Monday, June 29, 2009

Tuan Aziz Galas Harapan BN di Manik Urai

KUALA KRAI - Bekas Ketua Bahagian dan Ketua Bahagian Umno Kuala Krai tidak terpilih. Namun Tuan Aziz Tuan Mat bernasib baik diatas perebutan dua tokoh Umno itu untuk menjadi colun DUN Manek Urai.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sebaliknya pemilihan Tuan Aziz Tuan Mat mendapat sokongan padu setiap anggota Umno terutama di Bahagian Kuala Krai termasuk di peringkat akar umbi.

"Tuan Aziz ini bukan sahaja mampu menarik sokongan golongan muda tetapi berdasarkan sokongan yang diterima, kita yakin semua golongan akan menerimanya dengan baik," katanya .

Johor Daily difahamkan Tuan Aziz sudah menjagkakan pemilihannya disebabkan calon pertama dan kedua berbalah untuk menjadi calon.

Tuan Aziz, 39, yang merupakan Ketua Pemuda Umno Kuala Krai diumumkan sebagai calon BN bagi bertanding kerusi pilihan raya kecil DUN Manik Urai pada 14 Julai depan.

"Kita akan laksana pembangunan tidak kira siapa pun yang menguasainya seperti sekarang walaupun PAS yang menguasainya," katanya.

Anak kelahiran Kuala Krai dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berkata beliau yang dibesarkan di Kuala Krai memahami kehendak penduduk di situ yang mahu sesuatu dilakukan bagi membangun kawasan tersebut.

"Saya sudah biasa dengan permasalahan rakyat di sini dan amanah untuk mewakili BN akan dilakukan dengan bersungguh-sungguh," tambah beliau.

No comments:

Post a Comment