Saturday, May 30, 2009

Good Bye Gerakan & BN - Huan Cheng Guan

BUTTERWORTH - Selepas 19 tahun menjadi ahli dan berjuang dalam parti Gerakan, Naib Presidennya, Huan Cheng Guan mengambil keputusan untuk keluar parti .

Katanya, dalam tempoh tiga minggu akan datang, beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatannya dan keluar parti secara rasmi kepada Presiden Gerakan.


Sebab utama beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada parti itu adalah kerana tidak sehaluan dan sependapat dengan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan dan menyedari Gerakan telah hilang hubungan dan sentuhan dengan peringkat akar umbi.


"Saya berasakan pucuk pimpinan parti tidak lagi mengekalkan hubungan mereka dengan peringkat akar umbi. Jadi apabila membuat keputusan, mereka tidak berpandukan atau mengikut perlembagaan parti.


"Sebaliknya, mereka menggunakan undang-undang hutan rimba dalam menerajui parti. Sikap tidak mempedulikan pandangan akar umbi ditolak ke tepi," katanya lagi


Bagaimanapun, katanya, beliau berasakan banyak bahagian dan cawangan Gerakan di Pulau Pinang termasuk di negeri-negeri lain yang akan mengikut jejak langkahnya.


No comments:

Post a Comment