Thursday, May 21, 2009

TAR - DAP Salah SUPP Betul

KUCHING - Kempen pihak pembangkang dengan mendakwa kononnya berlaku rasuah ke atas pelaksanaan cadangan projek membina Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR) di Bintangor merupakan sebab kenapa pendokong projek itu Tan Sri Ting Pek Khiing enggan meneruskannya, kata Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan.


"Malangnya, saya diberitahu oleh Ting semasa dan selepas pilihan raya umum tahun lepas, terdapat kempen memburukkan dirinya yang dikatakan tidak jujur dan mengunakan cadangan pembinaan Kolej TAR untuk mendapat sokongan umum," kata Dr Chan yang juga Menteri Pemodenan Pertanian Negeri, semasa menggulung ucapannya di persidangan Dewan Undangan Negeri di sini Rabu.

Bagi memburukkan keadaan, beliau berkata calon DAP yang tewas dalam pilihan raya, Dr Wong Hua She, pada April tahun lalu memfail petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi Sibu, dengan mendakwa Ting telah menggunakan cadangan pembinaan kolej tersebut sebagai "rasuah" semasa pilihan raya.

"Ting juga telah mengulangi, sekiranya kerajaan BN meluluskan untuk membina kolej teknikal di Bintangor satu hari nanti, beliau akan menyumbang tanah untuk tujuan pendidikan," kata Dr Chan.

Johor Daily difahamkan setiap projek BN yang gagal semuanya salah rakyat dan pembangkang. Dan BN bersungguh-sungguh mengatakan mereka tidak pernah melakukan rasuah tetapi kehidupan pemimpin Bn saban hari semakin kaya.

No comments:

Post a Comment