Tuesday, June 23, 2009

Muhyiddin Beri Amaran Pada Pakatan Rakyat

PUTRAJAYA - Walaupun telah dimalukan pada Pilihanraya Umum ke-12 dan beberapa Pilihanraya kecil, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan Pakatan Rakyat supaya jangan pandang rendah terhadap kekuatan Barisan Nasional (BN) dalam cubaan mereka merampas kerajaan pusat pada pilihan raya akan datang.

Muhyiddin yang juga Pengarah Pilihanraya DUN Manek Urai yang sebelum ini amat mengharapkan Kerajaan Perpaduan menjadi kenyataan mengingatkan parti lawan bahawa BN masih mempunyai kekuatan.

Banyak pemimpin Pakatan Rakyat lega dengan kenyataan bersama tiga tokoh PR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang mengenai penolakkan kerajaan perpaduan. Malah Hadi menganggap isu hanya mainan media pro-Umno bagi memecah-belahkan Pakatan Rakyat.

Sementara itu beberapa hari lepas mantan Presiden Umno, Tun Mahathir mengingatkan ahli parti Umno agar kembali keperjugan asli parti itu. Mahathir juga pernah membidas tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana terburu-buru merampas Perak. Mahathir menganggap tindakan Najib mencemarkan BN dan Umno.

No comments:

Post a Comment