Thursday, June 18, 2009

Sultan Johor Tidak Mahu Jambatan Ke-3

JOHOR BAHRU - Sebelum ini Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Mentor Singapura telah membuat perbincangan mengenai Jabatan ke-3 antara Johor dan Singapura. Namun hari ini Sultan Johor Sultan Iskandar bertitah , Baginda tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga antara Malaysia dan Singapura di bahagian Johor Timur.

Titah Sultan Iskandar itu disampaikan melalui Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail semasa berucap mewakili ayahandanya pada perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri Johor, di Kota Iskandar, Nusajaya.

"Saya dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawa Tuanku tidak setuju dengan cadangan untuk membina jambatan ketiga," kata Tunku Ibrahim Ismail.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan mengenai minat Singapura membina jambatan ketiga bersama Malaysia apabila hasrat itu dilahirkan oleh Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew pada pertemuan mereka di Putrajaya.

Sebelum ini bekas Perdaana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga melahirkan rasa tidak senangnya mengenai pembinaan jambatan tersebut. Mahathir berkata, Singapura hanya menentingkan diri sendiri dan hanya mahukan pasir dari Malaysia.

Dalam titah yang disampaikan menerusi Tunku Mahkota itu juga, Sultan Iskandar menasihatkan rakyat supaya menyambut langkah kerajaan untuk membina ekonomi yang maju.

"Sungguhpun ada masalah ekonomi pada masa kini, namun rakyat perlu yakin bahawa ekonomi negeri Johor ada asas-asas yang kuat," titah baginda.

No comments:

Post a Comment