Sunday, May 31, 2009

Manifesto Dr. Mansor Jika Menang

Sekiranya saya menang Pilihan Raya Kecil Penanti dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Negeri Pulau Pinang, saya berazam memainkan peranan membantu dan melengkapkan kepemimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng ke arah menterjemahkan dasar-dasar semasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan:
  1. Mempraktikkan prinsip-prinsip demokrasi dan keadilan serta menghormati hak asasi manusia tanpa diskriminasi dalam pemerintahan negeri Pulau Pinang.
  2. Melaksanakan dasar ekonomi yang mementingkan pertumbuhan dan pembangunan mapan serta pengagihan kekayaan yang adil untuk semua rakyat negeri Pulau Pinang tanpa mengira kaum.
  3. Mengiktirafkan pendidikan berkualiti sebagai asas kemajuan setiap insan serta keseluruhan negeri Pulau Pinang, khasnya untuk bersaing dalam sektor teknologi maju (high-tech) dalam era pasca globalisasi.
  4. Membasmikan kemiskinan dan memastikan semua keperluan asas seperti makanan, kesihatan, perumahan dan pengangkutan awam dapat dikecapi oleh golongan miskin negeri Pulau Pinang.
  5. Menumpukan perhatian yang sewajarnya kepada kemajuan kawasan-kawasan pedalaman, dari segi infrastruktur serta corak hidup penduduk kawasan tersebut.
  6. Mengiktiraf dan menghargai sumbangan kaum wanita terhadap pembangunan sosial dan ekonomi Negeri Pulau Pinang.
  7. Mengembangkan potensi dan memantapkan peranan belia yang merupakan masa depan Negeri Pulau Pinang dengan program-program bermakna yang akan mengurangkan gejala sosial yang melibatkan anak-anak muda.
  8. Menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai negeri teladan di mana rakyat semua kaum dan agama menghormati dan membantu satu sama lain dan hidup bersama secara padu dan aman.
  9. Memupuk keperihatinan terhadap alam sekitar dan menggalakkan gaya hidup yang mesra alam agar persekitaran Pulau Pinang dipulih semula dan kembali menjadi habitat terpilih serta tarikan pelancong utama.
  10. Memandukan pemerintahan negeri Pulau Pinang berdasarkan prinsip dan nilai-nilai kerohanian sejagat dan mewujudkan suatu masyarakat murni dan progresif di Negeri Pulau Pinang.

MANSOR BIN OTHMAN
Calon Parti Keadilan Rakyat
Pilihan Raya Kecil DUN N. 12 Penanti

Bunuh Lelaki Dipercayai Rogol Isterinya

SANDAKAN - Seorang suami bertindak nekad menetak sehingga mati seorang lelaki yang dipercayai merogol dan melarikan isterinya di ladang kelapa sawit, di Batu 11 1/2, Jalan Labuk, dekat sini semalam.


Bagaimanapun suspek yang berusia 30 tahun itu kemudian menyerah diri kepada polis pada pukul 12.35 tengah hari pada hari kejadian. Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rosli Mohd. Isa berkata, suspek turut menyerahkan dua bilah parang yang dipercayai digunakan untuk menetak mangsa.


"Dia mengaku telah membunuh seorang lelaki bernama Albin @ Al Nasir setelah mendapati si mati merogol isterinya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Rosli memberitahu, siasatan awal mendapati isteri suspek dilarikan pada Isnin lalu sebelum dibawa dan dirogol di Beluran dekat sini.


"Bagaimanapun pada hari Rabu lalu isterinya dilaporkan telah berjaya menghubungi suspek yang kemudian terus bergegas ke tempat berkenaan sebelum berjaya menangkap mangsa. "Suspek kemudian membawa mangsa ke dalam sebuah ladang kelapa sawit sebelum bertindak membunuhnya," ujarnya.


BN Mahu Rampas Balik Semua Negeri - Shafie

SEMPORNA - Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin Barisan Nasional (BN) mampu menawan semula negeri-negeri yang ditawan pembangkang jika semua parti komponen BN bersatu padu.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah berkata impian Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menawan Perlis, satu-satunya negeri di utara semenanjung yang dipertahankan BN pada pilihan raya ke-12, tidak semudah yang disangka.

"Jika dia yakin tawan Perlis, saya pula yakin tawan Kedah," katanya kepada pemberita sempena Program Mesra Rakyat di Kampung Terusan, Pulau Bum-Bum .

Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Anwar semalam mengenai impiannya menawan negeri Perlis pada pilihan raya akan datang.

"Jika kita boleh bekerjasama dan mengelak berpecah hanya kerana perkara-perkara kecil, tiada alasan untuk kita tidak boleh menawan kembali negeri yang sudah jatuh ke tangan pembangkang," katanya.

Umno Menafikan Tidak Mahu Mengundi

BUTTERWORTH - Umno Pulau Pinang hari ini menafikan dakwaan kononnya parti itu mengarahkan 5,000 anggotanya supaya tidak keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti esok.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata parti itu tidak pernah memaksa anggotanya supaya tidak mengundi kerana Barisan Nasional (BN) tidak bertanding pada pilihan raya itu.

"Kita tidak pernah paksa supaya mereka tidak pergi mengundi. Terpulanglah kepada kebijaksanaan mereka untuk membuat keputusan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau juga menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya Umno merancang membawa anggotanya di Penanti mengadakan lawatan ke Thailand supaya mereka tidak mengundi.

Kerusi DUN Penanti kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Mohammad Fairus Khairuddin.

Penanti : BN Meniti Jalan Sukar

Skudai - Barisan Nasional berkata Pakatan Rakyat kian ketinggalan dan mengamalkan budaya politik paling kotor dalam sejarah. 1Malaysia dakwanya langkah drastik kemeru kejayaan.

Johor Daily berkeyakinan bahawa politik itu jijik jika pemimpin teratas mengamalkan budaya rakus. Maruah parti itu murni jika sentiasa dikelolakan dengan jiwa yang tulus. Di DUN Penanti, UMNO gentar dan bercelaru untuk bertanding. Akhirnya UMNO tidak bertanding, namun kelibat mereka menari-nari dibelakang tabir bagai gentayang pontianak.

Tun Mahathir menyarankan usah bacul dengan musuh, malang mereka memilih jalan singkat (cabut lari). Begitu juga dengan merampas Perak, BN-Najib tersepit oleh undang-undang yang tersedia-pakai. Ini menyebabkan selepas kejatuhan Tun Abdullah Badawi, penganut BN dibanjiri oleh mimpi ngeri.

Terbayang dibenak penganut BN, "matilah aku jika terus bersama BN". Terbukti di Perlis dan perakuan Naib Presiden Gerakan sehari-dua ini.

Berfikir pula juak-juak UMNO, " sampai bila aku mesti menjaja keris, pemimpinan aku terlalu gelojoh-gopoh ".

Johor Daily mengambil kesimpualan, PKR telah meninggalkan kalimat 'Makkal Sakti', 1Malaysia meniru Harapan Baru (semua bangsa dalam satu gerak-kerja) dan BN yang diharapkan melakukan perubahan radikal terus melaksanakan jenayah politik.

Pertandingan DUN Penanti Bermula Hari Ini

Johor Bahru - Hari ini penentuan bagi empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

Terdapat seramai 15,384 pengundi di DUN Penandi di mana 72.6 peratus daripadanya adalah Melayu, 24.2 peratus Cina, 2.4 peratus India dan 0.7 peratus kaum lain.

Johor Daily difahamkan calon dari PKR mempunyai peluang cerah untuk memenang pilihanraya kecil itu. Walaupun pilihanraya ini terdapat beberapa isu yang dipermainkan oleh Umno, pagi ini dilapurkan pengundi berpusu-pusu ditempat pembungan undi.

Petugas PKR ketika dihubungi Johor Daily sebentar tadi berkata, " Jika BN tidak langsung bertanding dalam mana-mana pilihanraya, tentu aman." keputusan tidak rasi dijanka diperlohi dalam jam 8.30 malam.

Saturday, May 30, 2009

Umno Bidas PKR Di Penanti

Bukit Mertajam - Ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid mengingatkan PKR supaya tidak mencampuri urusan Umno yang mengadakan majlis penerangan di Penanti.

Katanya, tiada sebab untuk PKR mahu mengambil tahu semua urusan Umno. “Kenapa dalam kem Umno pun mereka hendak ambil tahu, tetapi hal dia kita tidak boleh ambil tahu.“Dia mahu semua yang kita buat kena beritahu dia,” katanya .

abdul jalil abdul majidAbdul Jalil berkata demikian ketika diminta laporan polis yang dibuat oleh seorang ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang mendakwa Umno mengadakan majlis penerangan di Penanti, sedangkan BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil di situ Ahad ini.

Ketua Penerangan AMK Permatang Pauh, Mohd Syukri Abdul Hamid membuat laporan itu di balai polis Kubang Seman jam 4.15 semalam.

4 Calon Bertanding Tapi Umno Pengacau

Johor Bahru - Zabidie Abas, Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR Johor dihubungi Johor Daliy bagi memantau kempen hari terakhir. Beliau berkata " Kami tidak gusar dengan calon Bebas, malangnya Umno menghantar pasukan senyap menabur fitnah dan menghasut pengundi agar tidak mengundi esok. "

" Ini sikap Umno, saya tidak menyalahkan BN, kerana parti komponen lain kerana kelibat Gerakan, MIC dan MCA tiada disini", katanya lagi. Beliau menegaskan tugas berat PKR ketika ini mengalakkan pengundi untuk turun mengundi pada hari esok.

Tambah beliau lagi, Aminah amat dikenali di Penanti bukan sekadar bekas Ketua Wanita PKR Pulalu Pinang malah calon bebas itu sudah puluhan kali ke Permatang Pauh dan Penanti sejak 1998. Pengundi lebih kenal siapa wanita itu.

Zabidie berkata, " kami yakin dapat menangkis dakyah basi Umno".


Umno Dakwa 5000 Tak Mengundi - Umno

Bukit Mertajam - "Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti,"dakwa Datuk Zainal Abidin Osman. Menurut beliau lagi kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding, kata Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

"Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti," katanya . Di samping itu, katanya, tindakan tidak keluar mengundi itu boleh mengurangkan rasa sombong PKR yang didakwanya mengambil mudah terhadap pengundi.

BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

Mungkin Rombongan Cuti Sekolah - Zainal

PULAU PINANG - UMNO Pulau Pinang menafikan dakwaan ia menaja bas membawa penduduk Penanti membeli-belah sambil bercuti di beberapa tempat termasuk di Thailand pada hari Pilihan Raya Kecil DUN Penanti, 31 Mei ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman yang menyifatkan perkara tersebut sebagai karut berkata, pihaknya tidak pernah membuat sebarang perancangan seumpama itu yang dikatakan bertujuan menghalang penduduk di situ keluar mengundi.


Menurutnya, memandangkan cuti persekolahan pun sudah bermula, jadi tidak hairan jika ada pihak yang menganjurkan lawatan begitu, namun beliau menegaskan UMNO negeri tidak terlibat langsung dengan program tersebut.


''Saya sebenarnya tidak terperanjat apabila mengetahui mengenai perkara ini kerana Parti Keadilan Rakyat dan rakan sekutunya pasti akan bercakap atau membuat tuduhan apa sahaja, tidak kira apa sekali pun kita cakap.


''Jika tidak percaya, mereka boleh pergi tunggu di tepi lebuh raya atau di mana-mana, pergi tengok ada ke banyak bas lawatan kononnya ditaja oleh UMNO yang akan bertolak seawal 7 pagi dari kawasan ini pada hari undi," katanya .


Good Bye Gerakan & BN - Huan Cheng Guan

BUTTERWORTH - Selepas 19 tahun menjadi ahli dan berjuang dalam parti Gerakan, Naib Presidennya, Huan Cheng Guan mengambil keputusan untuk keluar parti .

Katanya, dalam tempoh tiga minggu akan datang, beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatannya dan keluar parti secara rasmi kepada Presiden Gerakan.


Sebab utama beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada parti itu adalah kerana tidak sehaluan dan sependapat dengan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan dan menyedari Gerakan telah hilang hubungan dan sentuhan dengan peringkat akar umbi.


"Saya berasakan pucuk pimpinan parti tidak lagi mengekalkan hubungan mereka dengan peringkat akar umbi. Jadi apabila membuat keputusan, mereka tidak berpandukan atau mengikut perlembagaan parti.


"Sebaliknya, mereka menggunakan undang-undang hutan rimba dalam menerajui parti. Sikap tidak mempedulikan pandangan akar umbi ditolak ke tepi," katanya lagi


Bagaimanapun, katanya, beliau berasakan banyak bahagian dan cawangan Gerakan di Pulau Pinang termasuk di negeri-negeri lain yang akan mengikut jejak langkahnya.


Anifah Aman Mula Gelabah

Johor Bahru -''Ini cuma pilihan raya kecil yang tidak melibatkan pembentukan kerajaan, calon Bebas ini telah ditawarkan wang dan kedudukan.

''Jadi fikir-fikirlah, jika calon Bebas dalam pilihan raya kecil ditawarkan jawatan, apatah lagi jika ia melibatkan pembentukan Kerajaan Persekutuan," kata Datuk Anifah Aman bila ditanya mengenai saman Datuk Seri Anwar Ibrahim RM100 juta.


Johor Daily difahamkan dari sumber tidak rasmi , Anifah adalah salah seorang dari puluhan Ahli Parlimen (MP) yang telah menandatangani perjanjian untuk menyertai kerjaan campuran Pakatan Rakyat pada 16 Sepetember 2008.


Anifah juga didakwa bertanggungjawab telah memujuk beberapa MP dari Sabah untuk menyertai Anwar. Johor Daily percaya perlantikkan Anifah sebagai Menteri Luar adalah disebabkan pengaruh Anifah dan beberapa MP dari Sabah bersetuju untuk menyertai Pakatan Rakyat sebelum itu.


Johor Daily percaya pekara ini akan terbongkar tidak lama lagi selepas perbicaraan di Mahkamah Tinggi bermula.


Shamsul Beri Amaran Kepada Umno

BUKIT MERTAJAM - ''Kita akan mendapatkan bantuan daripada SPR dan pihak polis dalam hal ini, kita mengambil sikap bahawa kalau hendak keluar, mereka kena mengundi dulu," tegas Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd. Akin mendakwa, ada cubaan untuk membawa pengundi keluar dari kawasan tersebut sebagai usaha mengurangkan peratusan pengundian pada pilihan raya kecil itu.


''Saya nak beri amaran kepada pemimpin UMNO di kawasan ini (Penanti) kerana hasil risikan kita, ada cubaan nak bawa pengundi keluar dari Penanti pada 31 Mei ini dengan pelbagai alasan.


''Kemungkinan kita akan ambil tindakan termasuk menahan bas yang membawa keluar pengundi. Kalau nak keluar, mereka kena mengundi terlebih dahulu," katanya di sini hari ini. Shamsul Iskandar berkata, pihaknya sudah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyiasat perkara itu.


Katanya, parti itu mengambil pendirian bahawa setiap pengundi yang hendak dibawa keluar dari kawasan itu dengan apa sebab sekalipun, perlu membuang undi terlebih dahulu.


Anwar Tawan Perlis

KANGAR - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan impian terbarunya untuk menakluk Perlis, satu-satunya negeri di utara tanah air yang terlepas daripada tsunami politik pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu.

Anwar berkata, PKR akan menggerakkan semua jentera yang ada bersama pakatan pembangkang lain dalam usaha untuk merampas negeri itu daripada Barisan Nasional (BN).


Katanya, walaupun tiada wakil Parlimen daripada pakatan pembangkang di negeri itu, usaha akan dibuat termasuk melantik Ahli Parlimen PKR di Kedah untuk memantau masalah masyarakat Perlis.


''Perlis berada tidak jauh dari negeri pakatan pembangkang Kedah. Saya akan memastikan Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kassim dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul melaksanakan tugas berkaitan bagi membantu menawan Perlis daripada BN.


''Perkara ini tidak akan habis di sini, masalah rakyat Perlis akan dibawa ke Parlimen dan didebatkan," kata Anwar lagi.


Perang PPP Menjalar Ke Pulalu Pinag

PULAU PINANG - Parti Progresif Penduduk (PPP) kian bergolak apabila ia menular ke negeri ini pula. Bukan sahaja PPP kini mempunyai 'dua orang Presiden' malah di negeri ini turut mempunyai 'sepasang' Pengerusi Negeri.

Bekas Naib Pengerusi PPP Negeri, V. Nantha Kumar bagi mengecam tindakan Datuk M. Kayveas yang didakwa kini merupakan bekas Presiden. Nantha mendakwa, beliau kini merupakan Pengerusi PPP Negeri yang baru setelah dilantik dan mendapat persetujuan 25 ahli majlis tertinggi (MT) pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) PPP, 24 Mei lalu.


"Pelantikan saya ini sah kerana dipilih pada EGM minggu lalu bersama tiga Naib Presiden serta 25 ahli MT PPP yang baru. "Di negeri ini sahaja, kira-kira 60 peratus ahli PPP menyokong penuh 'Presiden PPP' yang baru, Senator Datuk T. Murugiah,'' katanya lagi .


EGM PPP di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu melantik Murugiah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai Presiden PPP yang baru. EGM tersebut sebelum itu meluluskan undi tidak percaya terhadap Kayveas dan memecat semua ahli MT PPP termasuk Kayveas.


Puteri Selangor Tekad Rempuh Pakatan Rakyat

SHAH ALAM - Pergerakan Puteri Umno Selangor dalam tekadnya untuk membantu Barisan Nasional (BN) meneraju kembali pentadbiran negeri itu akan menumpukan usaha kearah membina keyakinan golongan muda bagi menyokong UMNO, kata Ketuanya Suhaila M Zin.

Beliau berkata bagi tujuan itu Puteri Umno Selangor akan berdamping serta mendekati para penuntut di institusi pengajian tinggi awam dan swasta dengan lebih rapat lagi dalam usahanya membetulkan pandangan mereka mengenai BN dan Umno.

Katanya penyebaran maklumat menerusi blog-blog anggota pergerakan itu akan digiatkan lagi untuk menampilkan hujah-hujah yang lebih kukuh bagi menangkis serangan-serangan pembangkang di alam siber.

Menurutnya beliau percaya jika Puteri bertindak agresif menyerang kembali dakyah-dakyah yang disebarkan pembangkang, ia akan memberi peluang kepada Umno memenangi hati golongan muda.

Johor Daily menerima ulasan dari seorang pendokong PKR di Selangor, beliau berkata ' cara Khalid ( Tan Sri ) uruskan Selangor 100 kali baik dari BN sebelum ni." Beliau yakin Pakatan Rakyat mendapat kerusi lebih di Selangor di pilihanraya akan datang jika kerajaan sekarang terus mencipta rekod baik.

Mustafa galas Harapan BN di Manek Urai

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyelia persiapan Umno bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Kelantan .

Selain itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed dilantik sebagai pengarah pilihan raya kecil DUN itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata lagi, Mustapa yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan bertanggungjawab mengenai operasi serta keputusan seharian pilihan raya kecil DUN Manik Urai.

Mengenai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding bagi kerusi itu yang kosong berikutan penyandangnya Ismail Yaacob, 60, daripada parti PAS meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Mei lepas, Perdana Menteri berkata: "Saya menunggu syor daripada Badan Perhubungan Umno Kelantan.

"Bila sampai masanya, kita akan umum. Ada masa lagi," katanya. Ditanya mengenai kriteria calon yang dikehendaki, Najib berkata: "Kita tak tetap apa-apa kriteria, kita nak calon yang terbaik."

Malaysia Semakin Malang - Zabidie

Johor Bahru - Zabidie Abas, Ketua Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Parti keadilan Rakyat memberi ulasannya mengenai defisit yang diumumkan baru-baru ini. Di dalam blog http://amkj.blogspot.com beliau menulis.

Penilaian dan keputusan daif menyebabkan pentadbir negara kerap dipersalahan. Namun DS Najib menyalahkan faktor barat pula. Ini tidak berlaku di Singapura, China dan Jepun. Pemimpin politik yang mentadbir negaranya berganding bahu dengan tokoh perniagaan internal dan external bagi memperbaiki ekonomi rakyatnya.

Di Malaysia, parti pemerintah lebih bimbangkan DS Anwar Ibrahim, DS Nizar , Tan Sri Khalid dan lainnya dari ehwal keperitan rakyat.

Kewarasan menangani defisit diabaikan. Dunia tahu Malaysia adalah negara 'generator' yang mempunyai terlalu banyak sumber asli dan hasil tamanan ( sawit, getah dll ).
Nelson Mandela pernah berkata Malaysia adah bumi lebih kaya dari negara yang dipenuhi emas kerana sumber pertanian dan sumber asli bertali arus.

Adakah logik Malaysia dirundung defisit seperti yang diumumkan tempohari ? Air Asia contohnya mengalami keuntungan RM 165 juta, sedangkan pengurusinya adalah berkemahiran dalam seni muzik dan hiburan.


Jelas dan pasti Perdana Menteri sekarang hanya mahir mengolah politik popular tetapi tidak berkelayakkan dalam bidang ekonomi, keselamatan dan meningkatan sasiah rakyat Malaysia kepada negara bermoral mulia dan berpengaruh.

Friday, May 29, 2009

Sudikah 'Chiken Run' Umno bertanding Di Manek Urai ?

KUALA LUMPUR - Johor Daily berharap Ezam Mohd Noor dan Lokman Noor Adam segera menukar alamat ke kawasan DUN Manek Urai sebagai calon BN atau Bebas bagi menguji popularinya di Pilihanraya Kecil itu. Semenjak diterima sebagai ahli Umno beliau berdua sering berlagak pahlawan melayu dan Umno. Malah mereka tanpa segan silu keji cerca PKR dan PAS secara terbuka.

Sementara itu , Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dikatakan mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di pejabat parti itu di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Mesyuarat hari ini antara lain, dijangka membincangkan mengenai persiapan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bagi kawasan Manik Urai yang akan diadakan pada 14 Julai depan.

Johor Daily percaya dua tokoh baru Umno ini adalah calon paling layak bertanding di Manek Urai. Namun Johor Daily percaya mereka tidak akan dipilih oleh Najib, jalan terbaik adalah calon Bebas untuk mereka.


Siapa 'Chiken Run ' ? Zahid , Husam Atau Ezam

Johor Bahru - Setelah puas mempersalahkan Datuk Husam Musa dilaporkan akhirnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tiada niat berdebat dengan rakan sejawatannya dalam PAS Datuk Husam Musa secara langsung di sebuah stesen televisyen, Selasa lalu.

Dalam satu kenyataan kepada akhbar rasmi PAS Harakah hari ini, menteri pertahanan juga melahirkan ducakita kerana exco kerajaan Kelantan itu mendakwa beliau menarik diri daripada menyertai rancangan tersebut. "Saya tidak pernah mengesahkan kepada TV9 apatah lagi dengan Datuk Husam untuk menyertai siaran langsung rancangan Hujah pada 26 Mei," katanya.

Zahid bagaimanapun mengakui TV9 pernah menjemput beliau untuk menyertainya. "Penolakan untuk tidak menyertai program tersebut adalah disebabkan oleh komitmen saya terhadap acara-acara lain yang telah diatur pada hari dan waktu yang sama terlebih dahulu dan ini telah saya nyatakan kepada mereka (TV9)," katanya.

Husam semalam dilaporkan menuduh Ahmad Zahid "tidak bertanggungjawab" apabila enggan hadir membahaskan isu rasuah.

Sementara itu beberapa blog pro-Umno yang didalangi oleh bekas ahli PKR secara membuta tuli menyalahkan Husam kerana enggan berdepat dengan Ezam Mohd Noor pada malam itu. Johor Daily percaya bloggers tersebut tidak akan menyiarkan penafian Zahid ini.

Johor Daily pernah bersama Ezam Mohd Noor membantunya lari dari tangkapan Polis dan rakan-rakan Johor Daily juga pernah membantu Ezam lari ke Singapura untuk selamatkan diri dari ISA. Tetapi Ezam bernasib malang ketika itu.


Mereka Jawab Tuduhan Radzi

Kangar - PKR akan menubuhkan cawangan keenam di Perlis - di Parlimen Kangar - ekoran kemasukan 160 ahli baru dari kalangan masyarakat bukan Melayu di situ semalam. PKR negeri Johari Shafie berkata, kebanyakan mereka dari DUN Sena, yang terletak dalam parlimen Kangar.

Mereka turut menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama dengan 470 ahli Umno di DUN Kuala Perlis yang menyertai PKR semalam.

umno memebers in perlis joins pkr anwar ibrahim  290509 02Majlis penyerahan borang itu berlangsung di rumah salah seorang ahli Umno yang menyertai PKR yang dikenali sebagai 'Pak Omar'.

Sebelum ini dilaporkan kira-kira 320 ahli Umno dari DUN Kuala Perlis akan menyertai PKR dan sekaligus menubuhkan cawangan pertama PKR di situ.

Borang keahlian 470 ahli Umno DUN Kuala Perlis menyertai PKR itu, diserahkan kepada Anwar oleh bekas ahli jawatankuasa Umno Kangar, Shaari Ludin.

Manakala borang keahlian 160 ahli baru dari Parlimen Kangar itu diserahkan kepada Anwar oleh ahli jawatankuasa PKR negeri, Ko Chu Liang bagi pihak masyarakat bukan Islam itu.

Seorang ahli PKR memberitahu Johor Daily," penyerahan borang itu menutup mulut Datuk Radzi dan mereka menutup mulut Radzi yang selalu celupar". Johor Daily juga menunggu respon dari blog Gerakan Anti PKR ( GAP ) tentang pekara ini.

Altantuya Masih Membelenggu Polis Dan BN

Johor Bahru - Badrul Hisham Shaharin, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR berkata seorang pegawai polis Seberang Perai Utara memintanya hadir di balai tersebut .

"Namun kira kira 2.30 petang (semalam) dimaklumkan sekumpulan anggota polis telah hadir di rumah saya di Bangi dan Seremban," katanya.

Tambahnya, kira-kira jam 7 malam pula dimaklumkan oleh adik ipar beliau bahawa polis berpakaian seragam datang untuk mengingatkan kepadanya agar tidak mengabaikan arah hadir.

Selasa lalu, dalam ceramahnya bagi berkempen untuk calon PKR Mansor Othman, Badrul Hisham mengulas isu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikaitkan dengan isu wanita Mongolia itu di media antarabangsa.

Awal bulan ini, beliau pernah disiasat polis setelah mengepalai sekumpulan pemuda untuk menyerahkan "kek hari jadi Altantuya" kepada Najib di depan pejabat perdana menteri di Putrajaya.

Lokman 'Hadiah Kuda Trojan' PKR ?

Johor Bahru - Nama Lokman Adam atau nama Sebenarnya Lokman Noor Adam sudah senonim bagi penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketika sehari selepas Anwar dipecat. beliaulah anak muda paling ghairah 'berkepit' dengan Anwar.

Malangnya sejurus keluar dari tahanan ISA dan Anwar bebas dari penjara, beliau dianatara orang kanan Anwar yang menyertai Umno. Teman rapatnya yang paling akrab iaitu Hasnizam, bekas Ketua AMK Kulai atau gemar dipanggil ned diantara orang paling kecewa keputusan Lokman itu. Pernah beberapa kali Johor Daily menghubungi Ned di kota London. Beliau berkata masih berhubung dengan Lokman melalui telefon.

Pada 26, 27 dan 28 mei lepas Lokman kembali sekali lagi ke Permatang Pauh lagi, tetapi kali ini untuk mencaci cerca Anwar pula. Cerita liwat adalah modal utama Lokman. Apakah motif Lokman ? Sudah tentu sebagai Exco Pemuda Umno beliau ingin membuktikan dirinya bukan 'Hadiah Kuda Trojan' Anwar.

Yang pastinya sebilang besar pengikut setia PKR tahu identiti Lokman ini. Ketua AMK Sarawak yang pernah berbual dengan Johor Daily semasa pilihanraya kecil Batang Ai berkata, dia kenal benar dengan Lokman dan mendakwa pernah tinggal lebih 30 hari dirumah Lokman. Beliau juga tidak sangka Lokman menyertai Umno semula setelah bertahun-tahun memaki hamun parti Umno.

Johor Daily diberitahu Lokman masih sering berjumpa dengan AMK dan ahli PKR. Helahnya untuk mencuri rahsia. Tidak mustahil Lokman akan mengikut jejak Ibrahim Ali.

Rais Pantau Blog Siar Isu Komunisme

KUALA LUMPUR - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, akan sentiasa berwaspada terhadap blog atau pihak yang cuba menonjolkan isu komunisme tanpa mengambil kira latar belakang sejarah negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata pihaknya boleh bertindak mengikut garis panduan undang-undang komunikasi dan multimedia atas alasan blog berkenaan cuba menggembar-gembur dan memperdaya masyarakat ke arah komunisme. "Kita bertindak di bawah undang-undang komunikasi dan multimedia tetapi kita suka untuk memberi amaran kepada mereka.

Proses itu sedang kita laksanakan sekarang," katanya selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia hari ini.

Aminah Berdolak - Dalik Lagi

BUKIT MERTAJAM -"Pagi ini saya telah menerima notis tuntutan meminta saya membuat permohonan maaf secara terbuka, menarik balik dakwaan yang dikatakan menjejaskan imej PKR.

"Saya tidak akan tarik balik dan saya telah menyerahkan notis tuntutan yang diterima hari ini kepada peguam untuk diteliti dan tindakan selanjutnya," kata Aminah Abdullah .


Aminah Abdullah berkata, beliau tidak menyerang peribadi sesiapa ketika mendedahkan bukti kepada pihak media dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung sogokan jawatan dan wang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Sebaliknya, tegas beliau, pendedahan itu dibuat ekoran pelbagai tuduhan yang dilemparkan ke atasnya ketika bersama PKR sebelum ini. Menurutnya, walaupun diugut dan didesak supaya menarik balik dakwaannya, beliau berpegang pada pendirian tidak akan berganjak mahupun berundur.


Beliau berkata, bukan sikapnya mahu menyerang peribadi sesiapa tetapi kerana menyahut cabaran Pengerusi Badan Perhubungan PKR negeri, Datuk Zahrain Mohamad Hashim berhubung dakwaan tawaran jawatan dan wang itu.


P/Raya DUN Penanti Perlaksanaan Manifesto PKR PRU-12 - Fariz

Johor Bahru - Astro Awani di saluran 501 telah sagmen SUDUT PANDANG jam 9.00 malam tadi menyajikan depat diantara Sdr. Fariz Musa ,Timbalan Ketua AMK Malaysia dan Sdr. Shuhaimi , EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang juga Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO Malaysia .

Perbincang dianatara dua tokoh muda ini kelihatan agak tegang sehingga diakhir perbahasan pengacara rancangan terpaksa secara 'cut off' perdepatan itu. Secara umumnya Fariz yang dianggap 'Singga AMK' mempertahan partinya yang dimanipulasi oleh Umno sebagai mempergunakan politik murahan untuk mentadbir Malaysia. Shuhaimi dengan tegas membidas Pakatan Rakyat terutama PKR dalam pergolakkan politik Malaysia kini.

Namun dalam perdepatan itu Johor Daily memuji sikap merendah diri Fariz yang meminta para pengundi dan dan ahli partinya memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan segala manifesto pilihanraya yang baru berusia setahun. Malah dalam masa yang sama beliau membidas Barisan Nasional yang sudah 51 tahun memmerintah masih meraba-raba menunaikan janji-janji pilihanraya mereka.

Johor Daily juga memuji Shuhaimi diatas kesungguhannya membawa dokumen persediaan untuk perdebatan itu walaupun tidak sempat mendedahkan isi kandungannya. Malah beberapa kali menunjukkan kepada penonton dan Fariz dokumen tersebut. Johor Daily kecewa kerana tidak baris pun dibacakan kepada umum isi kandungannya.

Johor Daily percaya kedua-dua panel menganggap dirinya juara debat tersebut. Shuhimi berjaya membawa dokumen untuk fakta debat walau tidak diumumkan dan Faris berjaya dalam fakta debatnya bahawa Piliharaya Kecil DUN Penanti adalah perlaksanaan manifesto PKR, iaitu pemimpin atau wakil rakyat yang disabitkan dengan kesalahan tidak dibenarkan memimpin .

Pertandingan MOM Makin Hangat

KANGAR - Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim Khamis menyatakan sokongan terbukanya kepada Datuk Seri Dr Ibrahim Saad untuk merebut kerusi Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Katanya, Ibrahim yang juga Naib Presiden MOM adalah tokoh yang berwibawa dan paling layak untuk menduduki kerusi nombor dua MOM yang kini disandang oleh Datuk Dr M.Jegathesan.

"Saya mengenali beliau sebagai seorang yang berpengalaman memimpin badan sukan dan beliau juga berpengalaman mendapat penajaan untuk sukan," kata Shahidan yang juga Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) .

Shahidan yang merupakan calon presiden MOM berkata, Ibrahim seorang yang boleh melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya dengan baik.

Shahidan juga yakin persatuan-persatuan yang menyokongnya untuk merebut kerusi nombor satu MOM itu akan turut memberi sokongan kepada Ibrahim untuk mencabar M.Jegathesan.

PPP Johor Nafi Dakwaan 13 Bahagian Bubar

JOHOR BAHRU - Parti Progresif Penduduk (PPP) Johor menafikan dakwaan oleh penyokong Senator Datuk T.Murugiah bahawa ketua 13 bahagian parti di negeri itu menyokong mereka dan akan meninggalkan parti sekiranya laporan Pendaftar Pertubuhan (ROS) nanti berpihak kepada Datuk M. Kayveas.

Johor Daily berpendapat, PPP mungkin akan berpecah pada dua puak pada persidangan tahunannya pada Jun ini.


Tiada Penganas Di Penanti - SPR

BUTTERWORTH - Kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti setakat ini berjalan lancar dan semua calon serta parti yang bertanding mematuhi peraturan pilihan raya, kata Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri, Mohd Faiz Syazwan Zainal Abidin.

Beliau berkata SPR hanya menerima laporan berhubung kesalahan menggantung poster dan bendera parti yang tidak bertanding pada pilihan raya itu. "Sejak tempoh berkempen bermula Ahad lepas, kita hanya dapat laporan mengenai kesalahan menggantung bendera dan poster," katanya lagi.

Beliau berkata SPR bertindak menurunkan 13 bendera DAP di kawasan Penanti kerana calon parti itu tidak bertanding pada pilihan raya itu. "Setakat ini tiada tindakan diambil. Cuma kita turunkan bendera parti itu dan serahkan bendera itu kepada parti terbabit," katanya.

Mohd Faiz berkata mana-mana parti tidak bertanding pada pilihan raya itu tidak dibenarkan memasang bendera dan poster parti mereka di kawasan itu.

Siapa Fitnah , Saya Saman - Kayeas

PULAU PINANG - Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk M. Kayveas sedang mempertimbangkan untuk memfailkan saman fitnah terhadap pihak-pihak yang membuat tuduhan yang tidak berasas terhadapnya.

Katanya beliau selama ini banyak berdiam diri dan tidak menghiraukan segala tuduhan tapi terpaksa berbuat demikian kerana fitnah semakin menjadi-jadi.

"Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak fitnah dan tuduhan yang tidak berasas telah dilemparkan kepada saya dan saya tiada jalan lain kecuali bertindak mengikut undang-undang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen PPP Pulau Pinang di sini Rabu.

Katanya beliau juga dimaklum hari ini terdapat seorang peguam yang membuat tuduhan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa PPP telah menerima sejumlah wang daripada Barisan Nasional untuk tabung parti.

"Saya bersedia menyerahkan sebarang dokumen berkaitan akaun parti bagi membukti tiada penyelewangan berlaku sepanjang menjadi presiden sejak 1993," katanya.

Mengenai kedudukan PPP daripada sudut ROS, Kayveas berkata beliau sudah menyerahkan dokumen yang dikehendaki dan beberapa dokumen lagi akan menyusul.

"Ada beberapa dokumen yang sudah diserah, perlu saya tandatangani. Itu akan saya selesaikan secepat mungkin," katanya.

Thursday, May 28, 2009

ADUN Bekas Tahanan ISA Enggan Jawatan Exco

KLANG - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan, Rabu berkata beliau tidak berminat untuk melobi sebarang jawatan dalam barisan ExCo kerajaan Selangor.

Katanya beliau ingin menumpukan perhatian untuk memberikan khidmat terbaik kepada penduduk di kawasannya. "Saya nasihatkan pihak tertentu berhenti membuat tuntutan kepada Menteri Besar Selangor supaya melantik saya sebagai ahli exco," katanya lagi.

"Ahli exco Dr Xavier Jayakumar sudah melaksanakan tugas dengan baik dan saya akan membantunya dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat India," kata Manoharan yang dibebaskan dari Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 9 Mei lalu.

Dr Xavier, yang juga ADUN Sri Andalas dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), merupakan satu-satunya ahli exco keturunan India dalam barisan pentadbiran kerajaan negeri.

Dalam perkembangan lain, Manoharan dari DAP, merayu kepada kerajaan negeri Selangor supaya mencontohi langkah kerajaan Pulau Pinang dan memperuntukan dua jawatan timbalan menteri besar kepada calon bukan Melayu.

BSKL Merundum Disebabkan Defisit Tinggi

KUALA LUMPUR - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup teramat rendah Khamis dengan kerugian dicatatkan kebanyakannya oleh saham-saham berwajaran tinggi memandangkan pasaran terus terjejas oleh tinjauan ekonomi yang lembap, kata seorang peniaga.

Pada penutup, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) susut 6.44 mata kepada 1,041.24, selepas dibuka rendah 4.57 mata pada 1,043.11. KLCI mencecah paras rendah seharian 1,037.09, turun 10.59 mata.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata bahawa ekonomi negara akan menguncup di antara -4.0 dan -5.0 peratus tahun ini.

Indeks Perladangan berkurangan 68.0 mata kepada 5,332.09, Indeks Perindustrian naik 6.69 mata kepada 2,287.46, Indeks Kewangan susut 68.98 mata kepada 8,093.66 dan Indeks FBMEmas merosot 58.45 mata kepada 6,953.87.

Indeks FBM30 lebih rendah 44.92 mata kepada 6,648.37, Indeks FBMMesdaq turun 20.34 mata kepada 4,051.71 dan Indeks FBM2BRD merosot 22.45 mata kepada 4,547.26.

Saham-saham rugi mengatasi saham untung dengan 473 berbalas 168 kaunter sementara 192 kaunter tidak berubah, 405 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung.

Jumlah dagangan menguncup kepada 1.076 bilion saham bernilai RM1.029 bilion daripada 1.443 bilion saham bernilai RM1.421 bilion sebelumnya.

Kumpulan Kecewa PKR Hentam Khalid

Shah Alam - Seorang bekas aktivis reformasi turut membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana meminta kerajaan persekutuan dan polis mengkaji semula undang-undang berkaitan perhimpunan awam di negara ini.

Beliau adalah bekas exco Pemuda PKR, Azwanddin Hamzah yang pernah menyertai siri demontrasi termasuk 'Black 14' dan demonstrasi 100,000 rakyat di Lebuh Raya Kesas pada tahun 2001. 'Black 14' adalah sambutan bantahan tahunan terhadap tindakan memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan rasuah.

"Kita perlu mengajar rakyat mendapatkan permit (untuk berhimpun) terutama sekali di Selangor.

ezam pc 290508 01Azwanddin yang juga pengerusi sebuah NGO tempatan, mengikut jejak langkah mantan bosnya, Ezam Mohd Nor menyertai Umno tahun lalu.

Beliau bagaimanapun menolak tanggapan bahawa penyertaannya dalam Umno menyebabkan beliau tidak bersetuju perhimpunan atau demontrasi diadakan.

Sebaliknya, kata Azwanddin, perhimpunan yang hendak diadakan perlu menetapkan objektifnya yang tersendiri.

Rombongan Ke Padang Besar ?

Sungai Lembu - Kini tersebar luas di Pilihanraya Kecil DUN Penanti mengenai dakwaan Umno Bahagian Permatang Pauh telah menawarkan rombongan ke Padang Besar sehari sebelum hari mengundi iaitu 31hb Mei 2009.

Sumber yang nama tidak mahu dinyatakan namanya berkata pakej itu hanya ditawarkan kepada ahli Umno dan Pengundi Permatang Pauh terutama dikawasan DUN Penanti. Menurut beliau lagi tujuan habuan itu diberikan untuk pengundi Umno DUN tersebut dari datang dihari pengundian tersebut.

Seorang petugas PKR dari Pahang memberitahu Johor Daily, beliau juga ada mendengar sumber tentang pekara tersebut tetapi enggan mengesahkannya.

Johor Daily difahamkan, beberapa petugas PKR telah ditugaskan memantau akan kebenaran pekara tersebut. Sebelum ini banyak sepanduk berunsur fitnah terhadap PKR yang didakwa dilakukan oleh Umno. Sumber tersebut berkata, sepanduk tersebut pernah mereka temui semasa di Pilihanraya Kecil Bukit Gantang dan Bukait Selambau. Petugas PKR itu berkata, ia mungkin dipasang oleh kumpulan yang sama.

AMK PKR Selangor Bidas Isu PKM

Shah Alam - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor membidas pihak-pihak tertentu yang didakwanya mempolitikkan isu mengenai kembalinya ancaman Parti Komunis Malaya (PKM) berhubung saranan supaya bekas pemimpin PKM, Chin Peng dibenarkankan pulang ke Malaysia.

Ketuanya, Khairul Anuar Bin Ahmad Zainuddin mendakwa, ia hanyalah mainan politik pihak-pihak tertentu untuk mengembalikan sokongan rakyat setelah isu-isu mengenai ketuanan Melayu, DEB, sensitiviti umat Islam, liberalisasi perdagangan dan konsep Satu Malaysia, gagal mengembalikan sokongan rakyat.

Berikutan itu, katanya, AMK Selangor berharap isu membawa pulang bekas ketua PKM itu tidak menjadi satu lagi isu sensasi politik pihak-pihak tertentu yang semakin hilang sokongan rakyat. "Amat jelas isu ini sudah lama selesai dan tidak perlu ditimbulkan semula lagi.

"Kini rakyat Malaysia lebih bijak dan pintar dalam menganalisis sesuatu isu melalui perkembangan semasa revolusi maklumat global," katanya dalam satu kanyataan hari ini.

Meninggal Dunia Selepas 8 Tahun Mmenunggu

Johor Bahru - Al-Fatihah buat Sauda Abdul merupakan ibu kepada tahanan ISA Mat Sah Mohamed Satry sejak 2001. Ibu berusia 71 tahun itu meninggal dunia akibat sakit tua di rumanya di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Allahyarhamah bertemu Mat Sah adalah pada Ahad lepas setelah beliau dibenarkan pulang buat seketika untuk bertemu ibunya yang sakit tenat. "Pertemuan antara ibu dan anaknya itu berlangsung dalam suasana yang gembira dan beliau tidak mengetahui apa perbualan mereka tetapi beliau sempat mendengar isterinya bertanya bilakah agaknya anaknya itu akan kembali ke pangkuan keluarga seperti dulu,” kata beliau.

Mat Sah tiba jam 3.00 petang dengan di iringi kawalan ketat lapan anggota polis yang berpakaian preman. Beliau ditahan tanpa bicara di bawah ISA kerana dituduh terlibat dalam kegiatan kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah.

Penantian seorang ibu selama lapan tahun yang ingin melihat anak yang amat di kasihinya bebas dari pada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri , tidak kesampaian apabila beliau menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi.

DUN Manik Urai : Penamaan Calon 6 Julai, Pengundian 14 Julai

PUTRAJAYA - Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Manik Urai ialah pada 6 Julai manakala pengundian ialah 14 Julai, demikian diumum oleh Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR menetapkan daftar pemilih yang akan digunakan ialah Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama tahun ini yang telah dikemaskini sehingga 22 Mei lepas, mengandungi 12,293 pemilih termasuk 25 pengundi pos.

Bercakap pada sidang akhbar di pejabat SPR di sini, beliau berkata SPR menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi itu daripada Speaker Dewan Negeri Kelantan pada 24 Mei lepas, dua hari selepas penyandangnya, Ismail Yaacob, daripada Pas meninggal kerana sakit jantung.

Abdul Aziz berkata penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi akan dijalankan di Dewan Petra Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai manakala sembilan sekolah akan dijadikan pusat mengundi dengan seramai 350 petugas terlibat dalam pengendalian pilihan raya kecil itu.

Blog Gerakan Anti PKR Teruskan Usaha

Johor Bahru - Blog bekas ahli Parti keadilan Rakyat terus menerus memperkecilkan pakatan rakyat terutama PKR. Ia dipercaya dibawah selian bekas ketua pemuda parti itu tidak berhenti setelah menghentam Datuk Husam Musa semalam.

Hari ini blog tersebut membuat lawak untuk Azmin Ali pula bagi memburukkan PKR. Seorang ahli wanita PKR Johor, berkata, " Inilah akibat rebut sini tak dapat, rebut sana keciciran".

Beliau berkata lagi, " Tindakan sedemikian hanya menunjukkan kebodohan dan sifat hodoh yang membawa bencana kepada Umno itu sendiri". Malah wanita yang sering memanaskan pentas ceramah Pakatan Rakyat itu mendakwa golongan itulah yang menyebabkan PRU-10 dan 11 punca kekalahan PKR dan PKN. Tindakan bodoh memberi kesan mendalam kepada pengundi. "

SPR Umum Pilihanraya Hari Ini - Manek Urai

Kuala Lumpur - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermesyuarat pagi ini menentukan tarikh pilihan kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan. SPR akan mengumumkan tarikh menjelang tengah hari ini. Kerusi berkenaan kosong berikutan kematian Ismail Yaacob Jumaat lalu.

Allahyarham Ismail Yaacob, 60, daripada PAS memenangi kerusi Manek Urai sejak pilihan raya umum 1985 kecuali pada 2004. Pada pilihan raya umum ke-12, Ismail yang juga Timblan Yang Dipertua PAS Kuala Krai menewaskan Mohamed Zulkifli dari BN dengan majoriti 1,352 undi. DUN Manek Urai terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Krai yang turut terdiri daripada DUN Dabong, Guchil serta Mengkebang.


Johor Daily diberitahu, jentera PAS dan Umno khususnya telah mengerakkan jentera mereka sejak minggu leas lagi.


Ketua AMK Johor Bidas Umno Lagi

Bukit Mertajam - Zabidie Abas, Ketua Angkatan Muda Keadilan Parti Keadilan Rakyat sekali lagi membidas penyokong Umno kerana bersetongkol dengan calon bebas bagi memburuk-burukkan dengan memainkan sentimen perkauman.

" Bila masa orang melayu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang ?" katanya dengan nada tegas. Beliau berkata lagi, sejak dahulu lagi selain DAP parti berasaskan kaum cina memerintah Pulau Pinang.

Zabidie menganggap mereka yang mengeluarkan kain rentang tersebut sebagai berkempen membuta tuli tanpa menilai fakta sebenar.

Sementara itu Zabidie ketika ditanya tentang komennya dakwaan Lokman Noor Adam , bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional Johor bahawa kekuatan Umno bertambah disebabkan ahli PKR yang menyertai Umno. Zabidie berkata," Umno semakin lemah, undi mereka turun mendadak disebabkan kemasukkan ahli PKR yang tidak bermutu."

" Lagi ramai ahli PKR lompat ke Umno lagi teruk Umno kalah kerana menyimpan orang yang bermuka-muka." Katanya lagi. Dakwanya kepada Johor Daily lagi, " PKR kini kian kuat kerana pemimpin Umno semakin sedar dan berguyun-duyun menyertai PKR dan Pakatan Rakyat, lihat sahaja semalam di Perlis ratusan menyertai PKR. "

Penanti Kian Hangat !!


Bukit Mertajam - Kempen di Pilihanraya DUN Penanti semakin hangat dengan pelbagai bahan kempen. Selain Aminah Abdullah yang kerap dipaparkan di surat khabar, berita dan komen para blogger, sepanduk dan bahan risalah juga membangkitkan sentimen permusuhan.

Parti Keadilan Rakyat mendakwa kempen calon bebas banyak yang dibantu oleh Umno. Namun Umno menafikan pekara tersebut. Malah ada pemimpin Umno yang mencabar PKR membuktikan tomahan PKR itu.

ADUN Bebas Dapat RM 3,000,000.00 ?

IPOH - Dr. Lee Boon Chye mendakwa setiap seorang ADUN Bebas telah menerima habuan sebanyak RM3,000,000.00 daripada Perdana Menteri Najib Razak kerana keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan menyokong Barisan Nasional.

Ahli Parlimen Gopeng berkata ketika mendedahkan perkara tersebut semasa berucap di Bukit Mertajam semalam berkata bekas exco itu telah menceritakan mengenai bayaran yang diterima beliau kepada seorang kawan yang dipercayai. Malah Dr Lee berkata bekas exco tersebut juga merungut mengenai cara pembayaran kepada dibuat kerana Najib hanya membayar beliau secara ansuran dwi bulanan sebanyak RM100,000.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata rasuah sebanyak RM3,000,000.00 tersebut diberi atas pesefahaman tuduhan rasuah terhadap bekas ecxo itu akan digugurkan sekiranya menyokong UMNO dan BN. "Kita akan tunggu dan lihat sama ada dakwaan ini benar atau tidak. Kita akan ketahui daripada apa yang bakal berlaku apabila mereka ke mahkamah sekali lagi (sama ada tuduhan digugurkan)," kata beliau pada satu majlis makan malam semalam.


Nizar - Zambery Terus Bertikam Lidah

IPOH - Kempen mogok lapar anjuran pakatan pembangkang di Perak yang masuk hari kedua . Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa, krisis politik di negeri ini akan berterusan jika Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibubarkan.

''Saya tidak yakin satu sidang khas DUN Perak akan diadakan. Saya tidak beri jaminan perjalanan DUN itu akan berjalan lancar malah saya rasa perkara lebih teruk akan berlaku,'' katanya ketika ditemui pemberita selepas menanam 'pokok demokrasi' itu.


Dalam pada itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir ketika diminta mengulas mengenai perkara berkenaan berkata, kenyataan Nizar itu agak memeranjatkan kerana selama ini imej pemimpin Pas itu dilihat amat bertamadun.


''Watak Nizar yang dipaparkan kepada seluruh dunia adalah cukup bertamadun. Cakapnya selalu berisi dengan ayat-ayat al-Quran, mempunyai akhlak dan moral yang baik.


''Jadi biarlah rakyat menilai sendiri perangai beliau yang sanggup cakap begitu kalau ada sidang DUN. Tak apalah... biarlah dia dengan cerita-ceritanya... saya tak mahu cakap banyak tentang dia,'' katanya.


Utusan Malaysia Sindir Pakatan Rakyat

Barcelona 2 - Man U 0

Johor Bahru - Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson enggan memberikan sebarang alasan selepas pasukannya kalah kepada Barcelona sebaliknya berkata kelab Sepanyol itu selayaknya menjadi pemenang pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Rome awal pagi tadi.

Gergasi Sepanyol, Barca cemerlang dengan kemenangan 2-0 ke atas United yang pada awalnya bermula baik namun bergelut mencari prestasi terbaik di sepanjang perlawanan.


``Saya rasa gol pertama telah membunuh kami, kami bermula cemerlang, namun kami agak gementar selepas itu.``Kami mempunyai banyak masa, kami mempunyai peluang gol terbaik di babak kedua namun ia adalah adil kerana kami kalah kepada pasukan yang lebih baik.


``Selepas jaringan pertama ia amat menyukarkan kami.``Mereka bertahan agak baik, kami jangkakan kami mampu menembusi pertahanan mereka, namun kami kecewa,’’ katanya lagi.


Pertahanan United cemerlang musim ini namun goyah sejak awal perlawanan dan kerap terdedah yang menjadi punca dua gol dibolosi.``Memang malang melepaskan jaringan sedemikian apatah lagi pada peringkat seperti ini, sedangkan pertahanan kami cemerlang musim ini.


``Namun kami menentang pasukan yang bagus dan kami patut memberikan mereka pujian. Xavi dan Iniesta menyekat kami di sepanjang perlawanan. Mereka membuatkan kami sukar,’’ kata Ferguson.



Palanivel Pilihan Samy Vellu Lagi

KUALA LUMPUR - Datuk Seri S. Samy Vellu memilih Datuk G. Palanivel untuk mempertahankan jawatannya sekali lagi .

Katanya Samy Vellu telah memberi restu kepada bekas timbalan menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu semasa mengadakan mesyuarat dengan beberapa pemimpin MIC negeri minggu lepas.

Menurutnya, Samy Vellu juga telah memaklumkan keputusan itu kepada naib presiden Datuk S. Sothinathan dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam, yang juga setiausaha agung parti itu.

Sebelum ini, Sothinathan dikatakan menerima sokongan Samy Vellu untuk jawatan nombor dua dalam parti berikutan hubungan "bergolak" antara presiden dengan Palanivel, 58, tahun lepas.

Bagaimanapun, difahamkan bahawa keputusan Samy Vellu memihak Palanivel adalah dengan mengambil kira faktor usia dan pengalaman bekas wartawan betukar ahli politik itu menerajui parti tersebut.


Zaharin Bidas Aminah

PULAU PINANG - Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim Rabu menyifatkan segala tuduhan dan dakwaan Aminah Abdullah mengenai parti itu dan dirinya sebagai pembohongan semata-mata.

"Dia sepatutnya tumpu kepada pilihan raya kecil ini dan ceritalah apa yang hendak dilakukannya untuk penduduk Penanti, bukan buat cerita yang bukan-bukan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Beliau yakin tindakan Aminah mereka cerita kononnya berlaku satu peristiwa di sebuah hotel di Jawi, Nibong Tebal dua tahun lalu ada kaitan dengan perasaan tidak puas hati kerana beliau menggantikan Aminah dengan orang lain sebagai Ketua Wanita PKR negeri.

Sehubungan itu, katanya beliau tidak akan membuang masa dengan melayani dakwaan serta tohmahan Aminah itu dan beliau juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika perkara ini berlarutan dan Aminah terus memburuk-burukkan namanya.

Sementara itu Johor Daily menghubungi seorang petugas PKR di Penanti, beliau mendakwa bukan sahaja Ahli Jawatankuasa PKR sahaja bosan dengan Aminah tetapi pengundi di Pulau Pinang kenal siapa Aminah sebenarnya yang kerap menimbulkan masalah kepada PKR. Johor Daily cuba menghubungi Aminah, tetapi tidak dapat dihubungi.


Wednesday, May 27, 2009

Aminah Ada Bukti Lagi

Bukit Mertajam - Aminah Abdullah mendakwa telah menerima ugutan melalui telefon . Beliau malah terus menyerang PKR dengan mendakwa pemimpin kanan parti ada isu di sebuah hotel.

Calon bebas itu menambah , beliau akan membongkar satu peristiwa yang dikaitkan dengan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim dalam masa terdekat.

"Saya nak ingatkan Zahrain supaya jangan mencabar saya. Saya nak tanya sama ada dia masih ingatkah lagi dengan peristiwa di sebuah hotel di Jawi pada 2007?" katanya, dikenali juga sebagai Kak Min.

"Kak Min minta dia jawab dalam tempoh 24 jam dan jika tidak, Kak Min akan dedahkan kepada umum. Maruah dibayar dengan maruah," katanya lagi .

Aminah berkata beliau telah memaklumkan kes Zahrain kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail."Tapi tiada tindakan diambil. Saya ada faktanya," Aminah berkata.

Beliau diminta mengulas kenyataan Zahrain semalam bahawa PKR sedang menimbang tindakan undang-undang jika bekas pemimpinnya itu terus membuat pelbagai dakwaan terhadap parti itu. Aminah menambah, beliau tidak akan menarik balik kenyataannya atau memohon maaf kerana beliau berada di pihak yang benar.

Johor Daily difahamkan oleh seorang AMK dari Pulalu Pinang, selisih faham diantara Aminah dan Zaharin bukan pekara baru. Katanya inilah peluang terbaik Aminah membongkar apa yang tersembunyi selama ini.

Luar RM100 Juta, Dalam Boleh Kurang Sikit

Johor Bahru - Datuk Anifah Aman menerima saman yang sama jumlah dengan Tun Mahathir iaitu RM100 juta. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Menteri Luar Datuk Anifah Aman bagi menuntut gantirugi RM100 juta berhubung kenyataan menteri itu dalam satu sidang akhbar di Washington baru-baru ini.

Writ saman itu difailkan oleh peguamnya, N Sankara Nair di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada jam 2.00 petang ini. Anifah - selaku ahli Parlimen Kimanis - dinamakan sebagai defendan pertama, menteri luar sebagai defendan kedua, dan kerajaan Malaysia sebagai defendan ketiga.

Ketua pembangkang itu juga menuntut gantirugi RM100 juta, gantirugi teruk, gantirugi teladan dan injunksi untuk menghalang Anifah melafaz, bercakap atau menulis atau menerbitkan perkataan fitnah itu.

Johor Daily difahamkan oleh seorang rakan, biasanya jika seseorang ahli politik menfitnah Anwar di dalam negara beliau hanya saman malu atau jumlah yang kecil. Jika diluar negara atau majlis bersama tokoh dunia, nilai saman Anwar RM100 juta.

Beliau berkata lagi, " Peguam agak lumayan jika mahu ambil kes Datuk Aman ni...' Kalah kena bayar, menang kena bayar". Jika benar ada perjumpaan semua perbincang terbongkar termasuk surat yang Datuk Aman sian". Katanya sambil tersenyum.

Zaid Sertai PKR ?

SHAH ALAM – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata, kehadiran Datuk Zaid Ibrahim menyertai PKR sebagai ahli yang aktif amat dinantikan bagi memperkuat dan memantapkan jentera parti sekaligus menghadapi gelombang politik lebih besar. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim digesa agar membuat keputusan segera bagi menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) secepat mungkin menjelang pilihan raya umum ke-13 .

“Kita amat mengalu-alukan penyertaannya kerana beliau dilihat mempunyai misi yang selari dengan pendirian PKR di mana tindakannya yang berani keluar dari UMNO sekaligus meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dipecat daripada UMNO Disember lalu berikutan tindakannya melanggar tata etika sebagai ahli parti itu selepas meletakkan jawatan dalam Kabinet kerana menentang keras pelaksanaan ISA.

Setelah dipecat keahliannya, Zaid kelihatan aktif menyertai program ceramah dan kempen PKR termasuk hadir sama memberi sokongan kepada parti tersebut dalam kempen Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Johor Daily dimaklumkan bahawa Zaid akan membuat pengumuman sebelum hari mengundi di DUN Penanti nanti. Namun ia belum dapat disahkan lagi.

Ketua AMK Johor Selar UMNO

Penanti - Berikut adalah kenyataan En. Zabidie Abas, Ketua Angkatan Muda PKR Johor mengenai bekas penganas kominis .


Kami di JDM4 DUN Penanti bertali arus mengerakkan usaha agar kita terus menang. Namun saya ingin berbicara tentang Parti Kominis Malaya yang sedang hangat diputar-belitkan oleh media BN-Umno.


Media Pro 1Malaysia kini lantang berbicara mengenai bekas penganut Parti Kominis Malaya (PKM). Saya akui mereka dahulunya manusia yang kejam. Pembunuhan ala-Israel amat terbuku disetiap para pejuang kita.


Boleh dikatakan mereka setaraf manusia dizaman jahilliyah, perlakuan seperti haiwan tanpa belas ikhsan. Pada zaman tersebut, bukan setakat musuh. Anak sendiri pun dibunuh. Pada saya PKM tidak sekejam itu untuk membunuh anak sendiri. Lantas apabila Islam bersinar dibumi Arab, mereka adalah insan terbaik dan dijanjikan surga oleh Allah dan Rasullullah.


Adakah patut pemimpin Islam seperti Datuk Rais Yatim , Datuk Aziz Sapian (ADUN Nusajaya) dan politikus BN-Umno lupa sejarah kegemilangan Islam. Tugas pemimpin memberi dan berganding bersama masyarakat, menyematkan dendam adalah pemimpin durjana. Ya, mereka adalah pembunuh dahulunya tetapi kejadian lampau adalah takdir Ilahi. Adakah manusia seperti Aziz Sapian ( DUN Nusajaya ) yang kerap menghadiri program Maulidul Rasul lupa fakta kegemilangan Islam.


Saya menyeru keseluruhannya, zaman telah berubah. Faktor penjajahan dan tekanan hidup menyebabkan bapa-bapa kita dahulu ada yang tersalah memilih pegangan hidup. Apa perlunya meniup sentimen permusuhan demi kerjaya politik. Jika tidak mahu memaafkan usah ego keterlaluan. Banglow dan kereta mewah milik Aziz Sapian itu juga hasil dari menghisap darah bangsa sendiri.


http://amkj.blogspot.com



Kenyataan Husam Tidak Menyertai Hujah Di TV9

Kuala Lumpur - Setelah tiba di Sri Pentas Bandar Utama, untuk menyertai program Hujjah secara langsung di TV9 jam 9.35 malam ini sebagai ahli Panel bersama Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, saya dimaklumkan oleh penerbit rancangan, YB Menteri berkenaan tidak dapat hadir kerana keuzuran.

Oleh yang demikian saya dengan rasa dukacita, menarik diri dari menyertai program ini dan menasihati penerbit rancangan supaya ianya ditunda kepada satu tarikh lain di masa hadapan yang sesuai dengan jadual YB Menteri. Ini kerana pengganti yang dijemput mengambil alih tempat YB Menteri, tidak memegang jawatan di dalam Kerajaan dan juga partinya yang memberi beliau keupayaan untuk bercakap bagi pihak Kerajaan atau partinya apalagi keupayaan untuk membawa perubahan kepada pentadbiran Kerajaan serta partinya.


Saya mencadangkan kepada penerbit rancangan supaya menjemput Pengerusi GERAK bagi menggantikan tempat saya. Ini amat sesuai memandangkan ahli panel yang menggantikan tempat YB. Menteri adalah bekas Pengerusi GERAK.


Johor Daily melayari blog Anti PKR bagi mengetahui apa dakwaan Ezam, bloggernya dengan sikapnya berkata,"ezam mohd nor kini menjadi pejuang, panglima perang umno ! kerana apa gap ? kerana sebagai seorang ahli biasa umno, ezam telah menggentarkan jiwa husam, kepala erdogan yang bakal bertanding kerusi timbalan presiden pas !