Tuesday, June 23, 2009

PKFZ Bukan 12 Billion - Ong Tee Kiat

KUALA LUMPUR - Kerjaan Pusat masih menafikan berlaku ketirisan pada projek mega pembinaan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).


Jumlah RM12 bilion yang didakwa Pakatan Rakyat sebagai pembaziran dana awam dalam pembinaan PKFZ merupakan anggaran PricewaterhouseCoopers yang perlu dibayar kepada kerajaan jika berlaku penangguhan pembayaran balik oleh Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat menjelaskan, angka itu juga merangkumi kos faedah tambahan sebanyak RM5 bilion supaya ia berpadanan dengan unjuran aliran wang tunai LPK menjelang tahun 2051.


Menurutnya, angka RM12 bilion itu dibuat berikutan andaian tiadanya sebarang intervensi kerajaan atau tindakan LPK untuk mempromosikan, bahkan menjadikannya berdaya maju.


''Bagaimanapun, ekoran tindakan tegas dan menyeluruh yang diambil oleh kementerian dan LPK, maka hampalah pihak-pihak yang cuba memutarbelitkan angka yang kononnya hutang PKFZ dan juga ada yang menyatakan ia telah meningkat kepada RM12.5 bilion,'' katanya.


Beliau menjawab soalan Lim Kit Siang di Parlimen tempohari yang mendakwa kerajaan enggan mendedahkan laporan PKFZ ekoran bimbang ia akan memperlihatkan kelemahan kerajaan pada sidang Dewan Rakyat .


Tee Keat berkata, kerajaan telah mendedahkan laporan semakan kedudukan PKFZ yang disediakan oleh PricewaterCoopers pada 28 Mei lalu.


No comments:

Post a Comment