Friday, May 29, 2009

Lokman 'Hadiah Kuda Trojan' PKR ?

Johor Bahru - Nama Lokman Adam atau nama Sebenarnya Lokman Noor Adam sudah senonim bagi penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketika sehari selepas Anwar dipecat. beliaulah anak muda paling ghairah 'berkepit' dengan Anwar.

Malangnya sejurus keluar dari tahanan ISA dan Anwar bebas dari penjara, beliau dianatara orang kanan Anwar yang menyertai Umno. Teman rapatnya yang paling akrab iaitu Hasnizam, bekas Ketua AMK Kulai atau gemar dipanggil ned diantara orang paling kecewa keputusan Lokman itu. Pernah beberapa kali Johor Daily menghubungi Ned di kota London. Beliau berkata masih berhubung dengan Lokman melalui telefon.

Pada 26, 27 dan 28 mei lepas Lokman kembali sekali lagi ke Permatang Pauh lagi, tetapi kali ini untuk mencaci cerca Anwar pula. Cerita liwat adalah modal utama Lokman. Apakah motif Lokman ? Sudah tentu sebagai Exco Pemuda Umno beliau ingin membuktikan dirinya bukan 'Hadiah Kuda Trojan' Anwar.

Yang pastinya sebilang besar pengikut setia PKR tahu identiti Lokman ini. Ketua AMK Sarawak yang pernah berbual dengan Johor Daily semasa pilihanraya kecil Batang Ai berkata, dia kenal benar dengan Lokman dan mendakwa pernah tinggal lebih 30 hari dirumah Lokman. Beliau juga tidak sangka Lokman menyertai Umno semula setelah bertahun-tahun memaki hamun parti Umno.

Johor Daily diberitahu Lokman masih sering berjumpa dengan AMK dan ahli PKR. Helahnya untuk mencuri rahsia. Tidak mustahil Lokman akan mengikut jejak Ibrahim Ali.

No comments:

Post a Comment