Thursday, June 18, 2009

Umno Perlis di Ambang Kehancuran - Ismail

Kangar - Ismail Hashim, bekas ketua penerangan Pemuda Umno bahagian Arau Perlis berkata, "kira-kira 300 bekas ahli Umno dalam DUN Pauh akan menyerahkan borang keahlian mereka kepada ahli parlimen PKR Sungai Petani, Johari Abdul di sebuah hotel di Kangar, Sabtu ini."

Ismail, juga , berkata bekas ahli-ahli Umno di DUN Chuping juga akan mengambil tindakan yang sama. "Selang tidak lama kemudian, cawangan-cawangan PKR akan ditubuhkan di DUN Titi Tinggi dalam parlimen Padang Besar," katanya.

Tambah Ismail, yang dikaitkan dengan bekas ketua penerangan Umno negeri Hashim Suboh yang kini terpinggir dalam politik parti itu, fenomena ahli Umno keluar parti dan menubuhkan cawangan PKR akan berterusan sehingga pilihanraya umum akan datang.

Beliau berkata, perkara itu berlaku kerana ahli-ahli Umno sudah hilang keyakinan terhadap Umno negeri yang diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu.

Ismail juga mendakwa seorang bekas ahli jawatankuasa Umno Arau akan menyerahkan borang permohonan tersebut kepada Johari, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi yang dilantik pemimpin angkat PKR Perlis.

Katanya, cawangan PKR yang akan ditubuhkan dalam masa terdekat ialah bandar Arau, Padang Telela dan Kubang Siput. Ismail menambah, ahli-ahli Umno Perlis juga tidak puas hati dengan tindakan menteri besar melantik bekas ahli Parti Melayu Semangat 46, Datuk Idrus Kassim sebagai setiausaha sulit kanan.

Dengan nada tegas Ismail berkata “lebih baik menjadi ahli pembangkang daripada menjadi ahli Umno”.

Johor Daily difahamkan di Pahang iaitu terutama dikawasan Felda, PAS dan dan PKR sedang rancak menubuhkan cawangan - cawangan baru. Satu sumber memberitahu Johor Daily perlantikan Datuk Fauzi Abdul Rahman sebagai Ketua Perhubungan PKR Pahang dan aktiviti Persatuan Anak-Akan Peneroka Felda ( ANAK ) telah memberi kekuatan baru Pakatan Rakyat di Pahang.

No comments:

Post a Comment