Wednesday, June 24, 2009

Barisan Nasional Sentiasa Murni - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - Setelah menerima tamparan hebat dari Pakatan Rakyat , Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta rakyat menilai sendiri sikap sebenar parti PAS yang tiba-tiba menarik balik cadangan mereka tentang kerajaan perpaduan.

Beliau berkata, idea kerajaan perpaduan yang diasaskan oleh Pas sendiri kini dilihat hanya usaha setengah jalan yang menolak kebaikan untuk rakyat negara ini.


Tegas beliau, tahap keikhlasan pakatan pembangkang kini diragui dan misi mereka yang selama ini kononnya memperjuangkan rakyat dilihat sudah berubah.''Rakyat boleh nampak. Rakyat boleh lihat sendiri apa yang Pas kata sebelum ini boleh ditarik oleh Pakatan Rakyat.


''Hasrat murni untuk mewujudkan kerajaan perpaduan kini seolah-olah dinafikan mereka dan sekali gus usaha mereka selama ini kini diragui," katanya.


Beliau mengulas keputusan majlis pimpinan Pakatan Rakyat semalam menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO yang disifatkan suatu fitnah dan tindakan untuk menggugat kekuatan mereka.

''Kita sudah lali dengan situasi ini. Kita menyambut tangan yang dihulur untuk kebaikan, namun kita mahu rakyat sendiri menilai jika UMNO sudah 'ditampar' sebegini rupa," ujarnya.


No comments:

Post a Comment