Tuesday, May 19, 2009

Chua Mulakan Langkah Ke Pakatan Rakyat

Johor Bahru - Ura-ura Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akan mengadakan perbincangan dengan naib presiden PAS, Datuk Husam Musa mengenai krisis politik di Perak membuatkan Presiden MCA mula naik angin.

chua soi lek mca pc 171108 05Dalam ulasan ringkas Datuk Seri Ong Tee Kiat beliau berkata, "Kita bukan nak terikut-ikut dengan mainan politik mereka. Apa yang penting bagi kita sebagai parti pemerintah ialah kita mesti ada pendirian sendiri, dalam menentukan apa yang baik dan apa yang munasabah untuk rakyat".

"Kita ada agenda perjuangan sendiri, di mana kita utamakan prestasi dan masa depan negara," katanya lagi.

Johor Daily difahamkan pertikaman lidah dimedia tidak dilayan oleh Chua, beliau lebih berminat berkerja dan bertindak sahaja.


No comments:

Post a Comment