Saturday, June 27, 2009

Fauzi Abdullah Calon PAS Di Manek Urai

Kuala Krai - Setelah berminggu-minggu berteka-teki, PAS hari ini mengumumkan calon Pakatan Rakyat. Fauzi Abdullah, Bendahari PAS Kuala Krai mendapat mandat sebagai sebagai calon parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengumumkan di Kampung Manek Urai Lama. Fauzi juga adalah Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil yang berada Parlimen Kuala Krai.

Sementara itu Umno sedang memilih antara tiga calon, iaitu Ketua Bahagian, bekas Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda Umno. Deas-desus Ketua Pemuda dilihat mempunyai pilihan utama. Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat dianggap calon yang paling sesuai untuk mewakili BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Johor Daily mengucapkan selamat berjuang kepada Fauzi diatas pemilihan itu. Sebahagian besar penyokong Barisan Nasional berkata, peluang untuk calon PAS menang di Manek Urai begitu tipis.

"Pemilihan beliau berdasarkan cadangan tiga nama yang dibuat PAS cawangan Manik Urai. Daripada tiga nama yang diserah setiap cawangan, beliau mendapat pencalonan paling tinggi. Ia bukan keputusan sebulat suara, tetapi beliaulah yang mendapat pencalonan tertinggi," katanya.

Mohd Fauzi yang terkejut dengan pemilihannya itu, hanya bersedia menemui pemberita esok.

No comments:

Post a Comment