Thursday, June 18, 2009

Nasaruddin Di Pelawa Menyertai UMNO

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang menjadi kemarahan Datuk Nik Aziz Nik Mat dipelawa menyertai UMNO.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, "Saya selaku Ketua Pemuda berpendapat bahawa sekiranya Nasharudin tidak lagi dihargai oleh Pas dan dihalau keluar, lebih baik beliau meneruskan perjuangan bersama UMNO."


Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz itu adalah perkara yang malang bagi parti berkenaan kerana ia akan menyebabkan mereka kehilangan pemimpin yang bijak.

Katanya, "Niat baik Nasharudin disalah terima oleh Menteri Besar Kelantan dan kenyataan yang dikeluarkan beliau itu sangat berat untuk diterima."Idea yang dicadangkan Nasharudin itu patut dikaji semula kerana beliau adalah seorang pemimpin yang bijak dan saya yakin tujuannya adalah untuk kebaikan semua dan beliau ikhlas dalam perjuangannya."


"BN sentiasa terbuka malahan sering mengadakan gerakan untuk menarik minat ramai dan kami menyambut baik penyertaan ahli baru terutamanya mereka yang mempunyai pucuk kepimpinan yang tinggi," katanya.


Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, "Saya lihat tindakan Nasharudin tiada salahnya. Idea ini sepatutnya diterima dengan hati terbuka kerana ia mencerminkan pandangan majoriti ahlinya.


"Bersama siapa atau pihak mana perundingan kerajaan perpaduan harus dilakukan tidak perlu ditimbulkan. Apa yang penting adalah ia memberi kesan yang positif terhadap semua pihak terbabit dan bukan demi keuntungan individu. "Janganlah kita menutup atau menyekat kesemua jalan kebaikan yang kita rancang," katanya.


No comments:

Post a Comment