Monday, June 29, 2009

Mukhiz Salahkan Pembangkang Ekonomi M'sia Menjunam

KANGAR - Kerajaan berazam untuk memulihkan keyakinan pelaburan langsung asing (FDI) yang masih di tahap yang rendah namun kemelut politik dalaman yang berterusan menjadi antara penghalangnya, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir.

Menurutnya, kemelut politik yang berpanjangan dan sikap pemimpin pembangkang yang sering menimbulkan isu yang menakutkan para pelabur asing menjadi antara faktor kesukaran memulihkan kemerosotan FDI.

"Kita harap kemelut politik akan berakhir secepat mungkin supaya negara ini dapat kembali ke tahap daya saing yang lebih tinggi daripada sekarang," katanya.

Mukhriz juga menyelar parti Pakatan Rakyat yang hanya bijak membangkitkan isu tetapi mereka tidak mencadangkan langkah penyelesaian isu bagi memulihkan ekonomi negara.

Meskipun iklim pelaburan negara ini secara zahirnya dilihat dalam keadaan tidak menentu, namun menurutnya, kebanyakan pelabur Eropah yang ditemuinya menganggap kemelut politik di Malaysia bukan sesuatu yang mencemaskan.

"Mereka sendiri datang dari negara yang pergolakan politik berlaku setiap hari. Apa yang berlaku di Malaysia tak seteruk berlaku di negara mereka," katanya.

Ini kerana para pelabur kini mula menunjukkan minat kepada negara lain, termasuk Vietnam dan India sedangkan sebelum ini Malaysia adalah antara negara pilihan utama untuk melabur.

"Sepatutnya, isu remeh temeh tidak dibincangkan secara serius di negara ini. Sebaliknya, yang lebih penting ialah berusaha memulihkan kestabilan politik dan ekonomi," katanya.

Johor Daily mendapati, Mukhriz kian mengikut jejak langkah ayahnya, Tun Mahathir Mohamad yang akan menyalahkan individu atau kelompok lain apabila gagal menjalankan tugasnya. Johor Daily berharap Mukhriz lebih mahir menjalankan tanggungjawab dari petah dihadapan media.

No comments:

Post a Comment