Thursday, June 25, 2009

Polis Johor Tubuhkan 'Task Force Clampdown'

JOHOR BAHRU - Polis Johor telah menubuhkan pasukan khas 'Task Force Clampdown' di setiap ibu pejabat polis daerah dijohor bagi menangani jenayah yang melibatkan kebimbangan awam terutamanya kes ragut dengan lebih berkesan.


Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, hasil percubaan sejak sebulan lalu, menunjukkan pasukan khas itu berjaya menangani jenayah ragut dengan berkesan.


"Diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri, Datuk Amer Awal, percubaan selama sebulan menunjukkan tiada kes ragut dikesan di kawasan pasukan khas itu ditugaskan.


"Hari ini saya dengan rasminya melancarkan pasukan khas ini dan ketua-ketua polis daerah perlu mengerah segala keupayaan yang ada termasuk aspek perisikan untuk memastikan jalan raya di Johor selamat daripada sebarang jenayah terutamanya ragut," katanya.


Mohd. Mokhtar berkata, pasukan khas itu terdiri daripada detektif berpakaian preman dan polis trafik beruniform yang turut ditugaskan memantau serta memastikan kelancaran trafik.


Beliau berkata, sepanjang enam bulan pertama tahun ini, polis menahan 146 peragut termasuk 13 yang dikenakan hukuman di bawah Undang-undang Pencegahan dan ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak, Simpang Renggam.

Sebelum ini sebuah laman web terkenal seluruh dunia pernah mengelurkan artikelnya menyentuh keadaan jenayah yang tinggi di Johor Bahru. Penubuhan pasukan ini dipercayai dari keadaan semasa dan hasil teguran pelbagai pihak tentang kadar jenayah yang meningkat di Johor.


No comments:

Post a Comment