Tuesday, June 30, 2009

Polis Hantar 3030 Anggora Di Manek Urai

KOTA BAHRU - Kerana bimbangkan keselamatan di Pilihanraya kecil DUN Manek Urai. Polis Kelantan menempatkan seramai 3,030 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan dan menjaga ketenteraman sepanjang kempen. Ia bermaksud empat pengundi dikawal satu anggota Polis.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi memberitahu, penempatan keanggotaan akan dibuat berperingkat mengikut enam fasa dengan permulaan 40 peratus anggota daripada Ibu Pejabat Kontijen Kelantan dan bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai.


"Ketika ini, permit-permit ceramah akan mula dimohon dan pihak kami perlu lebih teliti dalam mengeluarkan kebenaran tersebut."Bagaimanapun, kami beri jaminan permit akan dikeluarkan selagi parti bertanding bersetuju mematuhi peraturan yang ditetapkan," katanya.

Menurut beliau, setakat ini, permit ceramah telah dikeluarkan oleh polis tetapi bukan untuk berkempen sebaliknya hanya merupakan ceramah biasa.


"Saya harap, pilihan raya ini akan berjalan dengan lancar dan menjadi contoh kepada mana-mana pilihan raya selepas ini," tambahnya. Abdul Rahim berkata, beliau setakat ini berpuas hati dengan kawalan keselamatan di sekitar DUN Manek Urai dan berharap akan berterusan sehingga hari pilihan raya.


Johor Daily diberitahu , stuasi Di Manek Urai begitu Meriah dengan kempen, poster dan sepanduk. Ada yang berkata, di Kelantan adalah 'Hari Perayaan' kerana politik adalah hidangan setiap hari di warung dan modal bersembang di negeri itu.


1 comment:

  1. kita boleh fikir sbb ape di Penanti tak ramai polis sedangkan di Manek Urai ataupun mane2 tempat dimana BN bertanding ramai polis.....sbb polis pun mengaku bahawa UMNO-BN nie punca segala kacau bilau yg berlaku bila pilihanraya kecil yg disertai oleh mereka....dan ini sbg bukti bahawa UMNO-BN nie adalah samseng yg sebenar...Ummmmmph...Nooooo

    ReplyDelete