KUALA LUMPUR - Tan Sri Pandikar Amin Mulia Yang Dipertua Dewan Rakyat, mengingatkan ahli Parlimen pembangkang yang ingkar arahan beliau untuk menanggalkan kain ikat di lengan supaya akur atau menjadi ahli Parlimen di negara lain.
Beliau berkata, kekecohan yang berlaku selepas Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah menyebabkan masa sesi soal jawab Dewan Rakyat selama 24 minit dihabiskan begitu saja.
''Janganlah buat kekecohan begitu kalau Yang Dipertua minta mereka senyap. Sudahlah. Duduklah. Ini tidak, menunjukkan sikap degil sehingga 24 minit habis begitu sahaja," katanya .
Tambah Pandikar, apa yang berlaku di luar Dewan Rakyat adalah tidak penting, baginya apa yang penting ialah ahli-ahli Parlimen mematuhi peraturan Parlimen.
''Sudah tentu memakai kain ikat di kepala dan lengan di Parlimen saya tidak benarkan. Di Parlimen semua pihak diminta berpakaian sesuai, malah bagi ahli Parlimen pula setiap kali masuk dan keluar perlu tunduk hormat. Ini bukan pasar," jelas beliau.
''Kalau Anwar berhasrat hendak buat begitu atau mana-mana ahli Parlimen ingin terus berbuat begitu bolehlah pergi ke Parlimen negara lain dan menjadi ahli Parlimen negara tersebut," jelasnya.
''Biasanya apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak menjelaskan berapa hari ahli Parlimen yang ingkar arahan digantung ia bermaksud dua hari," katanya.
Mengenai usul penubuhan suruhanjaya siasatan diraja mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang ditolak, Pandikar berkata, ia ditolak atas alasan bukan satu isu terdesak.
Johor Daily membayangkan sesi sidang parlimen kali ini lebih hangat dari yanag sebelumnya. Ia kerana beberapa faktor dan kegagalan kerajaan Barisan Nasional gagal melaksanankan beberapa permasalahan negera seperti rasuah, ekonomi yang tidak menentu dan rampasan kuasa di Perak.
No comments:
Post a Comment