Saturday, June 20, 2009

Ahmad Maslan Tidur Rumah Termiskin di Manek Urai ?

Johor Bahru - Dalam masa majoriti pemimpin Umno menagihkan Kerajaan perpaduan. Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan yang pernah menghentam 60,000 jentera Umno pada PRU-12 . Ahmad kini membidas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau mendakwa kumpulan yang menyokong Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menentang usaha perpaduan antara parti itu dan UMNO adalah suara minoriti rakyat negara ini dan tidak perlu diberi perhatian.

Beliau berkata suara majoriti rakyat Malaysia tanpa mengira kaum inginkan perpaduan dan inginkan politik yang lebih stabil, aman dan tenteram pada masa depan.

Suara minoriti itu tidak perlu diberi perhatian kerana ini akan menyebabkan usaha yang lebih besar dan mulia gagal," katanya .

Idea bagi penubuhan kerajaan perpaduan dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi mendapat teguran daripada Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

Dalam perkembang lain, penyokong Pakatan Rakyat bertanyakan Johor Daily, " bila Ahmad Maslan nak tidor rumah paling miskin di Manek Urai, kita tunggu di TV3 dan Utusan Malaysia, " kata seorang ahli PKR.

Tegasnya lagi, "aku pasti dalam masa berkempen mesti banyak rumah usang di Manek Urai akan Ahmad Maslan perbaiki macam di Pontian."

1 comment:

  1. Orang UMNO ni memang mereka suka bermuka-muka(Jadi Pelakon)DiMU ni kalau suruh mereka menangis tu biasa pasti akan menangis suruhlah apa saja mereka akan lakukan percayalah yang dikatakan orang UMNO ni

    ReplyDelete