Monday, June 29, 2009

Kelantan Akan Melaksanakan Dinar Emas

KOTA BAHRU - Persidangan Dewan Undangan Negeri pada Isnin ini diberitahu bahawa kerajaan negeri akan menubuhkan Kelantan Gold Trade untuk melaksanakan perdagangan dinar emas dalam menghadapi kemelut kelembapan ekonomi dunia.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Datuk Husam Musa berkata kerajaan negeri berhasrat untuk berdagang dengan emas untuk mengelakkan daripada menggunakan wang kertas.

"Emas tidak boleh dispekulasikan kerana ia mempunyai nilai pasaran yang stabil berbanding wang kertas.

"Wang kertas mudah untuk dispekulasikan menjadikan nilainya boleh turun dan naik mengikut pihak tertentu menjadikan ia tidak stabil," katanya semasa menjawab soalan Datuk Noor Zahidi Omar (PAS-Pengkalan Kubor) pada persidangan DUN.

Husam berkata kerajaan negeri telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak bank untuk membolehkan kerajaan negeri membuat simpanan dinar.

"Setakat ini hanya sebuah bank bersetuju untuk melaksanakan sistem simpanan emas itu dan membolehkan kerajaan negeri membuka akaun untuk urusan perdagangan," katanya.

Beliau berkata melalui simpanan itu nilai emas itu ia akan meningkatkan lagi simpanan negeri berdasarkan peningkatan nilai emas semasa.

No comments:

Post a Comment