BUKIT MERTAJAM – Selepas menyatakan hasrat keluar parti bulan lalu, Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan hari ini mengumumkan keputusannya untuk terus kekal dalam parti itu.Sehubungan itu, katanya, beliau akan menjawab surat tunjuk sebab bertarikh 1 Jun lalu berhubung tindakannya mengkritik kepimpinan parti baru-baru ini.
‘‘Saya sudah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan ahli-ahli di akar umbi dan mereka mahu saya terus kekal dalam parti. Pandangan sama juga diberikan oleh pemimpin parti di negeri-negeri lain.
‘‘Maka saya sudah ambil keputusan untuk terus kekal dan menyumbang kepada parti,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri sebahagian besar pemimpin bahagian dan cawangan Gerakan sekitar Seberang Perai .
Cheng Guan sebelum ini secara terbuka mengkritik kepimpinan Pengerusi Gerakan negeri, Teng Hock Nan ekoran pelantikan penyelaras di beberapa bahagian di Seberang Perai yang disifatkannya membelakangkan suara akar umbi.


No comments:
Post a Comment