Thursday, May 21, 2009

Selangor Siasat Masalah Setinggan Bukit Botak

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat sebarang penyelewengan atau penipuan dalam pemberian tanah kepada bekas penduduk setinggan Bukit Botak di Selayang.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Iskandar Abdul Samad berkata penubuhan jawatankuasa itu bertujuan memastikan pihak yang menerima tanah itu adalah mereka yang benar-benar layak.

"Jawatankuasa ini akan dianggotai oleh wakil dari Pejabat Tanah Gombak, wakil dari Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, para peguam serta wakil-wakil dalam masyarakat," katanya pada persidangan akhbar selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini Rabu.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan mengumumkan nama-nama mereka yang mendapat tanah, dan juga yang mendakwa diketepikan hak mendapatkannya secara tidak adil, di samping mendengar maklum balas dari semua pihak dalam siasatannya itu, sebelum menyediakan laporan yang lengkap selewat-lewatnya pada 20 Ogos ini.

Projek penempatan semula setinggan Bukit Botak, Selayang melibatkan 1,400 pemilik tanah, merangkumi kawasan seluas 55.2 hektar.

Delpuri Corporation Sdn Bhd (DCSB) yang dilantik sebagai kontraktor untuk membina rumah untuk penempatan semula setinggan berkenaan gagal menyiapkan projek itu dan kerajaan negeri terdahulu meminta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengambil alih projek terbengkalai daripada DCSB.

Johor Daily difahamkan DCSB mempunyai talian rapat ( kroni ) Datuk Seri Khir Toyo. Dikatakan semua ahli BN Selangor mengetahui pekara itu.

No comments:

Post a Comment