Tuesday, June 23, 2009

RM3 Juta Lesap Dakwa Kumpulan Murugiah

PUTRAJAYA - Percakaran Parti Progresif Penduduk semakin hebat. Terbaru, Kumpulan Datuk T Murugiah mendakwa telah berlaku penyelewengan yang besar dalam PPP yang melebitkan Datuk M. Kayveas.


Sebahagian ahli PPP telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan dalam parti itu membabitkan RM3 juta.


Dr. N. A. Shanmugathan berkata, penyelewengan itu dikesan dalam laporan kewangan parti itu yang belum pernah dibentangkan kepada ahli parti sebelum ini sejak 2002.


''Dalam laporan kewangan yang disediakan oleh Ari & Co , ada dinyatakan bahawa PPP telah berhutang sebanyak RM3 juta dengan syarikat guaman milik Presiden PPP, Datuk M. Kayveas sendiri di atas kos perbelanjaan perkhidmatan profesional, pembantu kewangan dan kes-kes mahkamah bagi tahun kewangan sehingga 31 Disember tahun lalu.


''Perkara ini tidak pernah dibincangkan dalam parti sebelum ini dan hanya didedahkan pada 29 Mei lalu," katanya..


Laporan kewangan yang didakwa palsu itu diserahkan kepada Penolong Penguasa SPRM, Faizal Ahmad bagi menjalankan siasatan terperinci.


Selain itu, Shanmuganathan berkata, ahli PPP turut meminta SPRM menyiasat akaun syarikat guaman milik Kayveas itu kerana kebanyakan sumbangan bukan disalurkan kepada parti sebaliknya kepada syarikat guaman tersebut.


No comments:

Post a Comment