Friday, June 26, 2009

Helah Diskriminasi Kaum Secara Terang-terangan sebagai Tindakan Afirmatif

Saya masih ingat beberapa tahun yang lalu, Menteri Pendidikan cuba untuk memperlihatkan kepada khalayak didalam perhimpunan Agung UMNO dengan berkata; "Selagi beliau menjadi Menteri Pelajaran, dia tidak akan membenarkan seorang pun bukan bumiputera untuk memasuki UiTM!


Inilah realiti diskriminasi kaum di negara ini. Janganlah kita lupa tentang kisah UiTM yang mempunyai lebih kurang 100,000 orang pelajar dan ianya merupakan institusi dana awam, adalah sangat mengejutkan apabila pihak kerajaan boleh lepas tangan dengan diskriminasi kaum secara terang-terangan tersebut, yang dianggap sebagai "tindakan afirmatif"


Sekiranya kita mempunyai Akta Kebebasan Maklumat, kita boleh mendapatkan statistik mengenai diskriminasi kaum pada mana-mana bahagian dasar tersebut.


Statistik yang saya terima dari Parlimen pada tahun 1990 adalah seperti berikut; purata 90 peratus pinjaman untuk kursus sijil Politeknik, 90 peratus biasiswa untuk kursus Diploma Pendidikan, 90 peratus biasiswa/pinjaman untuk kursus Ijazah yang diambil didalam negara dan hampir semua biasiswa/pinjaman untuk kursus Ijazah luar negara diberikan kepada bumiputera.


Berdasarkan kepada pengambilan pelajar disekolah-sekolah berasrama pada tahun-tahun 80-an, 95 peratus merupakan bumiputera, pengambilan pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) hampir seratus-peratus adalah bumiputera pada tahun-tahun 80-an, adakah ini yang dipanggil sebagai tindakan afirmatif?


Adakah pihak kerajaan tidak perasan dan tidak sedar, untuk mengesahkan dan memperakui Konvensyen Menentang Diskriminasi Kaum oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sehinggalah ke hari ini?


Mahkamah Hubungan Kaum


Mahkamah Hubungan Kaum boleh menentukan dan menakrifkan kebenaran atau kesalahan tindakan-tindakan tertentu, manakala Suruhanjaya untuk Kesaksamaan Kaum akan dibentuk bagi menggerakkan usaha kearah penghapusan diskriminasi bangsa dan perkauman, mengusahakan kesaksamaan peluang dan keharmonian hubungan antara etnik, dan pemerhatian berterusan keatas hasil-hasil dari akta tersebut


Saya merumuskan didalam artikel 28/10/85 itu dengan;

"Sementara Akta Hubungan Antara Kaum mungkin lambat meresap mengakar kedasar masyarakat berbilang kaum, sekurang-kurangnya kita boleh memastikan had-had pelaksanaan polisi-polisi kerajaan digariskan dengan teliti, dan yang sama pentingnya, masyarakat Malaysia tidak diperlakukan seperti sampah perkauman, yang mana seharusnya ditolak dengan sedaya-upaya kemahuan kita. (Mitos Politik Malaysia" oleh Kua Kia Soong, Huazi, 1986 : 188)


Oleh : SUARAM JOHOR


No comments:

Post a Comment