluang yang cerah untuk menang di sini kerana mempunyai hubungan rapat dengan rakyat pelbagai lapisan termasuk di peringkat akar umbi.

"Apa yang penting, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendekati rakyat dan dengan sokongan padu dan kerja keras daripada jentera parti, saya percaya kita akan memberi saingan paling sengit kepada Pas," katanya lagi.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Tuan Aziz, 39, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai calon mewakili BN pada pilihan raya kecil itu.

PAS sebelum ini mengumumkan seorang pemborong ikan, Mohd Fauzi Abdullah, sebagai calon PAS bagi mempertahan kerusi DUN itu.

Monday, June 29, 2009

Ucapan Tahniah Buat Keluarga Anwar Ibrahim

Johor Bahru - Johor Daily dimaklumkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar telah selamat melahirkan anak pertama petang semalam. Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan mendapat cucu lelaki seberat 3.15 kilogram.

Johor Daily mengucapkan tahniah buat Nurul Izzah dan keluarga diatas cahayamata yang dikurniakan Illahi. Semoga bayi lelaki ini mewarisi ketokohan datuknya, Anwar Ibrahim dan juga ibunya.

Komentar AMK Gelang Patah Terhadap Johor Daily

by : http://amkgelangpatah.blogspot.com

Johor Daily ada mengulas mengenai kritikan blog amkjohor.blogspot.com oleh AMK Gelang Patah. Berkemungkinan "penulis" blog tersebut tidak mendapat penjelasan sepenuhnya dari Sdr Zabidie. Saya selaku Ketua Penerangan AMK Cabang Gelang Patah yang bertanggungjawab secara langsung dalam pengendalian blog AMK Gelang Patah ingin menjelaskan bahawa saya tidak mengkritik kepimpinan Sdr. Zabidie bahkan tindakan saya menegur "moderator" blog amkjohor adalah untuk menjaga nama baik Ketua AMK Johor dari pelbagai kata2 sinis yang mulai kedengaran.

Justeru kami meminta Sdr. Zabidie mengambil tindakan segera untuk mengaktifkan semula blog tersebut demi kebaikan semua. Saya juga telah dimaklumkan bahawa Sdr. Nazri selaku Setiausaha AMK Gelang Patah merangkap Naib Ketua AMK Johor telahpun berbincang dengan Sdr. Zabidie sebelum artikel tersebut dikeluarkan.

Justeru saya meminta Johor Daily lebih berhati-hati dan lebih bijaksana dalam memberi sebarang respond atau ulasan agar ia tidak dilihat seperti AMK Gelang Patah bermasalah dengan Ketua AMK Johor. AMK Gelang Patah sentiasa memberi komitmen dan respond yang baik pada setiap program dan apa juga tugasan yang diberikan oleh Ketua AMK Johor. Untuk pengetahuan Johor Daily, setiap artikel yang hendak disiarkan di blog AMK Gelang Patah telah disaring terlebih dahulu oleh beberapa pihak terutama Ketua AMK Cabang agar ianya dilihat sebagai Suara AMK Gelang Patah.

AMK Gelang Patah mahu semua pihak benar2 serius dalam usaha menumbangkan Umno/BN di Johor ini pada PRU-13 nanti. Gunakan apa juga senjata yang kita ada untuk berdepan dengan musuh yang cukup lengkap dengan pelbagai kelengkapan senjata. Memang kita akui bahawa kita kekurangan senjata tetapi janganlah pula senjata yang ada kita rosakkan. Berhati-hati dan cermatlah menggunakan sejata yang ada.

"Berbeza pendapat bukan bermakna kita berpecah kerana niat dan tujuan kita sama iaitu menumbangkan kerajaan Umno/BN di Negeri Johor ini". Ayuh kita gembeling tenaga yang ada agar ianya bertambah padu.

Zulkaria Ali
Ketua Penerangan
AMK Cabang Gelang Patah

Umno Perlis Kian Tersepit - Zahidi

Kangar - Parti Keadilan Rakyat telah menambah 26 cawangan barunya tahun ini. Apa yang membimbangkan Umno Perlis ialah cawangan itu ditubuhkan oleh bekas ahli Umno.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Zahidi Zainol Abidin berkata, beliau sedang mengumpul maklumat dan maklum balas dari akar umbi, termasuk pimpinan Pemuda negeri.

Beliau diminta mengulas perkembangan terkini politik di Perlis, ekoran pertambahan mendadak jumlah cawangan PKR di negeri itu. Sebahagian besar mereka yang menyertai cawangan baru itu terdiri daripada bekas ahli Umno yang keluar parti beramai-ramai kerana tidak puas hati dengan kepimpinan sekarang.

"Mungkin Umno melihat Perlis hanya mempunyai tiga bahagian sahaja, sedangkan pembangkang melihat Perlis sebagai satu negeri," kata Zahidi lagi .

Katanya, beliau turut menerima rungutan mengenai isu Pemuda yang tidak mendapat tempat dalam kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Johor Daily dapati sejak Datuk Seri Shahidan Kassim tidak lagi menjadi Menteri Besar Perlis, pergolakkan Umno Perlis amat ketara. Rata-rata pemerhati politik berpendapat Md Isa Sabu terpaksa meminta bantunan dari Umno pusat untuk menyelesaikan pergolakkan Umno Perlis.

PKR Batu Pahat Teruskan Agenda Kemasyarakatan

Batu Pahat - Angkatan Muda keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batu Pahat telah menyerahkan bantuan makanan dibeberapa kampung di Parlimen Batu Pahat. Bantuan kemanusiaan yang diseliakan oleh Ketua AMK PKR Pahat Bahat, Khairul Fauzi Muhammad akan berterusan kata sumber itu kepada Johor Daily.

Menurut sumber itu , sumbangan tersebut akan digiatkan lagi terutama dibulan Ramadhan ini bagi memastikan masyarakat miskin di Parlimen Batu Pahat mendapat menikmati kegembiraan di Hari Raya nanti.

Menurut Ketua AMK Johor, Zabidie Abas,"AMK Johor sedang merancang untuk mengimarahkan bulan Ramadhan nanti seperti mengedarkan bubur lambuk dan bantuan makan kepada fakir miskin".

Ketika ditanya mengenai program-program lain AMK Johor, Zabidie berkata," Kami akan menjelajah seluruh Johor terutama kawasan Felda bagi menjelaskan ketirisan dan rasuah yang bermaharajalela."

Kelantan Akan Melaksanakan Dinar Emas

KOTA BAHRU - Persidangan Dewan Undangan Negeri pada Isnin ini diberitahu bahawa kerajaan negeri akan menubuhkan Kelantan Gold Trade untuk melaksanakan perdagangan dinar emas dalam menghadapi kemelut kelembapan ekonomi dunia.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Datuk Husam Musa berkata kerajaan negeri berhasrat untuk berdagang dengan emas untuk mengelakkan daripada menggunakan wang kertas.

"Emas tidak boleh dispekulasikan kerana ia mempunyai nilai pasaran yang stabil berbanding wang kertas.

"Wang kertas mudah untuk dispekulasikan menjadikan nilainya boleh turun dan naik mengikut pihak tertentu menjadikan ia tidak stabil," katanya semasa menjawab soalan Datuk Noor Zahidi Omar (PAS-Pengkalan Kubor) pada persidangan DUN.

Husam berkata kerajaan negeri telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak bank untuk membolehkan kerajaan negeri membuat simpanan dinar.

"Setakat ini hanya sebuah bank bersetuju untuk melaksanakan sistem simpanan emas itu dan membolehkan kerajaan negeri membuka akaun untuk urusan perdagangan," katanya.

Beliau berkata melalui simpanan itu nilai emas itu ia akan meningkatkan lagi simpanan negeri berdasarkan peningkatan nilai emas semasa.

Walau Bukan Anak Jati, Umno Yakin Tuan Aziz Menang

ALOR SETAR - Calon Barisan Nasional (BN) daripada UMNO, Tuan Aziz Tuan Mat dipilih berdasarkan 'selera' pengundi serta perubahan yang sedang dilakukan parti bagi memulihkan kepercayaan rakyat terhadap Umno, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Selain berkebolehan dan layak, beliau berkata calon yang dipilih juga harus diterima oleh masyarakat setempat.

Beliau berkata Tuan Aziz, yang merupakan bekas Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah membuktikan keupayaannya dan diyakini dapat membawa perkhidmatan yang dituntut pengundi.

"Walaupun bukan penduduk Manik Urai, Tuan Aziz adalah calon terbaik yang dikemukakan UMNO," kata Mohd Shafie kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat BN Kedah di sini, malam tadi.

Mohd Shafie, yang juga pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan BN Kedah, berkata parti itu akan menghantar anggotanya ke Manek Urai bagi membantu jentera pilihan raya BN yang diketuai Datuk Mustapa Mohamed.

Mukhiz Salahkan Pembangkang Ekonomi M'sia Menjunam

KANGAR - Kerajaan berazam untuk memulihkan keyakinan pelaburan langsung asing (FDI) yang masih di tahap yang rendah namun kemelut politik dalaman yang berterusan menjadi antara penghalangnya, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir.

Menurutnya, kemelut politik yang berpanjangan dan sikap pemimpin pembangkang yang sering menimbulkan isu yang menakutkan para pelabur asing menjadi antara faktor kesukaran memulihkan kemerosotan FDI.

"Kita harap kemelut politik akan berakhir secepat mungkin supaya negara ini dapat kembali ke tahap daya saing yang lebih tinggi daripada sekarang," katanya.

Mukhriz juga menyelar parti Pakatan Rakyat yang hanya bijak membangkitkan isu tetapi mereka tidak mencadangkan langkah penyelesaian isu bagi memulihkan ekonomi negara.

Meskipun iklim pelaburan negara ini secara zahirnya dilihat dalam keadaan tidak menentu, namun menurutnya, kebanyakan pelabur Eropah yang ditemuinya menganggap kemelut politik di Malaysia bukan sesuatu yang mencemaskan.

"Mereka sendiri datang dari negara yang pergolakan politik berlaku setiap hari. Apa yang berlaku di Malaysia tak seteruk berlaku di negara mereka," katanya.

Ini kerana para pelabur kini mula menunjukkan minat kepada negara lain, termasuk Vietnam dan India sedangkan sebelum ini Malaysia adalah antara negara pilihan utama untuk melabur.

"Sepatutnya, isu remeh temeh tidak dibincangkan secara serius di negara ini. Sebaliknya, yang lebih penting ialah berusaha memulihkan kestabilan politik dan ekonomi," katanya.

Johor Daily mendapati, Mukhriz kian mengikut jejak langkah ayahnya, Tun Mahathir Mohamad yang akan menyalahkan individu atau kelompok lain apabila gagal menjalankan tugasnya. Johor Daily berharap Mukhriz lebih mahir menjalankan tanggungjawab dari petah dihadapan media.

Thaksin Masih Mempunyai Penguruh Besar Di Thailand

BANGKOK - Parti Phue Thai Party memperolehi kemenangan besar yang kedua minggu ini dengan memenangi pilihan raya kecil kawasan parlimen Si Sa Ket semalam, satu lagi tanda sokongan berterusan terhadap Perdana Menteri Thailand yang ditumbangkan, Thaksin Shinawatra.

Calon Phue Thai Surachart Charnpradit memperolehi 124,327 undi untuk menewaskan Sakulthip Angkasakullkiat dari parti kerajaan pakatan, Chart Thai Pattana Party, yang memperolehi 76,435 undi.

Pilihan raya itu diadakan selepas anggota Parlimen dari parti Chart Thai dilucutkan dari jawatannya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand.

Kemenangan di Si Sa Ket muncul hanya seminggu selepas parti itu memenangi pilihan raya kecil di Sakhon Nakhon dengan menewaskan Bhum Jai Thai Party, yang merupakan sebuah parti yang menjadi anggota kerajaan pakatan Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva.

Pemimpin Phue Thai, Chalerm Yoobamrung berkata kemenangan itu disebabkan oleh sokongan orang ramai yang masih kuat terhadap Thaksin, di mana menurutnya pengundi di wilayah barat laut Thailand masih memandang tinggi bekas Perdana Menteri itu ekoran dasar-dasar popular yang dilaksanakannya dalam tempoh awal pentadbirannya iaitu antara 2001 dan 2005.

Umno Masih Kotor dan Menjijikan - Mahathir

ALOR SETAR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata,"Tanggapan bahawa kaum lain tidak sokong UMNO atau BN adalah tidak tepat. Kalau ini dijadikan alasan maka tidak akan berjaya. UMNO harus pegang kepada perkara yang benar yang diketahui selepas membuat bedah siasat" .


Walaupun semua anak- anak beliau dikenali sebagai jutawan, Mahatahir masih beranggapan orang-orang Umno yang merosakan parti melayu itu dengan rasuah. Juga tidak pernah merasakan kekayaan keluarganya salah ketika menguasai Umno.

Dr. Mahathir berkata, masalah utama yang melanda UMNO pada masa ini ialah imej rasuah yang terpalit pada pemimpinnya.


Mahathir katanya, parti itu perlu berusaha keras untuk membersihkan UMNO daripada gejala berkenaan dan perlu berani membuat keputusan untuk tidak meletakkan pemimpin yang memenangi jawatan kerana rasuah sebagai calon pilihan raya.


Katanya, peluang untuk UMNO dan BN merampas kembali negeri yang dimenangi parti lawan tidak mustahil dengan syarat amalan rasuah dibersihkan dari bawah walaupun sukar.


Johor Daily mendapati Mahathir semakin kerap menyalahkan ahli dan pemimpin Umno sejak beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Johor Daily beranggapan Mahathir lebih berminat mencari kesalahan ahli Umno dari mengakui punca kejatuhan Umno adalah dari kesilapannya memfitnah dan mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


'Dulu Tolong Sekarang Along' Makin Menganas

Johor Bahru - Buku 'Dulu Tolong Sekarang Along' tulisan Mazlan Aliman, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat memberi tekanan yang hebat kepada Kerajaan Malaysia dan Felda Beliau yang merupakan Presiden Anak Peneroka Felda (ANAK) dengan lantang membidas pengurusan Felda didalam buku tersebut. Sememang anak peneroka Felda Bukit Ramun , Kulai, Johor ini menantikan untuk disaman katanya diceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat.

Tegas Mazlan, biar semua rakyat tahu bahawa Felda selama ini melakukan penipuan terancang peneroka Felda dan anak-anak peneroka. Zabidie Abas selaku Setiausaha Agung ANAK dan Ketua AMK Johor berkata, "ANAK bersedia disemua gelangang untuk menuntut kebenaran, wang kami yang ditipu perlu dipulangkan".

Zabidie berkata," sejak ANAK ditubuhkan, kami menerima runggutan dari seluruh Malaysia mengenai penindasan Felda, saman tersebut memberi peluang Felda dan Barisan Nasional untuk berhujah menangkis angka-angka yang kami sebutkan."

Zabidie berkata terdapat beberapa Felda di Johor dan Pahang sedang merancang untuk menyaman Felda diatas penyelewengan yang dilakukan oleh pengurusan Felda.

Ghani Menentang PPSMI Atau Menentang Muhyiddin

Johor Bahru - Pemimpin Barisan Nasional pertama yang bersuara lantang menentang Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah Datuk Seri Abdul Ghani Othman. Tidak tahu apa disebalik penentangan itu. Mungkin juga kerana saman Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Johor (DPMMJ) sebanyak RM322 juta.

Ada yang berkata ,"lembu punya susu, sapi dapat nama". Tan Sri Muhyiddin tipu DPMMJ, Ghani dan kerajaan Johor yang kena saman.

Sebelum ini tiada pemimpin BN yang berani menentang PPSMI kecuali 'riak-riak di air' iaitu Datuk Dr. Puad Zarkasi, tapi sudah dapat jawatan mustahil mahu lawan PPSMI.

Perselisihan politik Ghani menentang Muhyiddin bukan pekara baru. Pemimpin Umno Johor maklum akan percakaran dua pemimpin Umno Johor ini. Ghani faham, kuasa Muhyiddin kini besar, sebelum kroni Ghani terkubur sebagai calon PRU-13 nanti, inilah peluang pertama Ghani menikam Muhyiddin secara terang.

Ada yang berpendapat, saman DPMMJ seperti mendapat lampu hijau dari pada Ghani untuk menjatuhkan Muhyiddin. Kerana jika kes ini dimenangi oleh DPMMJ, sudah pasti nama Muhyiddin akan tercalar dan wang yang datang tentu dari kerajaan pusat.

Ataupun jika Johor dirampas oleh Pakatan Rakyat (PR), ia merupakan 'hadiah terbaik' untuk mereka ( PR ).

Tuan Aziz Galas Harapan BN di Manik Urai

KUALA KRAI - Bekas Ketua Bahagian dan Ketua Bahagian Umno Kuala Krai tidak terpilih. Namun Tuan Aziz Tuan Mat bernasib baik diatas perebutan dua tokoh Umno itu untuk menjadi colun DUN Manek Urai.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sebaliknya pemilihan Tuan Aziz Tuan Mat mendapat sokongan padu setiap anggota Umno terutama di Bahagian Kuala Krai termasuk di peringkat akar umbi.

"Tuan Aziz ini bukan sahaja mampu menarik sokongan golongan muda tetapi berdasarkan sokongan yang diterima, kita yakin semua golongan akan menerimanya dengan baik," katanya .

Johor Daily difahamkan Tuan Aziz sudah menjagkakan pemilihannya disebabkan calon pertama dan kedua berbalah untuk menjadi calon.

Tuan Aziz, 39, yang merupakan Ketua Pemuda Umno Kuala Krai diumumkan sebagai calon BN bagi bertanding kerusi pilihan raya kecil DUN Manik Urai pada 14 Julai depan.

"Kita akan laksana pembangunan tidak kira siapa pun yang menguasainya seperti sekarang walaupun PAS yang menguasainya," katanya.

Anak kelahiran Kuala Krai dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berkata beliau yang dibesarkan di Kuala Krai memahami kehendak penduduk di situ yang mahu sesuatu dilakukan bagi membangun kawasan tersebut.

"Saya sudah biasa dengan permasalahan rakyat di sini dan amanah untuk mewakili BN akan dilakukan dengan bersungguh-sungguh," tambah beliau.

Jangan Tegur Harussani Kerana Dia Ulamak - Zamri

SERI ISKANDAR - Menteri Besar Perak yang mendapat jawatan cara jijik iaitu Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari meminta PAS berhenti mengkritik Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kerana tindakannya menegur parti itu berhubung pembentukan kerajaan perpaduan.

Beliau berkata Harussani tidak sepatutnya dikritik kerana beliau bukan ahli politik dan tegurannya adalah ikhlas iaitu beliau tidak bersetuju terhadap keputusan PAS menolak rundingan dengan Umno untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.

"Inilah sikap mereka, kalau Tan Sri Harussani menyokong mereka, mereka angkat Harussani (ke tahap) paling hebat...beliau bukan orang politik tetapi seorang ulama. Beliau hanya memberi teguran. Umno dan BN pun beliau tegur.

"Bila kita kena tegur, mereka tepuk tangan tetapi jika mereka kena tegur, mereka tunjuk yang lain," katanya .

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dewan Pemuda PAS Perak yang mengecam kenyataan Harussani yang didakwa berpihak kepada Umno dalam isu kerajaan perpaduan.

"Nik Aziz tahu dia sudah tersilap, maka beliau cepat-cepat memperbetulkan kenyataan itu dengan mengatakan bahawa beliau hanya membuat kiasan. Dengan berbuat demikian, jelaslah kepada kita, beliau juga buat silap seperti manusia biasa," katanya.

Saturday, June 27, 2009

Nik Aziz Cabar Kejantanan Najib Berdebat

KOTA BAHRU - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara Umno dengan PAS.

Menteri Besar Kelantan itu juga berkata surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat.

"Jemputan itu sengaja dibuat memandangkan kekecohan yang berlaku dalam politik hari ini, terutama antara PAS dan Umno," kata Nik Aziz.

Johor Daily mendapati Nik Aziz sebelum ini membantah sesiapa yang ingin menjayakan Kerajaan perpaduan tidak kira dari Pakatan rakyat atau Barisan Nasional. Termasuk Timbalan Presiden PAS, namun dua tokoh itu telah bermaafan diatas perselisihan tersebut.

Nik Aziz berkata hasrat untuk mengadakan perdebatan itu dibuat berikutan tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis berhubung kenyataan beliau dalam satu ceramah politik pada 21 Jun lepas, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan.

Katanya perkara yang berlaku sekarang tidak akan selesai hanya dengan menggunakan media sebagai saluran tetapi mesti dibincang secara berdepan.

Johor Daily mendapati semua akhbar dan media pro-BN menyiarkan perbualan telefon Najib dengan Obama mengenai dua tahanan rakyat Malaysia sahaja.

Perang Jawatan MIC Sudah Bermula

PUTRAJAYA - Timbalan presiden MIC, Datuk G. Palanivel membidas bekas timbalan presiden parti itu Datuk S. Subramaniam yang melabel beliau hanya berupa bayang-bayang dengan berkata Subramaniam perlu membuktikan pula kejayaan yang dilakukannya semasa memegang jawatan itu.

"Beliau (Subramaniam) menggelar saya sebagai bayang apabila saya memegang jawatan timbalan presiden, baru hanya tiga tahun. Apa pula yang beliau lakukan apabila memegang jawatan timbalan presiden sejak 1981, lebih daripada dua dekad.

"Beliau tidak pun mempunyai keberanian seperti Datuk M. Muthupalaniappan yang mahu mencabar jawatan presiden," kata Palanivel dalam satu kenyataan Sabtu.

Subramaniam ditewaskan oleh Palanivel untuk merebut jawatan timbalan presiden pada pemilihan tahun 2006, selepas Samy Vellu secara terbuka menyokong Palanivel.

Selain daripada Subramaniam, seorang lagi calon yang dikatakan berminat untuk merebut jawatan timbalan presiden ialah Datuk S. Sothinathan yang kini menyandang jawatan naib presiden.

"Dengan menyifatkan saya sebagai hanya bayang, adakah beliau (Subramaniam) menganggap diri beliau sebagai bukan bayang. Jika tidak, mengapa beliau tidak bertanding merebut jawatan presiden pada pemilihan presiden Mac ini," kata Palanivel.

"Inilah apa yang berlaku semasa pemilihan jawatan timbalan presiden pada 2006 di mana bayang-bayang seperti saya mampu menewaskan beliau apabila penyokong presiden menolak beliau (Subramaniam).

"Saya mempunyai perjalanan yang baik selama dua dekad dalam MIC dan telah menggunakannya untuk memahami dan berhubung rapat dengan akar umbi menerusi pelbagai program yang melibatkan mereka yang kurang bernasib baik di kalangan masyarakat India.

"Kedudukan saya hingga menjadi salah orang pemimpin tertinggi MIC bukan diberi tetapi sesuatu yang saya capai hasil kerja kuat saya. Kejayaan saya hari ini merupakan hasil sokongan akar umbi di samping sokongan presiden parti," kata Palanivel.

Tokoh Pilihan Julai 2009 Johor Daily

Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang merupakan antara pemikir dan aktivis intelektual tempatan yang sering kali mengemukakan gagasan dan cadangan untuk mengangkasa pengajian tinggi di Malaysia.

Dengan latar belakang beliau yang mendapat pendidikan rendah, menengah dan tinggi di luar kelompok pengajian elit, maka pandangan yang termuat dalam buku ini penting dan relevan dalam konteks pembangunan pengajian tinggi secara lebih komprehensif dan futuristik.

Zaini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Dato’ Undang Abdul Manaf, Johol, Negeri Sembilan dan Sekolah Rendah Sultan Sulaiman I, Kuala Terengganu, sebelum melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Kem Terendak dan Sekolah Ghaffar Baba, Melaka.


Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Kimia dari Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1988, dan Ijazah Sarjana (1991) dan Doktor Falsafah (1996) dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar dari Universiti Newcastle, United Kingdom.


Zaini kini ialah Naib Canselor, Universiti Teknologi Malaysia. Beliau juga merupakan Profesor Kejuruteraan Awam Sekitar sejak tahun 2002 dan sebagai jurutera dan saintis bertauliah di Britain dan jurutera profesional di Malaysia. Beliau dikenali kerana sumbangan dalam bidang penyelidikan dan penerbitan dalam Pengurusan Alam Sekitar dan Kejuruteraan Rawatan Air.

Menjadi Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada tahun 2007, Naib Presiden Persatuan Air Antarabangsa (IWA) pada tahun 2004–2006, Timbalan Presiden Persatuan Air Malaysia (2007–2009) dan editor bagi tiga jurnal berimpak tinggi terbitan IWA London.


Najib Telefon Obama , Bimbangkan Anwar Ke AS

KUALA LUMPUR – Kini Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Amerika Syarikat bagi menghadiri persidangan dunia . Anwar dipercayai akan bertemu dangan beberapa tokoh dan pemimpin dunia disana. Anwar juga adalah salah seorang panel tetamu khas pada Persidangan Berkaitan Islam dan dunia perdagangan .

Oleh kerana terlalu bimbang pengaruh Anwar di Malaysia, Amerika Syarikat dan seluruh dunia, semalam Datuk Seri Najib Razak telah membuat panggilan telefon Presiden Amireka Syarikat ,Barack Obama.


Perbualan telefon tersebut hanya membincangkan dua tahanan Malaysia di Teluk Guantanamo sahaja tanpa membicang hal ekonomi dan masalah keperitan rakyat Malaysia.


Mengulas tentang perbualan telefon, Najib berkata, “Saya telah nyatakan kita akan tahan tapi melayan mengikut norma-norma antarabangsa dan perikemanusiaan."

Sementara itu Anwar menulis didalam blognya, beliau akan ke Mahkamah pada 1 Julai ini untuk menghadiri perbicaraan kes liwat yang didakwa oleh Mohd. Saiful Bukhari pada oktober tahun lepas. Anwar berkata lagi, perancangannya untuk ke Washinton terpaksa dibatalakan kerana bimbang ia dijadikkan isu politik oleh Barisan Nasional.

Johor Daily percaya panggilan telefon dihadapan wartawan hanya publisiti kepada rakyat Malaysia bagi menunjukkan beliau juga ada berhubung dengan Berek Obama. Pengaruh Anwar lebih terserlah selepas Anwar hampir berjaya merampas kerajaan Malaysia walaupun ditindas secara politik dengan kejam oleh Barisan Nasional.

Johor Daily diberitahu oleh beberapa penyokng Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional, menjelang PRU-13 nanti , tidak mustahil ramai ahli BN yang berpaling tadah dan menyokong Anwar.

S. Subramaniam Umum Tanding Timbalan MIC

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden MIC Datuk Seri S. Subramaniam berkata hasratnya bertanding merebut kerusi itu pada pemilihan parti itu 12 dan 13 Septetember 2009 bertujuan menyatukan kaum India dan anggota MIC khususnya.

Katanya ia juga sebagai usaha penting beliau untuk mengembalikan semula kerusi MIC yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum yang lepas.

"Kita perlukan seorang timbalan yang dapat mengembalikan kekuatan parti, menyuntik keyakinan dalam masyarkat India bahawa MIC masih relevan, dan yang mampu memainkan peranannya dengan berkesan, bukannya seorang timbalan yang hanya berselindung," katanya .

Mengenai hubungan beliau dengan presiden parti, Datuk Seri S. Samy Vellu, Subramaniam berkata tiada pergeseran antara mereka.

Bimbang Kalah, BN Minta Henti Cabar Mencabar

KOTA KINABALU - Wakil rakyat daripada Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini diingatkan supaya berhenti membuang masa mencabar satu sama lain supaya mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta Parlimen yang mereka wakili dan bertanding semula kerana langkah itu bukanlah apa yang diinginkan rakyat.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata pemimpin mempunyai agenda yang lebih besar iaitu meneruskan pembangunan di negeri ini.

"Saya percaya seluruh Malaysia dan juga di Sabah, sudah tentunya inginkan pembangunan, inginkan perubahan, bukan pilihan raya kecil yang tidak tentu pasal, bukan cakap-cakap remeh tentang politik.

"Sekarang masanya tunaikan janji . Jadi hentikanlah mainan politik ini, hentikan cakap-cakap remeh kerana ini membuang masa, tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat," katanya lagi.

Semalam, dua Adun dan dua Anggota Parlimen daripada SAPP menyuarakan kesediaan untuk menyahut cabaran Naib Presiden parti Gerakan Datuk Raymond Tan supaya bertanding semula kerusi di kawasan masing-masing menggunakan lambang SAPP.

Mereka adalah Adun kawasan Likas Datuk Liew Teck Chan, Melanie Chia Chui Ket (Luyang) dan Anggota Parlimen masing-masing bagi Sepanggar dan Tawau, Datuk Eric Majimbun serta Datuk Chua Soon Bui.

Umno Anggap Kerajaan Perpaduan Masih Boleh Dijanakan

KUALA KRAI - Walaupun pakatan rakyat tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk mewujudkan kerajaan perpaduan, Umno menganggap idea itu belum berkubur kerana tidak semua pemimpin Pas menolaknya.

"Masih ada harapan kerana tidak semua pemimpin Pas yang tentang idea kerajaan perpaduan," kata Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan.

Bercakap kepada pemberita di sini Jumaat, beliau berkata Umno menyokong cadangan itu kerana perpaduan bukan sahaja akan menguntungkan orang Melayu tetapi juga semua kaum.

Cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan itu dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertujuan menyelesaikan pelbagai kemelut politik yang melanda negara tetapi ianya ditolak dalam satu perjumpaan pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang dari DAP dan Parti Keadilan Rakyat dengan PAS pada Isnin lepas.

Ahmad berkata Umno sentiasa membuka ruang perbincangan sekiranya Pas masih mahu meneruskan idea pembentukan kerajaan perpaduan itu.

"Kita tetap berharap untuk mengadakan perbincangan dengan Pas tentang kerajaan perpaduan, tanpa kehadiran sekutunya dalam pakatan kerana jika ada mereka, susah sikit untuk berjaya," katanya.

Fauzi Abdullah Calon PAS Di Manek Urai

Kuala Krai - Setelah berminggu-minggu berteka-teki, PAS hari ini mengumumkan calon Pakatan Rakyat. Fauzi Abdullah, Bendahari PAS Kuala Krai mendapat mandat sebagai sebagai calon parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengumumkan di Kampung Manek Urai Lama. Fauzi juga adalah Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil yang berada Parlimen Kuala Krai.

Sementara itu Umno sedang memilih antara tiga calon, iaitu Ketua Bahagian, bekas Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda Umno. Deas-desus Ketua Pemuda dilihat mempunyai pilihan utama. Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat dianggap calon yang paling sesuai untuk mewakili BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Johor Daily mengucapkan selamat berjuang kepada Fauzi diatas pemilihan itu. Sebahagian besar penyokong Barisan Nasional berkata, peluang untuk calon PAS menang di Manek Urai begitu tipis.

"Pemilihan beliau berdasarkan cadangan tiga nama yang dibuat PAS cawangan Manik Urai. Daripada tiga nama yang diserah setiap cawangan, beliau mendapat pencalonan paling tinggi. Ia bukan keputusan sebulat suara, tetapi beliaulah yang mendapat pencalonan tertinggi," katanya.

Mohd Fauzi yang terkejut dengan pemilihannya itu, hanya bersedia menemui pemberita esok.

Friday, June 26, 2009

Nik Abdul Aziz Anggap Umno Tidak Faham Kiasan

KOTA BAHRU - Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kenyataannya pada 21 Jun lepas mengaitkan Umno dengan komunis dan ajaran sesat, hanyalah satu kiasan atau perumpamaan.


"Boleh jadi kerana saya kata nationalis dan komunis itu serupa, begitu juga dengan ajaran sesat, (bagi saya) semua fahaman yang menolak Islam, semuanya kita panggil ajaran sesat," katanya di Kuala Krai apabila beliau menyamakan perjuangan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan menyamakan Umno sebagai mempunyai ideologi sosialis kerana menolak agama dan prinsip ketuhanan.


Ekoran itu, Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian semalam, membuat laporan polis kerana menganggap kenyataan Nik Aziz itu berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketengangan.

Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata beliau sedia menghadapi tindakan dan menjawab segala tuduhan Pemuda Umno. Katanya beliau tidak takut kerana kenyataannya itu dibuat lebih berasaskan kepada kiasan terhadap sesuatu yang sesuai pada pandangannya.


Di Kuala Lumpur, Setiausaha Badan Perhubungan Umno WIlayah Persekutuan Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata Nik Aziz menjatuhkan harga dirinya sendiri dengan membuat tuduhan itu.


Sambil menggesa Nik Abdul Aziz segera meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan, Syed Ali berkata beliau tidak menolak kemungkinan Menteri Besar itu telah diperalat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga DAP untuk menghancurkan perpaduan Melayu.


Syed Ali meminta kepimpinan Pas menasihati Nik Aziz agar mengawal percakapannya bagi mengelak berlakunya perpecahan umat Islam.


Johor Daily beranggapan Pemuda Umno Kelantan memainkan isu murahan itu untuk menutup malu apabila Pakatan Rakyat menolak mentah-mentah cadangan kerajaan perpaduan. Ramai penyokongan PAS beranggapan Umno ingin memperbodohkan PAS seperti yang berlaku pada tahun 1970'an untuk menjayakan kerajaan perpaduan.


Umno : 45 tahun Dan PKR : 35 Tahun

Johor Bahru - Jika sebelum ini Parti Keadilan Rakyat terpaksa mengambil masa lebih enam bulan bagi meluluskan pindaan perlembagaan parti itu. Kini ura-ura Umno mengikut jejak langkah PKR untuk meminda perlembagaan.

Johor Daily difahamkan sebahagian ahli Angkatan Muda keadilan (AMK) masih belum menerima had menjadi pemimpin AMK pada usia 35 tahun. Namun seorang pemimpin AMK memberitahu Johor Daily berkata, " lambat laun ia akan diterima".

Kini parti Umno akan mengubal perlembagaannya terutama had kelayakkan bertanding untuk jawatan tertinggi dan had umur Puteri Umno kepada 45 tahun. Desas-desus yang bertiup kencang disebabkan kuota untuk mencabar Presiden dan Timbalan Presiden terlalu tinggi juga anggota Puteri yang melebihi had 40 tahun agak payah diterima bertanding untuk jawatan utama Wanita Umno.

Umno difahamkan menerima kesulitan terhadap pendaftaran ahli secara online. Beberapa pengkritik politik berkata Umno mudah dimasukkan oleh 'ahli hantu' dengan online. Pendapat mereka mesyuarat cawangan boleh berlaku ketegangan jika 'ahli hantu' yang dianggap dari parti lawan hadir semasa pemilihan diperingkat cawangan.

Mengenai pendaftaran ahli, dicadangkan supaya borang permohonan menjadi ahli boleh diterima dan ditandatangani ketua cawangan atau ketua wanita cawangan atau ketua pemuda cawangan atau ketua puteri cawangan termasuk permohonan yang dibuat secara online.

Helah Diskriminasi Kaum Secara Terang-terangan sebagai Tindakan Afirmatif

Saya masih ingat beberapa tahun yang lalu, Menteri Pendidikan cuba untuk memperlihatkan kepada khalayak didalam perhimpunan Agung UMNO dengan berkata; "Selagi beliau menjadi Menteri Pelajaran, dia tidak akan membenarkan seorang pun bukan bumiputera untuk memasuki UiTM!


Inilah realiti diskriminasi kaum di negara ini. Janganlah kita lupa tentang kisah UiTM yang mempunyai lebih kurang 100,000 orang pelajar dan ianya merupakan institusi dana awam, adalah sangat mengejutkan apabila pihak kerajaan boleh lepas tangan dengan diskriminasi kaum secara terang-terangan tersebut, yang dianggap sebagai "tindakan afirmatif"


Sekiranya kita mempunyai Akta Kebebasan Maklumat, kita boleh mendapatkan statistik mengenai diskriminasi kaum pada mana-mana bahagian dasar tersebut.


Statistik yang saya terima dari Parlimen pada tahun 1990 adalah seperti berikut; purata 90 peratus pinjaman untuk kursus sijil Politeknik, 90 peratus biasiswa untuk kursus Diploma Pendidikan, 90 peratus biasiswa/pinjaman untuk kursus Ijazah yang diambil didalam negara dan hampir semua biasiswa/pinjaman untuk kursus Ijazah luar negara diberikan kepada bumiputera.


Berdasarkan kepada pengambilan pelajar disekolah-sekolah berasrama pada tahun-tahun 80-an, 95 peratus merupakan bumiputera, pengambilan pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) hampir seratus-peratus adalah bumiputera pada tahun-tahun 80-an, adakah ini yang dipanggil sebagai tindakan afirmatif?


Adakah pihak kerajaan tidak perasan dan tidak sedar, untuk mengesahkan dan memperakui Konvensyen Menentang Diskriminasi Kaum oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sehinggalah ke hari ini?


Mahkamah Hubungan Kaum


Mahkamah Hubungan Kaum boleh menentukan dan menakrifkan kebenaran atau kesalahan tindakan-tindakan tertentu, manakala Suruhanjaya untuk Kesaksamaan Kaum akan dibentuk bagi menggerakkan usaha kearah penghapusan diskriminasi bangsa dan perkauman, mengusahakan kesaksamaan peluang dan keharmonian hubungan antara etnik, dan pemerhatian berterusan keatas hasil-hasil dari akta tersebut


Saya merumuskan didalam artikel 28/10/85 itu dengan;

"Sementara Akta Hubungan Antara Kaum mungkin lambat meresap mengakar kedasar masyarakat berbilang kaum, sekurang-kurangnya kita boleh memastikan had-had pelaksanaan polisi-polisi kerajaan digariskan dengan teliti, dan yang sama pentingnya, masyarakat Malaysia tidak diperlakukan seperti sampah perkauman, yang mana seharusnya ditolak dengan sedaya-upaya kemahuan kita. (Mitos Politik Malaysia" oleh Kua Kia Soong, Huazi, 1986 : 188)


Oleh : SUARAM JOHOR


Takziah Buat YB Salahudin Ayub

Johor Bahru - Al-Fatihah buat Allahyaram Ayub Bin Omar bapa kepada Naib Presiden PAS yang juga Ahlli Parlimen Kubang Kerian iaitu Salahuddin Ayub yang telah pulang ke rahmatullah jam 11.45 malam tadi.

Johor Daily dimaklum, almarhum meninggal setelah menderita sakit sejak kemalangan tiga bulan yang lepas. Johor Daily mengucapkan takziah buat YB Salahuddin sekeluaga. Semoga rohnya dirahmati dan bersama-sama roh orang-orang beriman.

Johor Daily diberitahu pimpinan dan pendokong Pakatan Rakyat terdiri dari pelbagai agama berada dirumah beliau di Pontian. Jenazah dikebumikn tengahari ini.

Kes Liwat Anwar Ibrahim Dalam ' Kebinggungan '

Johor Bahru - Setelah perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditunda kepada 8 Julai 2009, kini pelbagai pihak mempertikaikan kesahihan kes tersebut. Kini pelbagai dakwaan berlakunya konpirasi untuk menjatuhkan imej Ketua Pembangkang itu.

Mohd Saiful Bukhari mendakwa didalam blognya bahawa apa yang disumpahnya adalah benar. Manakala Majlis Pegum telah mengeluarkan kenyataannya mendakwa kes tersebut perlu digugurkan kerana tiada bukti jelas berlaku liwat pada laporan perubatan Mohd. Saiful.

Blog Gerakan Anti-PKR pula mendakwa tujuan Anwar pergi ke Amerika Syarikat pada minggu hadapan bertujuan melarikan diri dari kes tersebut dan meminta simpati kepada presiden Berek Obama. Blog itu meminta pihak berkuasa menahan pasport Anwar.

Angkatan Muda Keadilan pula pada hari ini jam 11.00 pagi akan menyampaikan memorendum agar kes tersebut digugurkan kepada kepada Timbalan Pendakwaraya, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin di Putrajaya. Ketuanya Shamsul Iskandal Mohd Akin mendakwa kes tersebut adah fitnah politik sahaja dan tidak perlu melibatkan Mahkamah.

Terdahulu peguam Anwar Ibrahim telah menfailkan dokumen agar kes itu digugurkan kerana tiada kerjasama dari pihak kerajaan dan tiada bukti berlaku liwat.

Pahang Daily pula mendakwa didalam blognya terdapat kemuskilan pada kes pendakwaan tersebut kerana sebelum dan selepas lapuran Polis Mohd Saiful terdapat beberapa panggilan talifon yang mencurigakan termasuk panggilan terhadap Ezam Mohd Noor dan ke kementerian Pertahanan.

Semantara itu Johor Daily dimaklumkan Barisan Nasional enggan berkempen di Manek Urai melibatkan kes liwat ini kerana bimbang menerima tamparan kekalahan teruk seperti di pilihanraya Kecil di Permatang Pauh. Johor Daily percaya Umno enggan bertanding di DUN Penanti kerana bimbang dimalukan lagi.

Johor Daily dimaklumkan Anwar Ibrahim akan berada di Australia pada 11 Julai 2009 sebagai salah seorang ahli penal undangan khas bagi membicarakan isu semasa dunia dan kekemelutan Islam. Banyak pihak mendakwa termasuk penyokong Umno kes liwat ini adalah strategi khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang 'membunuh diri sendiri dan Umno'.

Michael Jackson Is Dead This Afternoon

LOS ANGELES - Pop giant Michael Jackson, who took to the stage as a child star and set the world dancing to exuberant rhythms for decades, died on Thursday after being taken ill at his home, the Los Angeles Times said.


"Pop star Michael Jackson was pronounced dead by doctors this afternoon after arriving at a hospital in a deep coma, city and law enforcement sources told The Times," the newspaper reported on its website.

The paper's report followed news of Jackson's death first reported by the TMZ entertainment website.

There was no immediate comment from spokespersons for Jackson, who was known as the "King of Pop," for hit albums that included "Thriller" and "Billie Jean."

TMZ said on its website that "Michael suffered a cardiac arrest earlier this afternoon at his Holmby Hills home and paramedics were unable to revive him. We're told when paramedics arrived Jackson had no pulse and they never got a pulse back."

Earlier, the Los Angeles Times said the singer had been rushed to a Los Angeles-area hospital by fire department paramedics who found him not breathing when they arrived at the singer's home.

The newspaper said paramedics performed cardiopulmonary resuscitation at the scene before taking him to the UCLA Medical Center hospital.

Bekas ADUN Dan SAPP Setuju Tanding Semula

KOTA KINABALU - Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan dua Anggota Parlimen daripada Parti Maju Sabah (SAPP) menyuarakan kesediaan untuk menyahut cabaran Naib Presiden baru parti Gerakan Datuk Raymond Tan supaya bertanding semula kerusi di kawasan masing-masing menggunakan lambang SAPP.

Mereka adalah Adun kawasan Likas Datuk Liew Teck Chan, Melanie Chia Chui Ket (Luyang) dan Anggota Parlimen masing-masing bagi Sepanggar dan Tawau, Datuk Eric Majimbun serta Datuk Chua Soon Bui.

Bagaimanapun, mereka berkata memandangkan Tan mendakwa mempunyai nilai moral yang tinggi, SAPP membalas semula cabaran itu kepada beliau dan rakannya dalam parti Gerakan Au Kam Wah, yang juga Adun Elopura, supaya mengosongkan kerusi mereka dan bertanding semula di bawah panji-panji BN-Gerakan.

"Ini disebabkan mereka telah pun beralih parti selepas memenangi kerusi yang disandang oleh SAPP sejak 1994. Jika bukan kerana SAPP, mereka tidak akan menjadi calon dalam pilihan raya sebelum ini.

"Kalaulah bukan kerana usaha anggota dan penyokong parti, mereka tidak akan menjadi YB , menyandang jawatan tinggi dan menguntungkan dalam kerajaan hari ini.

"Raymond Tan dan Au Kam Wah tidak pernah menjadi anggota BN kerana tidak ada peruntukan bagi anggota individu dalam BN. Mereka adalah anggota SAPP yang menggunakan jentera dan anggota SAPP untuk memenangi pilihan raya," dakwa mereka.

SAPP juga mahukan pengosongan kerusi dilakukan secara serentak oleh Tan (Tanjong Papat) dan Au (Elopura) bersama-sama Adun daripada SAPP iaitu Liew (Likas), Chia (Luyang) dan Eric iaitu Anggota Parlimen Sepanggar serta Chua (Tawau).

Umno Masih Menagih Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR – Walaupun keputusan telah dibuat pada mesyuarat khas Pakatan Rakyat mengenai kerajaan perpaduan di Bangunan Parlimen minggu lepas untuk menolak cadangan kerajaan perpaduan. UMNO masih membuka pintu kepada PAS untuk berunding mengenainya.


Ketua Penerangan dan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berkata, sebagai parti yang menjaga kepentingan orang Melayu dan negara, UMNO sentiasa mengamalkan dasar buka pintu terhadap apa jua cadangan yang mampu membawa kebaikan.


Ahmad berkata,“Kita sudah semakin hampir kepada satu hasrat mulia yang mampu membawa kebaikan kepada semua, bukan sahaja orang Melayu, malah kepada seluruh warganegara.


“Meskipun cadangan itu tampak malap, namun kita percaya, setiap hasrat mulia pasti akan berjaya akhirnya dan ia diperkuatkan lagi dengan tidak semua pemimpin Pas kelihatan menolak cadangan kerajaan perpaduan,” katanya lagi.


Sementara itu Ketua Pemuda Umno, Khairi jamaluddin yang sedang berkempen di DUN Manek Urai menganggap kerajaan perpaduan yang dipalu oleh media adalah memenangkan Umno kerana PAS dakwanya tidak memikirkan perpaduan bangsa melayu.


Giliran Ketua AMK Johor Pula Di Bidas

Kulai - Setelah membuat teguran kepada Angkatan Muda keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) Pusat tentang laman web itu yang lesu. Blog AMK Gelang Patah sekali lain menegur laman web AMK Johor dikhususkan kepada Ketua AMK Johor , Zabidie Abas.

Dalam catatan blog itu menulis, " Blog Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor (amkjohor.blogspot.com) tidak aktif sebagaimana dahulu dengan alasan "Masalah teknikal". Rumit sangatkah masalah tersebut sehingga mengambil masa hampir sebulan untuk mengatasinya...??? Setiausaha Majlis Perhubungan Negeri dan beberapa Ketua Cabang/Ketua AMK Cabang menegur dan meminta agar blog tersebut diaktifkan semual kerana blog tersebut adalah blog rasmi kepada apa juga aktiviti dan program Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor."

Johor Daily menghubungi Zabidie meminta penjelaskan mengapa teguran berlaku, Zabidie berkata, "beliau memandang serius setiap teguran."

Tegasnya beberapa cadanan sedang dipertimbangkan bagi menjadikan blog itu tiddak menjadi pertikaian ahli dan ahli jawatankuasa AMK Johor.

Blog AMK Gelang Patah yang seperti mengakui berlakunya perpecahan dikalangan AMK berkata, "Berselisih pendapat bukan bermakna kita berpecah-belah kerana kita mempunyai tujuan yang sama iaitu menumbangkan Kerajaan Umno/BN di Johor ini."

Sebelum ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada penerangan sesi tertutup Kongres Khas parti itu telah membidas ahli dan penjawat PKR yang suka membidas kepimpinan PKR secara terbuka, terutama terutama sidang media dan melalui penulisan blog.

Zabidie berkata ketika ditanya Johor Daily mengenai bila blog itu akan dibuka semua, "peluang diberikan kepada penulis blog itu untuk terus membidas sesiapa sahaja, agar semua pihak menilainya nanti. Saya tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak."


Keuntungan Petronas Menyusut 13.9 %

KUALA LUMPUR – Keuntungan sebelum cukai Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) menyusut sebanyak 6.7 peratus kepada RM89.1 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2009 berbanding RM95.5 bilion tempoh yang sama tahun lalu.


Keuntungan bersihnya juga jatuh sebanyak 13.9 peratus kepada RM52.5 bilion berbanding RM61 bilion meskipun jumlah pendapatan yang direkodkan pada tempoh itu adalah yang tertinggi iaitu RM264.2 bilion iaitu kenaikan sebanyak 18.4 peratus.


Presiden Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican berkata, sungguhpun keuntungan sebelum cukai terjejas tetapi masih positif kerana ia selari dengan prestasi syarikat-syarikat minyak dan gas utama yang turut menyaksikan penurunan antara 6.4 peratus dan 25.7 peratus.


‘‘Penurunan keuntungan sebelum cukai yang dicatatkan itu adalah disebabkan oleh kos pengeluaran dan operasi yang tinggi.


‘‘Meskipun begitu, pulangan pendapatan Petronas masih kekal tertinggi dalam industri iaitu 33 peratus berbanding purata pulangan pendapatan sebanyak 17.7 peratus yang direkodkan oleh syarikat-syarikat minyak dan gas di dunia,’’ katanya .


Beliau menegaskan, walaupun keuntungan Petronas berkurangan tetapi firma minyak kebangsaan itu masih mengekalkan bayaran tinggi kepada kerajaan membabitkan cukai pendapatan petroleum, cukai pendapatan korporat, duti-duti eksport dan royalti.


Namun pada sidang akhbar itu Petronas tidak menyatakan sebab kenapa rolyati tidak diberikan kepada kerajaan Kelantan. Johor Daily percaya ia adalah keputusan kerajaan Barisan Nasional yang berat sebelah dan tidak adil.



Thursday, June 25, 2009

Pakatan Rakyat Perak Buat Laporan SUAKAM

Kuala Lumpur - Ahli Dewan Undangan Negeri Perak terdiri dari kelompok Pakatan Rakyat akan membuat laporan SUAKAM pada jam 11.00 pagi hari ini. Ia bagi melaporka tindakan pihak Polis menagkap 21 orang termasuk ADUN yang mengadakan mogok lapar dan puasa sunat bagi membantah tindakan Mahkamah dan keputusan pertukaran kerajaan Perak.

Memo bantahan itu dipercayai diketuai oleh Menteri Besar Perak , Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan beberapa ADUN dari DAP dan PAS.

Johor Daily difahamkan selepas penyerahan memorendum itu kumpulan tersebut akan mengadakan sidang akhar beagi menjelaskan kepada media alasan tindakan mereka.


AMK Gelang Patah Bidas Blog AMK Pusat

Johor Bahru - Angkatan Muda Keadilan (AMK) parti Keadilan Rakyat telah menerima teguran terbuka AMK Gelang Patah yang menyentuh tentang kelesuan blog tersebut. AMK Gelang Patah menulis dalam blognya ," Menghampakan!!!! Itulah perasaan pengunjung Laman web Angkatan Muda Keadilan Malaysia yang kelihatan ‘lesu” berikutan tiada berita terkini yang disiarkan. Berita terakhir adalah pada 6 Mei 2009 jam 7:38 pm berkaitan dengan Isu Perak. "

Dengan tegas blog AMK Gelang Patah mencadangkan, "...Exco yang bertanggungjawab membuat “copy n paste” dari laman web/blog AMK Negeri/Bahagian dari seluruh Malaysia."

Sementara itu ketika Johor Daily menghubungi Setiausaha AMK Pusat, Zulfikar Ali Arifin beliau berkata, "pekara tersebut amat mendukacitakan ". Didalam blog AMK Pusat, moderator menyatakan maaf diatas bidasan AMK Gelang Patah itu dengan menulis, "Bagi pihak Moderator AMK Malaysia, saya akui kelemahan dan akan cuba diperbaiki dengan segera. Harap maklum bahawa pihak kami mengalami masalah serius untuk ‘daftar masuk’ ke Web AMK Malaysia dimana ianya telah digodam terus menerus oleh pihak yang tidak bertanggungjawab".

Mengenai blog AMK Johor yang telah ditutup lebih kurang sebulan, Ketua AMK Johor Zabidie Abas berkata, " ia akan dibuka semua setelah masalah teknikal selesai", katanya kepada Johor Daily.

Zabidie menegaskan, " ahli AMK Johor boleh melawat blog AMK Gelang Patah atau blog dairi peribadinya jika ingin mengetahui maklumat dan berita semasa". Mengenai teguran blog Gelang Patah itu beliau akan memohon maaf kepada AMK Pusat kerana sepatutnya ia bincangkan melalui mesyuarat.

Polis Johor Tubuhkan 'Task Force Clampdown'

JOHOR BAHRU - Polis Johor telah menubuhkan pasukan khas 'Task Force Clampdown' di setiap ibu pejabat polis daerah dijohor bagi menangani jenayah yang melibatkan kebimbangan awam terutamanya kes ragut dengan lebih berkesan.


Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, hasil percubaan sejak sebulan lalu, menunjukkan pasukan khas itu berjaya menangani jenayah ragut dengan berkesan.


"Diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri, Datuk Amer Awal, percubaan selama sebulan menunjukkan tiada kes ragut dikesan di kawasan pasukan khas itu ditugaskan.


"Hari ini saya dengan rasminya melancarkan pasukan khas ini dan ketua-ketua polis daerah perlu mengerah segala keupayaan yang ada termasuk aspek perisikan untuk memastikan jalan raya di Johor selamat daripada sebarang jenayah terutamanya ragut," katanya.


Mohd. Mokhtar berkata, pasukan khas itu terdiri daripada detektif berpakaian preman dan polis trafik beruniform yang turut ditugaskan memantau serta memastikan kelancaran trafik.


Beliau berkata, sepanjang enam bulan pertama tahun ini, polis menahan 146 peragut termasuk 13 yang dikenakan hukuman di bawah Undang-undang Pencegahan dan ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak, Simpang Renggam.

Sebelum ini sebuah laman web terkenal seluruh dunia pernah mengelurkan artikelnya menyentuh keadaan jenayah yang tinggi di Johor Bahru. Penubuhan pasukan ini dipercayai dari keadaan semasa dan hasil teguran pelbagai pihak tentang kadar jenayah yang meningkat di Johor.


Mufti Perak Bidas PAS Kerana Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA – Kemelut Kerajaan perpaduan masih belum berakhir, kini Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata beliau kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik mereka.

Mufti yang sebelum ini begitu kontraversi dengan pengharaman 'Jom Heboh ' kini berminat dengan pergolokkan politik antara PAS dan Umno.

Johor Daily berpendapat adalah elok Mufti Perak bertemu dengan Presiden PAS daripada becakap dengan media tanpa mengetahui kedudukan sebenar.

Beliau berkata,‘‘Saya sebenarnya amat berharap benda ini jadi sebab saya sendiri memperjuangkan supaya masyarakat Melayu dan Islam ini bersatu.

‘‘Tapi saya kecewa. Mereka ini taksub kepada parti sehingga menganggap sesama mereka bukan bersaudara. Politik itu politiklah tapi persaudaraan Islam itu mestilah dijaga, maka haramlah memutuskan tali persaudaraan Islam itu,” katanya.

Sebelum ini mantan Mufti kerap mengeluarkan kenyataan berbuar politik. Johor Daily difahamkan kerana tekanan politik belaiu terpaksa meletakkan jawatan dan kini kerap menulis tentang politik dari luar negara.

Johor Daily berharap jika Mufti Perak malas ke pejabat PAS , adalah cara terbaik menalifon atau e-mail kepada Presiden PAS bertanyakan keadaan sebenar daripada membuat ulasan tanpa fakta.

Wednesday, June 24, 2009

Rintihan Mohd Saiful Terhadap Anwar Ibrahim

Mahkamah Dunia

8 Julai Hari Penentuan. Mahkamah menetapkan 1 Julai untuk mendengar permohonan Anwar supaya dibekalkan dengan dokumen dan barangan berkaitan kes. Mahkamah juga akan mendengar pada 8 Julai ini permohonan untuk membatalkan pertuduhan(Gugur pertuduhan) yang dihadapinya.

Pada 8 Julai ini, sekiranya Mahkamah menerima permohonannya, maka pertuduhan akan digugurkan bermakna kes gugur(tiada perbicaraan). Jika sebaliknya, maka saya akan dipanggil untuk beri keterangan serta merta(perbicaraan diteruskan).

Mahkamah Tinggi, Jalan Duta. Pada jam lebih kurang 9.00 pagi ini, Hakim akan mendengar permohonan pihak peguam bela tertuduh bagi mendapatkan segala bukti-bukti dari pihak pendakwaraya. Ironinya, segala bukti-bukti dan tuntutan-tuntutan mereka telahpun diserahkan dan dipenuhi namun mereka masih lagi mahu membuat tuntutan seperti menuntut BUKTI ASAL diserahkan.

Tujuan mereka hanya satu, mereka ingin menunjukkan kononnya Mahkamah tidak berlaku adil jika tuntutan mereka tidak dipenuhi walhal ia sebaliknya.

Menurut mereka, jika segala tuntutan mereka tidak dipenuhi, mereka mahu Mahkamah MENGUGURKAN KES sebelum ia dibicarakan. Inilah ''keadilan'' bagi mereka.

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

* Johor Daily pening bila membaca blog adik Saiful. Kreatif dan bercelaru.

Huang Bekeras Dakwa Tidak bersalah

PULAU PINANG - Naib Presiden Gerakan yang digantung, Huan Cheng Guan berkata beliau akan terus berkhidmat kerana mendakwa keputusan menggantungnya oleh jawatankuasa kerja pusat parti sebagai tidak sah.

Beliau berkata beliau tidak akan membuat rayuan kerana penggantungan selama tiga tahun itu diluluskan tidak berdasarkan peraturan dan oleh itu ia tidak sah.

Huan turut melahirkan rasa kecewa dengan presiden parti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang dikatakannya gagal untuk menunaikan janji bagi mengurangkan tempoh penggantungannya sekiranya beliau membalas surat tunjuk sebab yang diberikan kepadanya dalam masa yang ditetapkan.

Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow yang dihubungi enggan mengulas mengenai kenyataan Huan itu, sebaliknya meminta Huan agar mengemukakan surat rayuan dalam tempoh 14 hari seperti yang telah ditetapkan.

Anggota akar umbi dari tiga cawangan parti di dalam bahagian Batu Kawan, didapati turut membantah tindakan penggantungan Huan dan meminta dikaji semula keputusan itu di samping memberi peluang kepada Huan untuk membela diri.

Sistem Dua Pakatan Lebih Baik : Khalid

KUALA SELANGOR - Sistem dua pakatan parti lebih baik daripada kerajaan perpaduan kerana ini akan membolehkan amalan mengawasi dan menegur dipraktik, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Jika kita kaji daripada segi politik, konsep kerajaan perpaduan ini akan mengelirukan rakyat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan ulang tahun ke-10 Universiti Industri Selangor (UNISEL) di sini Selasa.

Khalid, yang juga Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Selangor, diminta mengulas keputusan pakatan pembangkang terdiri PKR, Pas dan DAP, semalam yang menolak cadangan Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang agar satu kerajaan perpaduan diwujudkan bagi mengatasi kemelut politik yang melanda negara ini.

Beliau berkata bahawa negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain dan Australia juga mengakui tentang kebaikan mempunyai dua parti yang kuat.

Khalid berkata sistem dua gabungan parti akan memastikan bahawa setiap daripada parti itu akan bekerja dengan bersungguh-sungguh.