Monday, June 15, 2009

Pendikar Amin Halau Pendikar Perak

Kuala Lumpur - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menjadi 'Pendikar Perak ' di sidang parlimen. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan Nizar dan 6 MP lain keluar dewan . Amin berbuat demikian atas dakwaan "berkelakuan kasar".

Sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai anggota baru parlimen bagi Bukit Gantang Nizar terus melaungkan "hidup rakyat, bubar DUN".

Menteri Besar Pakatan Rakyat itu diperintah meninggalkan Dewan Rakyat bersama enam lagi ahli parlimen pembangkang.

Mereka bertujuh turut digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari. Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Dr Hatta Ramali (PAS-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai).

Mohammad Nizar bersama Nga dan Ngeh - kedua-duanya bekas exco kerajaan Pakatan Perak - antara pemimpin yang paling aktif dan lantang menuntut dikembalikan kerajaan yang mereka pernah kuasai sejak Mac tahun lalu.

No comments:

Post a Comment