Saturday, June 27, 2009

Tokoh Pilihan Julai 2009 Johor Daily

Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang merupakan antara pemikir dan aktivis intelektual tempatan yang sering kali mengemukakan gagasan dan cadangan untuk mengangkasa pengajian tinggi di Malaysia.

Dengan latar belakang beliau yang mendapat pendidikan rendah, menengah dan tinggi di luar kelompok pengajian elit, maka pandangan yang termuat dalam buku ini penting dan relevan dalam konteks pembangunan pengajian tinggi secara lebih komprehensif dan futuristik.

Zaini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Dato’ Undang Abdul Manaf, Johol, Negeri Sembilan dan Sekolah Rendah Sultan Sulaiman I, Kuala Terengganu, sebelum melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Kem Terendak dan Sekolah Ghaffar Baba, Melaka.


Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Kimia dari Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1988, dan Ijazah Sarjana (1991) dan Doktor Falsafah (1996) dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar dari Universiti Newcastle, United Kingdom.


Zaini kini ialah Naib Canselor, Universiti Teknologi Malaysia. Beliau juga merupakan Profesor Kejuruteraan Awam Sekitar sejak tahun 2002 dan sebagai jurutera dan saintis bertauliah di Britain dan jurutera profesional di Malaysia. Beliau dikenali kerana sumbangan dalam bidang penyelidikan dan penerbitan dalam Pengurusan Alam Sekitar dan Kejuruteraan Rawatan Air.

Menjadi Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada tahun 2007, Naib Presiden Persatuan Air Antarabangsa (IWA) pada tahun 2004–2006, Timbalan Presiden Persatuan Air Malaysia (2007–2009) dan editor bagi tiga jurnal berimpak tinggi terbitan IWA London.


No comments:

Post a Comment