Kuala Krai - "Saya yakin pengundi Manek Urai akan memilih dengan penuh bijaksana walaupun di kalangan penyokong Pas atau atas pagar, apabila menyedari hakikat bahawa selama ini segala pembangunan yang ada merupakan jasa bakti serta khidmat budi kerajaan yang bertanggungjawab," kata Datuk Ahmad Maslan.Pembangunan itu, katanya, dilaksanakan oleh pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan termasuk Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Jabatan Pelajaran, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kerja Raya (JKR), Felcra, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Risda, Mara dan Jabatan Pertanian.
Ketika berada di Kampung Budi awal minggu lepas, Ahmad bersama-sama 120 penduduk kampung, termasuk penyokong Pas dan UMNO, mengadakan program gotong-royong membersihkan jalan dan kawasan perkuburan.
"Saya sendiri potong rumput guna mesin hampir sejam sehingga selesai majlis. Pada sebelah malam saya menginap di rumah Saudara Sulaimi di Kampung Karangan Manek Urai.
"Saya juga menziarah 11 buah rumah penduduk yang tua, sakit dan daif di sekitar peti undi Manjor dan Manek Urai Lama,'' jelas Ahmad.
Johor Daily merasakan kemewahan yang bakal diterima oleh pengundi Manek Urai. Lagi banyak bendera PAS berkibar, lagi banyak habuan yang diterima oleh pengundi. Jangan biarkan pemimpin UMNO datang dan pulang di Manek Urai dengan tangan kosong. Habiskan harta rakyat Malaysia yang diambil secara haram sebelum ini.
Apa juga alasan mereka turun padang, ianya hanya mainan lumrah BN-Umno disetiap pilihanraya.


No comments:
Post a Comment