Thursday, May 21, 2009

Hantam Sajala Pemuda Umno...



IPOH – Pergerakan Pemuda UMNO Perak hari ini membuat laporan polis selepas Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub mendakwa barisan hakim Mahkamah Rayuan yang terlibat dengan kes Menteri Besar Perak boleh dibeli.

Setiausahanya, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi berkata, pihaknya amat memandang serius dakwaan berkenaan seperti yang telah disiarkan oleh harakahdaily.net semalam.

‘‘Sekiranya ada asas daripada segi perundangan, kami mendesak dengan sekeras-kerasnya supaya Menteri Dalam Negeri mengambil tindakan tegas.

‘‘Kenyataan tersebut adalah satu jenayah fitnah yang berniat jahat terhadap reputasi, integriti dan kebebasan institusi kehakiman yang kita percaya dan junjung selama ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam di sini hari ini.

Dakwaan tersebut disiarkan menerusi artikel bertajuk ‘Rayuan Nizar (Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin), Khamis ini: Pas bimbang Barisan Nasional (BN) beli hakim.’

Antara petikan laporan yang ditulis Irwan Muhammad Zain itu ialah: ‘‘...kami bimbang keputusan Khamis nanti akan berpihak kepada BN kerana hakim yang akan mendengar rayuan itu terdiri daripada mereka yang boleh dibeli...”


No comments:

Post a Comment