Tuesday, June 30, 2009

Kembara Mahkota Johor Bergema Lagi Kali Ke - 11

JOHOR BAHRU - "Saya sudah tak sabar nak mulakan kembara ini!"Demikian luahan hati Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar Ismail mengenai Kembara Mahkota Johor (KMJ) Jelajah Pedalaman 2009 yang akan berlangsung 4 hingga 7 Julai ini.


"Segala persediaan telah dilakukan sejak enam bulan lalu. Saya tak sabar nak mulakan kembara ini," titah Tunku Ibrahim Ismail dalam pertemuan dengan Utusan Malaysia di Istana Pasir Pelangi di sini baru-baru ini.


Tunku Ibrahim Ismail turut menunjukkan bekalan makanan yang telah dibeli dan dibungkus bagi keperluan sepanjang kembara empat hari berkenaan.


Tunku Ibrahim Ismail yang diputerakan pada 22 November 1958, sering dilihat sanggup berpanas serta berhujan pada setiap siri KMJ yang diadakan sebelum ini. Mengenai KMJ kali ini Tunku Ibrahim Ismail bertitah, ia akan mengambil masa kira-kira 80 jam atau empat hari tiga malam dengan jarak keseluruhan 1,030 kilometer.


Majlis pelepasan diadakan di Bukit Timbalan, Johor Bahru pukul 8 pagi pada 4 Julai dan penutupannya pada 7 Julai ini di Dataran Majlis Perbandaran Benut, Pontian pukul 12.45 tengah hari.


Sepanjang kembara, rombongan yang terdiri daripada wakil rakyat dan pegawai kerajaan itu menjelajah ke kawasan pedalaman di seluruh 10 daerah di negeri ini.


Sebanyak 11 buah perkampungan Orang Asli dengan tiga buah kampung tradisi akan dilawati, antaranya kawasan Tadahan Air, Gunung Ledang, Tangkak dan Kampung Orang Asli Sayong Pinang, Kota Tinggi.


"Bagaimanapun, ia tidak bermakna mereka turut menukar adat dan tradisi yang diamalkan sejak sekian lama. Itu saya tidak mahu mereka ubah. "Biarlah mereka berubah dari segi sikap menerima pembangunan dan sebagainya," titah Tunku Ibrahim Ismail.


No comments:

Post a Comment