Monday, June 15, 2009

Jangan Buat Spekulasi - Polis

KUALA LUMPUR - Polis meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian mengejut seorang lelaki A.Ganana Prakasom ketika ditahan di lokap Balai Polis Damansara .

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata polis sedang menunggu laporan bedah siasat dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mengetahui punca sebenar kematian lelaki itu.

"Hasil siasatan awal, didapati tiada 'foul play'...walau bagaimanapun kita kena tunggu (laporan) 'post mortem' yang dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kematian," katanya lagi.

Ganana, 53, ditahan reman sejak empat hari lepas bagi membantu siasatan kes pecah rumah di Sungai Buloh, ditemui mati dalam tandas lokap balai itu kira-kira jam 8 pagi ini oleh anggota yang bertugas.

Arjunaidi berkata, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan sudah meninggal dunia, bagaimanapun siasatan awal mendapati tiada terdapat sebarang kecederaan pada badan suspek.

No comments:

Post a Comment