Friday, May 29, 2009

Aminah Berdolak - Dalik Lagi

BUKIT MERTAJAM -"Pagi ini saya telah menerima notis tuntutan meminta saya membuat permohonan maaf secara terbuka, menarik balik dakwaan yang dikatakan menjejaskan imej PKR.

"Saya tidak akan tarik balik dan saya telah menyerahkan notis tuntutan yang diterima hari ini kepada peguam untuk diteliti dan tindakan selanjutnya," kata Aminah Abdullah .


Aminah Abdullah berkata, beliau tidak menyerang peribadi sesiapa ketika mendedahkan bukti kepada pihak media dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung sogokan jawatan dan wang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Sebaliknya, tegas beliau, pendedahan itu dibuat ekoran pelbagai tuduhan yang dilemparkan ke atasnya ketika bersama PKR sebelum ini. Menurutnya, walaupun diugut dan didesak supaya menarik balik dakwaannya, beliau berpegang pada pendirian tidak akan berganjak mahupun berundur.


Beliau berkata, bukan sikapnya mahu menyerang peribadi sesiapa tetapi kerana menyahut cabaran Pengerusi Badan Perhubungan PKR negeri, Datuk Zahrain Mohamad Hashim berhubung dakwaan tawaran jawatan dan wang itu.


4 comments:

  1. apa yg di katakan berdolak dalik?

    ReplyDelete
  2. pi dengar di www.pisau.net la bukti rakaman ada sana, hangin dah aku dengan pkr,nyesal sokong

    ReplyDelete
  3. apa berdalik dalih pulak? kau jangan nak berdolak dalih pulak. macam al jub berdolak dalih tak nak bersumpah, ha , yang tu betul berdolak dalih

    ReplyDelete
  4. berdirilah untuk kebenaran, janganlah isu sembang-sembang sesama rakan dijadikan bahan bukti untuk pekena orang lain. jangan ingat waktu ini SPRM, Polis dan segala-galanya memihak kepada UMNO / BN kita nak tumpang semangkuk untuk mengerohkan keadaan negera yang kini mula di landa " fahaman ketidak percayaan kepada pemimpin "

    ReplyDelete