Friday, June 19, 2009

Rundingan Konsesi Air Selangor Lancar

KUALA LUMPUR - Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS), berkata rundingan mengenai konsesi air Selangor masih berjalan. Pengerusi Eksekutifnya Datuk Abdul Karim Munisar enggan membuat penjelasan lanjut mengenai isu itu.


"Tarikh itu ditetapkan oleh kerajaan persekutuan dan bukan kami," kata Abdul Karim. Sebelum ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui mengumumkan kerajaan persekutuan mengarahkan rundingan penstrukturan khidmat air Selangor itu dimuktamadkan pada 30 Jun, 2009.


Abdul Karim berkata kerajaan negeri sedang menyemak semula tawarannya kepada empat syarikat konsesi air sebelum itu.


Kerajaan negeri Selangor membuat tawaran bernilai kira-kira RM6.0 bilion untuk membeli aset air di negeri itu. DanPuncak Niaga Holdings Bhd sebelum ini menawarkan RM3.1 bilion untuk aset dan perkhidmatan air selain 70 peratus lagi milik anak syarikatnya, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, tanpa menanggung sebarang liabiliti.


Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH), yang 40 peratus sahamnya dimiliki Gamuda Bhd, ditawarkan RM2.1 bilion tanpa menanggung liabiliti manakala Konsortium Abbas Sdn Bhd milik KBS ditawarkan RM525.7 juta.


"Kerajaan negeri Selangor menemui keempat-empat pihak berkenaan baru-baru ini untuk merundingkan semula perjanjian, dan proses itu masih berjalan," katanya.


Abdul Karim berkata KDEB memain peranan penting dalam industri air Selangor, dengan menguasai pelaburan kumpulan sebanyak 57 peratus, membekalkan air di kawasan Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Putrajaya.


Pemerhati pasaran menganggarkan aset air Selangor bernilai 10 hingga 15 kali lebih tinggi daripada RM1.21 bilion perbelanjaan kerajaan persekutuan untuk mengambil alih aset dan operasi air di Negeri Sembilan.


No comments:

Post a Comment