Friday, May 29, 2009

Siapa Fitnah , Saya Saman - Kayeas

PULAU PINANG - Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk M. Kayveas sedang mempertimbangkan untuk memfailkan saman fitnah terhadap pihak-pihak yang membuat tuduhan yang tidak berasas terhadapnya.

Katanya beliau selama ini banyak berdiam diri dan tidak menghiraukan segala tuduhan tapi terpaksa berbuat demikian kerana fitnah semakin menjadi-jadi.

"Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak fitnah dan tuduhan yang tidak berasas telah dilemparkan kepada saya dan saya tiada jalan lain kecuali bertindak mengikut undang-undang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen PPP Pulau Pinang di sini Rabu.

Katanya beliau juga dimaklum hari ini terdapat seorang peguam yang membuat tuduhan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa PPP telah menerima sejumlah wang daripada Barisan Nasional untuk tabung parti.

"Saya bersedia menyerahkan sebarang dokumen berkaitan akaun parti bagi membukti tiada penyelewangan berlaku sepanjang menjadi presiden sejak 1993," katanya.

Mengenai kedudukan PPP daripada sudut ROS, Kayveas berkata beliau sudah menyerahkan dokumen yang dikehendaki dan beberapa dokumen lagi akan menyusul.

"Ada beberapa dokumen yang sudah diserah, perlu saya tandatangani. Itu akan saya selesaikan secepat mungkin," katanya.

No comments:

Post a Comment